Hadis Sahih al-Bukhari (632)

 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ العَلاَءِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ، عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ ، عَنْ أَبِي مُوسَى ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلاَةِ أَبْعَدُهُمْ ، فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الَّذِي يُصَلِّي ، ثُمَّ يَنَامُ

Maksudnya: “Menceritakan kepada kami Muhammad bin al-‘Ala’, katanya: menceritakan kepada kami Abu Usamah, daripada Buraid bin ‘Abdillah, daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya: Sabda Nabi SAW: 

“Orang yang lebih besar memperolehi pahala solat adalah orang yang lebih jauh, seterusnya yang lebih jauh jarak perjanan yang ditempohnya (untuk ke masjid). Orang yang menunggu solat yang berikutnya agar dapat ditunaikan bersama imam (secara berjemaah) adalah lebih besar pahala untuknya berbanding orang yang menunaikan solat, setelah itu tidur.” (Sahih al-Bukhari; Kitab al-Azaan; Bab Fadhl Solah al-Fajr Fi Jama'ah; 632)

Penjelasan Hadis

  1. Pahala melakukan sesuatu ibadah berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar pahala yang bakal Antara faktor tersebut ialah berdasarkan kepayahan dan kesukaran yang terpaksa ditempoh. Orang yang menempuh lebih banyak kesukaran dan kepayahan akan menerima pahala yang lebih berbanding yang kurang.
  2. Berjalan kaki ke masjid adalah lebih afdhal berbanding berkenderaan.
  3. Kelebihan menunggu didirikan solat berikutnya agar dapat menunaikannya secara berjemaah di masjid.

Cetak  
Wallahu a'lam