عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ".
Mafhumnya: “Daripada ‘Aisyah RA katanya: "Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menjaga dua belas (12) rakaat solat sunat Rawatib, Allah akan membina untuk mereka sebuah rumah di dalam syurga, empat (4) rakaat sebelum Zohor, dua (2) rakaat selepasnya, Dua (2) rakaat selepas Maghrib, Dua (2) rakaat selepas ‘Isyak dan Dua (2) rakaat sebelum Subuh.” (Ibn Abi Syaibah 2/19, bil: 5975. al-Tirmizi 2/273, bil: 414, dan berkata: “Gharib.” al-Nasa-ie 3/261, bil: 1795. Ibn Majah 1/361, bil: 1140. Dikeluarkan juga oleh Abu Ya’la 8/21, bil: 4525. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi, bil: 414)
وَعَنْ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ الْجُهَنِيِّ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "مَنْ قَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ حَتَّى يَخْتِمَهَا عَشْرَ مَرَّاتٍ بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا فِي الْجَنَّةِ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَنْ أَسْتَكْثِرَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُ أَكْثَرُ وَأَطْيَبُ
Daripada Mu’az bin Anas al-Juhani RA, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca Qulhuwallahu Ahad sehingga habis sepuluh kali, Allah SWT akan membina untuknya sebuah istana di dalam syurga.” Kata ‘Umar bin al-Khattab RA: Jika demikian saya akan memperbanyakkan bacaannya wahai Rasulullah.” Jawab baginda: Dan Allah lebih banyak akan membalasnya.” (Ahmad 3/437, bil: 15648, dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, bil: 6472)