94 Sunnah Yang Dilupakan

Pendahuluan

Segala pujian untuk Allah tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Rasul SAW, Ahli keluarga, para sahabat baginda dan sesiapa yang mengikut mereka dengan baik sehingga ke hari kiamat. أما بعد

                Tidak tersembunyi lagi ke atas seorang muslim akan kepentingan dan keperluan memberi tumpuan kepada sunnah Nabi dari sudut ilmu dan pengamalan. Terlalu banyak bukti-bukti dari al-Quran dan al-Sunnah dalam memberi galakan dan perangsang agar memelihara sunnah dan tetap di atasnya, demikian juga larangan dari menyalahinya. Hal ini demikian kerana petunjuk Rasulullah SAW adalah sebaik-baik petunjuk. Jabir meriwayatkan dari Nabi SAW yang bersabda:

Mafhumnya: “Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad SAW.”

Daripada ‘Irbadh bin Sariah pula Nabi SAW bersabda:

”…ke atas kamu semua sunnahku dan sunnah para khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin, berpegang teguhlah dengannya, dan gigitlah ia dengan geraham kamu.” (HR Abu Daud 4607 dan al-Tirmizi 2676)

                Sepertimana mengikut Nabi SAW itu merupakan bukti kebenaran cinta seseorang hamba kepada Allah, ia juga merupakan sebab utama kecintaan Allah kepada seseorang hambaNya itu, sebagaimana firman Allah SWT:

Mafhumnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), sekiranya kamu semua cintakan Allah, maka ikutlah daku (Nabi Muhammad SAW).”

Sabda Nabi SAW:

Mafhumnya: “Sesiapa yang memulakan di dalam islam satu sunnah yang baik, maka untuknya pahala amalannya dan pahala orang yang mengikut contohnya selepas dari itu, tanpa berkurangan pahala-pahala mereka sedikitpun.” (HR Muslim 1017)

Al-‘Allamah Ibn ‘Uthaimin RH berkata:

Mafhumnya: “Sesuatu sunnah yang telah ditinggalkan, kemudian sunnah itu diamal dan dihidupkan oleh seseorang insan, maka orang ini dinamakan: dia telah memulakan, iaitu menghidupkannya (sunnah tersebut), sekalipun bukan dia yang menciptakan sunnah itu.” (Fatwa Ibn ‘Uthaimin)

Beliau berkata lagi:

Mafhumnya: “Sesungguhnya ketikamana sesuatu sunnah itu diabaikan, maka mengamalkan sunnah tersebut adalah lebih dituntut supaya dapat memperolehi kelebihan beramal dan menyebarkannya kepada orang ramai.” (Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah)

Oleh kerana saya melihat kebanyakan orang amat jauh dari petunjuk Nabi SAW dan sebahagian mereka berpaling pula kepada perkara-perkara rekaan, maka saya berhasrat untuk menghimpunkan sebahagian sunnah yang hampir ditinggalkan oleh kebanyakan umat Islam, semoga Allah menjadikan saya dari kalangan orang yang menghidupkan sunnah  yang telah dimatikan (ditinggalkan), seterusnya saya memperolehi ganjaran dan pahala dari Allah Jalla wa ‘ula.

                Segala pujian milik Allah, telah sempurna himpunan 102 sunnah yang kurang diamalkan atau yang diabaikan oleh orang ramai di dalam buku yang saya namakan: al-Wasiyyah bi Ba’dh al-Sunan Syibh al-Munsiyyah, dan telah sempurna juga kerja-kerja meringkaskannya di dalam risalah ini, bagi memudahkan penerimaan, edaran dan penyebarannya agar ia sampai ke seramai mungkin dari kalangan umat Islam dan mereka menerima manfaatnya dengan izin Allah. Sesiapa yang inginkan keterangan yang lebih panjang, maka dicadangkan untuk mendapatkan buku yang asal.

Saya memohon kepada Allah untuk mentaufiqkan kita untuk mengikut al-Quran dan petunjuk Rasulullah SAW, dan menjadikan kita dari kalangan para pendakwah yang baik.

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.

 

  1. Bersungguh-sungguh melakukan Isytinsyaq[1] ketika berwudhu

Dalilnya hadith Nabi SAW:

أسبغ الوضوء، وخلل بين الأصابع، وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائماً

Mafhumnya: “Sempurnakanlah Wudhu’, dan celah-celahkanlah jari-jemari, dan bersungguh-sungguhlah ketika berisytinsyaq melainkan ketika anda berpuasa.”

al-Imam al-Son’ani berkata di dalam Subul al-Salam (1/47): “Hadith ini menjadi bukti keperluan bersungguh-sungguh ketika berisytinsyaq bagi yang tidak berpuasa.”

    

  1. Berkumur-kumur dan berisytinsyaq dengan menggunakan satu tapak tangan diulangi sebanyak tiga kali.

Daripada ‘Abdullah bin Zaid RA, ketika mensifatkan wudhu Nabi SAW:

أنه أفرغ من الإناء على يديه فغسلهما ثم غسل أو مضمض واستنشق من كف واحدة ففعل ذلك ثلاثاً... ثم قال: هكذا وضوء رسول الله - صلى الله عليه وسلم

Mafhum: “Beliau menuangkan air ke dua-dua tangan dan membasuhnya, kemudian beliau membasuh atau berkumur dan berisytinsyaq dengan menggunakan satu tapak tangan, dan melakukannya sebanyak tiga kali… kemudian beliau berkata: Seperti inilah wudhu Rasulullah SAW.” (HR al-Bukhari 191)  

 

  1. Sunat (digalakkan) berwudhu sebelum mandi junub, dan cara mandi junub baginda SAW.

Daripada ‘A-isyah R’anha katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا اغتسل من الجنابة غسل يديه ثم توضأ وضوءه للصلاة ثم يغتسل ...

Mafhumnya: “Dahulunya Rasulullah SAW, apabila hendak mandi janabah, baginda akan memulakan dengan membasuh kedua-dua tangan, kemudian baginda berwudhu seperti wudhu untuk menunaikan solat, kemudian baru baginda mandi…”(HR al-Bukhari 272) 

al-Hafidz Ibn Daqiq al-‘Ied berkata: “(dan baginda berwudhu seperti wudhu untuk menunaikan solat) menunjukkan sunat mendahulukan basuhan anggota wudhu pada permulaan mandi (janabah), dan ia merupakan suatu yang tidak diragukan lagi.” (Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam 1/92)

 

  1. Sunat berwudhu bagi orang berjunub jika dia hendak makan atau tidur

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab RA katanya:

يا رسول الله أير قد أحدنا وهو جنب؟ قال: «نعم، إذا توضأ أحدكم فلير قد وهو جنب

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, apakah boleh seseorang daripada kami tidur dalam keadaan berjunub? Baginda menjawab: “Boleh, jika dia berwudhu terlebih dahulu, setelah itu dia tidur dalam keadaan berjunub.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

  1. Berwudhu bagi yang mahu mengulangi persetubuhan

Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya:

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - «إذا أتى أحدكم أهله ثم أراد أن يعود فليتوضأ

Mafhumnya: “Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang daripada kamu telah bersetubuh dengan isterinya, kemudian dia mahu mengulangi persetubuhan, maka hendaklah dia berwudhu.” (HR Muslim)

al-Imam al-Nawawi telah menjadikan satu bab untuk hadith no 4 & 5 ini dengan katanya: “Bab Jawaz Naum al-Junub wa Istihbab al-Wudhu lahu wa Ghasl al-Farj Iza Arada An Ya’kula au yasyrab au yanam au yujami’ (Bab keharusan seseorang tidur dalam keadaan berjunub dan sunat berwudhu baginya, dan membasuh kemaluan jika dia hendak makan atau minum atau tidur atau mengulangi jima’)”

 

  1. Memelihara dan memberi perhatian terhadap siwak
  1. Daripada Ibn ‘Umar RA katanya:

كان رسول الله لا ينام إلا والسواك عنده، فإذا استيقظ بدأ بالسواك

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW tidak tidur melainkan siwak berada di sisinya, apabila baginda bangun dari tidur, baginda memulakan dengan bersiwak.” (HR al-Bukhari)

  1. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة

Mafhumnya: “Sekiranya tidak menjadi keberatan ke atas umatku, sudah pasti aku akan mengarahkan mereka bersiwak ketika setiap kali hendak menunaikan solat.” (HR al-Bukhari)

al-Imam al-Nawawi RH berkata di dalam kitab Syarh Sahih Muslim (2/146): “Sesungguhnya bersiwak adalah suatu yang digalakkan (disunatkan) di setiap waktu, ,akan tetapi ia menjadi lebih digalakkan (disunatkan) di dalam lima waktu, yang pertama: Ketika hendak menunaikan solat, kedua: ketika berwudhu, ketiga: ketika hendak membaca al-Quran, keempat: ketika bangun dari tidur, kelima: ketika berubah bau mulut, dan bau mulut itu berubah dengan beberapa sebab, antaranya kerana tidak makan dan minum, memakan makanan yang berbau busuk, lama tidak berkata-kata, dan kerana banyak bercakap.”  

 

  1. Sunat bersiwak ketika baru pulang ke rumah.

Daripada Miqdam bin Syuraih daripada bapanya yang berkata:

سألت عائشة - رضي الله عنها - قلت: بأي شيء كان يبدأ النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا دخل بيته؟ قالت بالسواك.

Mafhumnya: “Saya bertanya kepada ‘A-isyah R’anha: “Apakah yang mula-mula dilakukan oleh Nabi SAW, ketika baginda masuk ke dalam rumah?” beliau menjawab: “dengan bersiwak.” (HR Muslim)

  

  1. Menjawab Azan dan Iqamat

Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda:

إذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن

Mafhumnya: “Apabila kamu mendengar seruan azan, maka jawablah sepertimana seruan yang dilaungkan oleh tukan azan.” (al-Mughni 2/87)

 

  1. Berselawat ke atas Nabi SAW dan memohon Wasilah untuk baginda

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA, dimana beliau mendengar Nabi SAW bersaba:

إذا سمعتم المؤذن فقولوا مثل ما يقول، ثم صلَّوا عليَّ، فإنه من صلَّى عليَّ صلاة صلى الله عليه بها عشراً، ثم سلوا الله لي الوسيلة، فإنها منزلة في الجنة لا تنبغي إلا لعبد من عباد الله، وأرجو أن أكون أنا، فمن سأل لي الوسلة حلَّت لـه الشفاعة

Mafhumnya: “Apabila kamu semua mendengar muazzin (melaungkan azan), maka jawablah sama seperti laungannya, setelah itu berselawatlah kepadaku, kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat ke atas aku dengan satu selawat, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali selawat, kemudian pohonlah kepada Allah untuk mengurniakan kepadaku al-Wasilah[2], kerana sesungguhnya al-Wasilah itu adalah satu kedudukan di dalam syurga yang tidak layak melainkan untuk seorang hamba dari kalangan hamba Allah, dan aku berharapkan hamba itu (yang dikurniakan al-Wasilah) adalah aku, maka sesiapa yang memohon al-Wasilah untukku, dia layak mendapat syafaatku.” (HR Muslim)

Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, Nabi SAW bersabda:

من قال حين يسمع النداء: اللهم رب هذه الدعوة التامة، والصلاة القائمة، آت محمداً الوسيلة والفضيلة، وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته، حلت لـه شفاعتي يوم القيامة

Mafhumnya: “Sesiapa yang mendengar seruan azan, setelah itu dia membaca (mafhumnya): “Ya Allah, tuhan kepada seruan yang sempurna ini (azan), dan sembahyang yang akan didirikan, (Ya Allah) kurniakan kepada Nabi Muhammad SAW al-Wasilah dan kelebihan, dan kurniakanlah kepada baginda kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan,” layak untuk dia memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (HR al-Bukhari 614 dan Abu Daud)

   

  1. Mengucapkan رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا

Daripada Sa’id bin Abi Waqqas RA, daripada Rasulullah SAW yang bersabda:

من قال حين يسمع المؤذن أشهد أن لا إله إلا الله، وحده لا شريك لـه، وأن محمداً عبده ورسوله. رضيت بالله رباً،وبمحمدٍ رسولاً، وبالإسلام ديناً، غفر لـه ذنبه

Mafhumnya: “Sesiapa yang membaca: رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا (mafhumnya): “Telah aku reda, Allah itu sebagai tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad itu sebagai rasul dan nabi,” akan diampunkan dosanya.” (HR Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Persoalan: Bilakah dibaca doa ini?

Jawapan:

Ada dua pandangan:

Pandangan Pertama: Dibaca di pertengahan azan. Inilah yang diisyaratkan oleh perkataan al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim. Sekalipun tidak dinyatakannya dengan jelas. (2/322, cetakan Dar al-Hadith)

Pandangan Kedua: Dibaca setelah selesai Azan. [3] Pandangan ini dipilih oleh al-Mubarakfuri di dalam Syarh al-Tirmizi.   

 

  1. Disyariatkan solat menghadap sutrah

 

  1. Daripada Ibn ‘Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا كان أحدكم يصلي، فلا يدع أحداً يمر بين يديه، فإن أبي فليقاتله فإن معه قرين

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu hendak menunaikan solat, maka jangan biarkan seseorang lain melintas di hadapannya, jika orang itu enggan (tetap hendak melintas), maka halanglah ia, kerana sesungguhnya Qarin bersama dengannya.” (HR Muslim)

  1. Daripada Musa bin Tolhah, daripada bapanya yang berkata: Sabda Nabi SAW:

إذا وضع أحدكم بين يديه مثل مؤخرة الرحل فليصل ولا يبال من مرَّ وراء ذلك

Mafhumnya: “Sekiranya seseorang dari kamu meletakkan sesuatu seumpama pelana tunggangan, maka dia boleh solat tanpa menghiraukan sesiapa yang melalui belakang pelana tersebut.” (HR Muslim)

  • Daripada Sahl bin Sa’ad RA katanya:

كان بين مصلَّى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وبين الجدار ممر شاة

Mafhumnya: “Jarak diantara tempat solat (tempat sujud) Rasulullah SAW ke dinding ialah sekadar laluan seekor kambing.” (HR al-Bukhari)

 

  1. Disyariatkan solat dengan memakai kasut, khuf atau seumpamanya jika bersih

Daripada Abu Maslamah, Sa’id bin Yazid al-Azdi katanya:

سألت أنس بن مالك: أكان النبي - صلى الله عليه وسلم - يصلي في نعليه؟ قال: نعم

Mafhumnya: “Saya bertanya kepada Anas bin Malik: Apakah dahulunya Nabi SAW pernah solat dengan memakai kasut baginda?” beliau menjawab: “Ya” (HR al-Bukhari 386)

al-‘Allamah Ibn ‘Uthaimin RH di dalam fatwanya (12/386): “Solat dengan memakai kasut itu adalah sunnah.”

 

  1. Memulakan dengan dua rakaat Tahiyyatul Masjid ketika masuk ke dalam masjid sebelum memberi salam kepada orang yang berada di dalamnya.

Daripada Abu Hurairah RA:

أن النبي - صلى الله عليه وسلم - دخل المسجد فدخل رجل فصلى ثم جاء فسلَّم على النبي - صلى الله عليه وسلم - فرد النبي - صلى الله عليه وسلم - عليه السلام، فقال: ارجع فصلِّ فإنك لم تصلِ (ثلاثاً) فقال: والذي بعثك بالحق فما أُحسنُ غيره فعلمني...

Mafhumnya: “Bahawa Nabi SAW masuk ke dalam masjid, kemudian seorang lelaki lain masuk pula ke dalam masjid dan terus menunaikan solat, setelah itu dia pergi berjumpa dengan Nabi SAW dan memberi salam kepada baginda, baginda menjawab salam lelaki tersebut, lalu bersabda: “Ulangilah solat kamu, kerana sesungguhnya kamu masih belum menunaikan solat (perkara itu berlaku sebanyak tiga kali). Setelah itu lelaki itu berkata: “Demi jiwa yang mengutus engkau dengan kebenaran, bagaimanakah cara yang lebih baik selain dari cara yang saya lakukan itu, ajarkanlah kepada saya…” (HR al-Bukhari 793)

al-Imam Ibn al-Qayyim berkata: “Baginda mengingkari (cara) solat lelaki itu, akan tetapi baginda tidak mengingkari perbuatan lelaki itu melewatkan memberi salam sehingga selepas solat.”

 

  1. Meluruskan Saf dan ramainya para imam yang tidak memberi perhatian dalam perkara ini

Daripada Anas bin Malik RA katanya: “Setelah diiqamatkan untuk solat, lalu Rasulullah SAW menghadapkan muka baginda kepada kami seraya bersabda:

أقيموا صفوفكم وتراصوا، فإني أراكم من وراء ظهري

 “Perbetulkanlah saf-saf kamu semua, dan perelokkanlah, kerana sesungguhnya saya dapat melihat anda semua dari belakang saya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibn Mas’ud RA: Adalah Nabi SAW memegang bahu-bahu kami ketika hendak menunaikan solat dan bersabda:

استوا ولا تختلفوا فتختلف قلوبكم

Mafhumnya: “Luruskan saf dan jangan kamu berselerak, nanti akan memecah-belahkan hati-hati kamu semua.” (HR al-Bukhari 723 dan Muslim 433)

Daripada al-Nu’man bin Bisyir RA katanya: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda:

لتسوُّن صفو فكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم

 Mafhumnya: “Hendakklah kamu semua meluruskan saf-saf, atau Allah akan memecah-belahkan kamu semua.” (al-Bukhari 717 dan Muslim 436)

 

  1. Bacaan di dalam dua rakaat Sunat Subuh

Bacaan yang dibaca di dalam dua rakaat solat sunat subuh ialah:

Pertama: Membaca surah al-Kafirun dan al-Ikhlas, berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW membaca dalam dua rakaat solat sunat Subuh dengan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas (HR Muslim)

Kedua: Membaca (al-Baqarah: 136) dan (Ali Imran: 64) Berdasarkan hadirh riwayat Imam Muslim daripada Ibn ‘Abbas.

 

 16. Berbaring di atas rusuk kanan selepas sunat Subuh

Daripada ‘A-isyah R’anha:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”

 

  1. Disyariatkan kepada Imam untuk menjaharkan bacaan sebahagian ayat di dalam solat sirriyyah

Daripada Abi Qatadah RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يُصلِّي بنا فيقرأ في الظهر والعصر-في الركعتين الأوليين - بفاتحة الكتاب وسورتين ويسمعنا الآية أحياناً،و يطول الركعة الأولى ويقرأ في الأخرييين بفاتحة الكتاب

Maksudnya: “Pernah Rasulullah SAW menunaikan solat bersama dengan kami, dan baginda membaca di dalam solat Zohor dan ‘Asar – dalam dua rakaat yang awal – dengan surah al-Fatihah dan dua surah, kadang-kadang baginda memperdengarkan bacaan kepada kami, baginda juga memanjangkan rakaat yang awal, dan baginda membaca pada dua rakaat yang akhir dengan al-Fatihah.”

al-‘Allamah Bin Baz berkata: “Dan disunatkan – iaitu bagi imam – kadang-kadang untuk dia menjelaskan bacaan sebahagian ayat di dalam solat sirriyyah, kerana Nabi SAW melakukannya berdasarkan riwayat al-BUkhari dan Muslim dari hadith Abi Qatadah al-Ansori RA.” (Majmu’ Fatawa Bin Baz)

 

  1. Berdoa, bertasbih dan membaca Isti’azah ketika membaca ayat-ayat yang berkaitan

Daripada Huzaifah bin al-Yaman katanya:

صليت مع النبي - صلى الله عليه وسلم - ذات ليلةٍ فافتتح البقرة فقلت: يركع عند المائة،ثم مضى فقلت: يصلي بها في ركعةٍ فمضى،فقلت: يركع بها،ثم افتتح النساء فقرأها، ثم افتتح آل عمرآن فقرأها.يقرأ مترسِّلاً. إذا مر بأيةٍ بها تسبيح سبّح. وإذا مر بسؤال سأل.وإذا مر بتعوذٍ تعوذ...

Mafhumnya: “Suatu hari saya solat bersama dengan Nabi SAW, lalu baginda memulakan solat dengan membaca surah al-Baqarah, saya berkata: barangkali baginda akan rukuk apabila sampai ayat ke seratus, kemudian baginda melepasinya, lalu saya berkata: baginda akan membahagikan surah al-Baqarah di dalam dua rakaat, kemudian baginda melepasi surah al-Baqarah, saya berkata baginda akan rukuk, (namun baginda meneruskan) kemudian baginda membuka surah al-Nisak dan membacanya, kemudian Ali Imran, baginda membacanya dengan perlahan-lahan, apabila baginda melalui ayat yang ada tasbih, baginda akan bertasbih, apabila baginda melalui ayat yang ada permohonan, baginda meminta permohonan, apabila baginda melalui ayat yang ada perlindungan, baginda memohon perlindungan…”

Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim (3/320): “Hadith ini menunjukkan sunatnya perkara-perkara tersebut bagi setiap yang membaca (al-Quran) di dalam solat dan di luar solat, dan berdasarkan mazhab kami – iaitulah mazhab al-Syafie – sunatnya perkara ini bagi imam, makmum mahupun orang yang solat bersendirian.”

Ibn Baz berkata di dalam fatwanya: “Adalah Nabi SAW apabila melalui ayat tasbih, baginda akan bertasbih ketika solat malam, apabila melalui ayat ancaman, baginda akan memohon perlindungan, apabila baginda melalui ayat kurniaan, baginda akan memohonnya, perkara ini diriwayatkan oleh Huzaifah  RA dari Nabi SAW, ia juga merupakan perbuatan baginda SAW, yang merupakan sunnah baginda, berdoa apabila melalui ayat-ayat harapan (kurniaan), meminta perlindungan apabila melalui ayat-ayat ketakutan (ancaman) dan bertasbih apabila melalui ayat-ayat yang mengandungi nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT.”   

 

  1. Kadang-kadang Membaca surah al-Ikhlas bersama dengan bacaan surah pada setiap rakaat

 

Daripada ‘A-isyah R’anha:

أن رسول الله بعث رجلاً على سرية فكان يقرأ لأصحابه في صلاتهم بــ ( قل هو الله أحد ) [الإخلاص] ‏فلما رجعوا ذكروا ذلك لرسول الله، فقال: سلوه: لأي شيءٍ يصنع ذلك؟ فسألوه: فقال: لأنها صفة الرحمن عز وجل فأنا أحب أن أقرأ بها، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - «أخبروه أن الله تعالى يحبه

Mafhumnya: “bahawa Rasulullah SAW pernah mengutuskan seorang lelaki mengetuai sepasukan tentera, dan beliau  sering membaca di dalam solat bersama sahabat-sahabatnya dengan surah al-Ikhlas. Apabila mereka pulang (ke Madinah), mereka memberitahu perkara itu kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Tanyakan kepadanya, mengapa dia melakukan sedemikian itu?” lalu merekapun bertanya kepada lelaki tersebut, dan lelaki itu menjawab: “Kerana surah itu merupakan sifat (tuhan) al-Rahman, maka saya suka untuk membacanya. Sabda Rasulullah SAW: “Khabarkan kepadanya, bahawa Allah SWT juga mencintainya.” (HR al-Bukhari)

Ibn Daqiq al-‘Ied berkata: “Perkataan mereka, dia menutup dengan surah al-Ikhlas menunjukkan lelaki itu membaca surah al-Ikhlas bersama dengan surah yang lainnya. Dari sudut zahir menunjukkan dia membaca surah al-Ikhlas bersama dengan surah yang lain dalam satu rakaat, dan dia menutup bacaan itu dengan surah al-Ikhlas di dalam rakaat tersebut, sekalipun lafaz hadith juga mengandungi maksud dia menutup rakaat terakhir yang dibaca surah dengan surah al-Ikhlas. Maka berdasarkan kefahaman yang pertama, ia menjadi dalil keharusan menghimpunkan (membaca) dua surah dalam satu rakaat.” (Ihkam al-Ahkam Syarh ‘Umdah al-Ahkam 2/1918)

 

  1. Meluruskan belakang badan ketika rukuk 

Hasil pemerhatian kepada kebanyakan orang yang menunaikan solat, terdapat sebahagian daripada mereka mengangkat kepala lebih dari paras belakangnya, dan sebahagian mereka pula ada yang terlampau menundukkan kepala mereka dari paras belakangnya. Al-Imam al-Bukhari telah membuat satu bab (2/322):

استواء الظهر في الركوع، وقال أبو حميدٍ في أصحابه: ركع النبي - صلى الله عليه وسلم - ثم هصر ظهره

Mafhumnya: “Bab menyamakan belakang ketika rukuk, dan telah berkata Abu Hamid kepada sahabatnya: Nabi SAW rukuk, kemudian baginda menyamakan belakang baginda.”

 

  1. Diantara bacaan ketika bangun daripada rukuk

Terdapat beberapa lafaz bacaan zikir yang dibaca ketika bangun daripada rukuk, sebahagian bacaan tersebut telah diabaikan orang ramai, sebahagiannya pula telah ditokok-tambah. Antara zikir-zikir tersebut ialah:

  1. ربنا لك الحمد
  2. ربنا ولك الحمد
  3. اللهم ربنا لك الحمد
  4. اللهم ربنا ولك الحمد

Keampat-empat bentuk bacaan ini merupakan sekurang-kurang bentuk bacaan ketika bangun daripada rukuk. Disamping itu ada juga bacaan-bacaan tambahan lain yang sahih.

 

  1. Sunat memanjangkan duduk antara dua sujud seperti kadar rukuk dan sujud

Daripada al-Barra bin ‘Azib RA katanya:

رمقتُ الصلاة مع محمد - صلى الله عليه وسلم - فوجدت قيامَه فركعتَه فاعتداله بعد ركوعه فسجدتَهُ فجلسته بين السجدتين فسجدتَه فجلسته ما بين التسليم والانصراف قريباً من السواء

Mafhumnya: “Saya perhatikan solat bersama dengan nabi SAW, maka saya dapati berdiri baginda, rukuk, I’tidal selepas rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, sujud semula, dan baginda duduk selepas memberi salam dan sebelum pergi, hampir menyamai.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit, daripada Anas RA yang berkata:

إني لا آلو أن أصلِّي بكم كما رأيت رسول الله - ? - يصلي بنا. قال ثابت: فكان أنسٌ يصنع شيئا لا أراكم تصنعونه، كان إذا رفع من الركوع انتصب قائماً، حتى يقول القائل: قد نسي.وإذا رفع رأسه من السجدة مكث، حتى يقول القائل:قد نسي

Mafhumnya: “Sesungguhnya saya akan solat bersama kamu semua, sama sepertimana yang saya lihat Nabi SAW solat bersama dengan kami. Thabit berkata: Anas telah melakukan satu perkara yang saya tidak melihat kamu semua melakukannya, iaitulah apabila beliau bangun daripada rukuk, beliau berdiri tegak, sehingga ada yang beranggapan beliau telah terlupa (kerana lama berdiri), dan apabila beliau mengangkat kepala dari sujud, beliau tetap duduk, sehingga ada yang beranggapan beliau telah terlupa (kerana lama duduk).” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/239: “Ini merupakan sunnah yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang setelah berlalu zaman sahabat. Oleh kerana itu Thabit berkata: “Dahulunya Anas melakukan sesuatu (memanjangkan duduk antara dua sujud), sedangkan saya tidak mendapati anda semua melakukannya. Beliau (Anas) memanjangkan duduk antara dua sujud, sehingga kami menyangka dia terlupa atau ragu…”     

 

  1. Memperbanyakkan Doa Keampunan Antara Dua Sujud

Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA:

أن النبي - صلى الله عليه وسلم - كان يقول بين السجدتين:ربِّ اغفر لي.ربِّ اغفر لي

 “Bahawa Nabi SAW membaca diantara dua sujud dengan رب اغفرلي¸ رب اغفرلي (HR Ahmad)

Al-Syeikh ‘Abd Allah bin Baz berkata di fatwa beliau 11/37: “Akan tetapi perbanyakkan doa keampunan diantara dua sujud seperti yang terdapat di dalam sunnah Nabi SAW.”

 

  1. Meletakkan telapak tangan di atas lutut ketika al-Tasyahhud akhir

Daripada ‘Abdillah bin al-Zubair katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا قعد يدعو: وضع يده اليمنى على فخذه اليمنى،.ويده اليسرى على فخذه اليسرى، وأشار بإصبعه السبابة، ووضع إبهامه على إصبعه الوسطى، ويلقم كفَّه اليسرى ركبته

Mafhumya: “Adalah Rasulullah SAW apabila duduk (di dalam solat) berdoa, baginda meletakkan tangan kanan di atas peha kanan, tangan kiri di atas peha kiri, dan baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk, baginda juga meletakkan jari ibu di atas jari tengah, dan baginda meletakkan telapak tangan kiri di atas lutut baginda.” (HR Abu Daud)

Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: “Di dalam riwayat: “Dan baginda meletakkan telapak tangan kiri di atas peha baginda” merupakan dalil sunatnya perkara tersebut, dan sesungguhnya ulama telah bersepakat sunatnya meletakkan tangan berhampiran dengan lutut atau di atas lutut.”

 

  1. Meludah ke sebelah kiri, ketika was-was di dalam solat

Daripada ‘Uthman bin Abi al-‘Ash yang bertanya kepada Nabi SAW:

يا رسول الله، إن الشيطان قد حال بيني وبين صلاتي وقراءتي، يلبسها عليَّ. فقال رسول الله: «ذاك شيطان يقال لـه: خِـنْـزَب فإذا أحسسته، فتعوذ بالله منه، واتفل على يسارك ثلاثاً. قال:ففعلتُ ذلك، فأذهبه الله عني

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Syaitan telah menggangu saya di dalam Solat dan bacaan di dalam Solat. Sabda Rasulullah SAW: “Demikian itu Syaitan yang bernama Khinzab, jika anda digangunya, maka bacalah A’uzubillah, dan meludah (keluarkan angin dari mulut) ke sebelah kiri tiga kali. Kata ‘Uthman: Lalu saya lalukan perkara itu, dan Allah menjauhkan Syaitan itu daripada saya.” (HR Muslim)

 

  1. Menunaikan Solat Sunat di Rumah

Daripada Zaid bin Thabit RA katanya: Sabda Rasulullah SAW:

فصلوا أيها الناس في بيوتكم، فإن أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

Mafhumnya: “Tunaikanlah solat (sunat) wahai sekelian manusia di rumah-rumah kamu, kerana sesungguhnya solat seseorang itu lebih utama dilakukan di rumah melainkan solat fardhu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Berkata al-Nawawi: “Hadith ini umum untuk semua solat sunat rawatib dan sunat yang mutlak, melainkan solat sunat yang merupakan syiar Islam seperti solat hari raya, solat gerhana (bulan dan matahari), solat al-Istisqa, demikian juga solat Tarawih berdasarkan pandangan yang lebih benar (Asah), kerana sesungguhnya solat tarawih itu disyariatkan berjemaah di masjid, dan solat sunat al-istisqa dilakukan di padang.” (Syarh Sahih Muslim 3/328)

Pernah ditanya kepada Ibn ‘Uthaimin: “Apakah seseorang itu boleh solat (sunat) di masjid al-Haram untuk memperolehi pahala yang berlipat-ganda atau dia perlu solat (sunat) di rumahnya untuk bertepatan dengan sunnah?”

Jawab beliau: “Memelihari sunnah adalah lebih utama dari selainnya. Sesungguhnya telah thabit sabda Nabi SAW: “Solat yang lebih utama seseorang itu adalah di rumahnya melainkan solat fardhu.” Dan tidak pernah diambil dari Nabi SAW yang baginda menunaikan solat sunat di masjid, melainkan solat sunat yang khusus untuk dilakukan di masjid… maka yang lebih utama adalah memelihara sunnah, dan hendaklah seseorang itu menunaikan solat sunat rawatib di rumahnya, kerana yang berkata: “Solat yang lebih utama seseorang itu adalah di rumahnya melainkan solat fardhu.” Dialah juga yang berkata: Solat di masjidku ini adalah lebih baik dari seribu solat yang ditunaikan ditempat lain melainkan di Masjid al-Haram. Maka baginda telah menetapkan kebaikan di masjid baginda, dan baginda juga menerangkan keutamaan itu hendaklah dilakukan solat sunat di rumah.” (Fatwa Ibn ‘Uthaimin: 14/289)

 

  1. Memulakan Qiyam al-Lail dengan dua rakaat yang ringan

Daripada ‘A-isyah RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا قام من الليل ليُصلِّي افتتح صلاته بركعتين خفيفتين

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila bangun pada malam hari untuk menunaikan solat (berqiyam al-Lail), baginda membuka solatnya dengan dua rakaat yang ringan.” (HR Muslim)

Al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim 3/314: “Ini merupakan dalil sunatnya (dua rakaat yang ringan) untuk memberikan kecergasan menunaikan solat berikutnya.”

 

  1. Solat dua rakaat yang ringan selepas Witir secara kadang-kadang

Daripada Abi Salamah bin ‘Abd al-Rahman yang bertanya ‘A-isyah RA:

كيف كانت صلاة رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ؟ فقالت: « كان يصلي ثلاث عشرة ركعة، يصلي ثمان ركعات، ثم يوتر، ثم يصلي ركعتين وهو جالس، فإذا أراد أن يركع قام فركع، ثم يصلي ركعتين بين النداء والإقامة من صلاة الصبح

Mafhumnya: Bagaimanakah solat Rasulullah SAW? ‘A-isyah berkata: Baginda menunaikan solat sebanyak tiga belas rakaat, baginda solat sebanyak lapan rakaat, kemudian baginda melalukan Witir, kemudian baginda menunaikan solat dua rakaat dalam keadan duduk, apabila baginda hendak rukuk, baginda bangun lalu rukuk, kemudian baginda menunaikan solat dua rakaat antara azan dan iqamat solat Subuh.” (HR Muslim dan Abu Daud)

Ibn al-Qayyim berkata: “Sesungguhnya telah thabit dari baginda SAW, yang mana baginda menunaikan solat sunat selepas Witir dua rakaat kadang-kadang secara duduk dan kadang-kadang baginda membacanya dalam keadaan duduk, apabila baginda hendak rukuk, baginda bangun berdiri dan rukuk.”

 

Apakah bacaan yang dibaca di dalam dua rakaan yang ringan ini?

Daripada Abi Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW menunaikan solat sunat dua rakaat selepas Witir dalam keadaan duduk, baginda membaca di dalam dua rakaat itu (إذا زلزلت) dan (قل يأيها الكافرون).

Hadith ini menjadi kemuskilan kepada sebahagian orang, kerana ada hadith lain yang menyebut: “Jadikanlah Solat Witir itu solat terakhir kamu.” Namun Ibn al-Qayyim telah menjawab kemusykilan ini di dalam kitabnya Zad al-Ma’ad 1/333 dan Ibn ‘Uthaimin di dalam fatwa beliau 14/122 yang beliau sebutkan di akhir jawapan beliau: “Inilah pandangan Ibn al-Qayyim dan sekumpulan ulama, maka lalukanlah seperti itu secara kadang-kadang.”

 

  1. Solat dua rakaat selepas pulang dari menunaikan solat hari raya

Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - لا يصلي قبل العيد شيئا فإذا رجع إلى منـزله صلى ركعتين

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW tidak menunaikan sesuatu solat sebelum menunaikan solat hari raya, apabila baginda pulang ke rumah, barulah baginda solat dua rakaat.” (HR Ibn Majah dan dihukumkan sebagai Hasan oleh al-Albani. Diriwayatkan juga oleh Ahmad di dalam al-Musnad)

Hadith ini juga telah dihukumkan sebagai Hasan oleh al-Albani di dalam al-Irwa’ (3/100) dan beliau berkata: “Himpunan antara hadith ini dengan hadith-hadith lain (antaranya hadith daripada Ibn ‘Abbas bahawa Nabi SAW menunaikan solat hari raya sebanyak dua rakaat, dan baginda tidak menunaikan apa-apa solat sebelum atau selepasnya – muttafaqun ‘alaih) merupakan penafian baginda ada menunaikan solat di musolla selepas solat hari raya, sepertimana yang dinyata oleh al-Hafidz di dalam al-Talkhis hal. 144, wallahu a’lam.

 

  1. Berbagai zikir selepas solat

Terdapat sejumlah hadith-hadith berkaitan zikir penghujung solat, antaranya hadith tentang bilangan bertasbih, dan ia pula datang dalam sifat yang berbagai yang kesemuanya sahih. Sebahagian para ulama berkata: Seseorang boleh amalkan sesuatu zikir (dari zikir-zikir solat tersebut) pada sesuatu masa dan pada masa yang lain dia amalkan zikir yang lain pula (dari zikir-zikir selepas solat yang berbagai itu), sehingga terlaksananya dengan cara sedemikian kesempurnaan dalam mengikut sunnah. Antara zikir-zikir tersebut:

Daripada ‘Abdillah bin ‘Amr bin al-‘Ash RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

خلتان ـوفي رواية خصلتان ـ لا يحصيهما رجل مسلم إلا دخل الجنة، ألا وهما يسير، ومن يعمل بهما قليل: الصلوات الخمس يسبح أحدكم في دبر كل صلاة عشراً، ويحمده عشراً، ويكبر عشراً، فهي خمسون ومائة في اللسان، وألف وخمسمائة في الميزان.وأنا رأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يعقدهن بيده

Mafhumnya: “Dua kebiasaan, yang tidak dipelihara oleh seorang muslim, melainkan dia akan dimasukkan ke dalam syurga, kedua-duanya itu adalah suatu yang mudah dan sesiapa yang sentiasa melakukannya ia menjadi sedikit (iaitulah) Solat fardhu lima waktu dengan dia bertasbih, bertahmid dan bertakbir setiap kali selepas solat sepuluh kali, jadilah kesemuanya seratus lima puluh yang dikira dengan lidah, dan seribu lima ratus nilaian timbangannya. Saya (‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash) melihat Rasulullah SAW mengiranya dengan tangan baginda (mengira dengan hujung jari-jemari).”

Hadith daripada Zaid bin Thabit RA katanya:

أمروا أن يسبحوا دبر كل صلاة ثلاثاً وثلاثين، ويحمدوا ثلاثاً وثلاثين، ويكبروا أربعاً وثلاثين، فأُتي رجلٌ من الأنصار في منامه فقيل لـه: أمركم رسول الله - صلى الله عليه وسلم- أن تسبحوا دبر كل صلاة ثلاثاً وثلاثين، وتحمدوا ثلاثاً وثلاثين، وتكبروا أربعاً وثلاثين؟ قال: نعم. قال: فاجعلوها خمساً وعشرين، واجعلوا فيها التهليل. فلما أصبح أتى النبي - صلى الله عليه وسلم - فذكر لـه ذلك. فقال: اجعلوها كذلك

Mafhumnya: “Kamu semua diarahkan untuk bertasbih dan bertahmid selepas setiap kali menunaikan solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertakbir sebanyak tiga puluh empat kali. Seorang lelaki dari kalangan Ansar diberikan mimpi, dan ditanya kepadanya: Rasulullah SAW menyuruh kamu semua untuk bertasbih dan bertahmid selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali dan bertakbir sebanyak tiga puluh empat kali? Jawab lelaki itu: Ya. Dinyatakan di dalam mimpi itu: Jadikannya sebanyak dua puluh lima kali, dan masukkan juga di dalamnya tahlil. Apabila pagi hari, lelaki Ansar itu mendatangi Nabi SAW dan menceritakan perkara tersebut, lalu baginda bersabda: Lakukan seperti itu.” (HR al-Nasa-ie 1350, dan disahihkan oleh al-Albani)

Hadith ‘Abdullah bin ‘Omar RA:

أن رجلاً رأى فيما يرى النائم... قال: سبحوا خمساً وعشرين، و احمدوا خمسا ًوعشرين، وكبروا خمساً وعشرين، وهللوا خمساً وعشرين فتلك مائة. فلما أصبح ذكر ذلك للنبي - صلى الله عليه وسلم - فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - «افعلوا كما قال الأنصاري

Mafhumnya: “Bahawa seorang lelaki melihat di dalam mimpi… dinyatakan di dalam mimpi tersebut: Bertasbihlah sebanyak dua puluh lima kali, bertahmidlah sebanyak dua puluh lima kali, bertakbirlah sebanyak dua puluh lima kali dan bertahlillah sebanyak dua puluh lima kali, maka jadilah kesemua itu sebanyak seratus kali. Apabila pagi hari, lelaki tersebut menceritakan kepada Nabi SAW, maka Rasulullah SAW bersabda: Lakukanlah sepertimana yang dinyatakan oleh lelaki Ansor itu.” (HR al-Nasa-ie 1351)

  

  1. Melantik seorang ketua di dalam permusafiran yang disertai tiga orang ke atas

Daripada Nafi’ daripada Abi Salamah daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إذا كان ثلاثة في سفرٍ فليأمِّروا أحدهم

Mafhumnya: “Jika ada tiga orang di dalam permusafiran , maka hendaklah menjadi ketua salah seorang dari mereka.”

Nafi’ berkata: Saya bertanya kepada Abu Salamah, Engkau ketua kami.” Ini kerana ketika itu mereka di dalam permusafiran, dan ia juga menunjukkan bersegeranya (generasi) salaf dalam mentaati dan mematuhi sunnah.

Al-Khattabi berkata di dalam Ma’alim al-Sunan: “Tujuan diseruh demikian itu , agar urusan mereka bersatu, dan pandangan tidak berpecah-belah, dan tidak terjadi antara mereka perselisihan yang teruk.”  

 

  1. Menunaikan solat sunat di atas kenderaan ketika dalam perjalanan sekalipun tidak menghadap kiblat  

Daripada ‘Amir bin Rabi’ah RA katanya:

رأيت النبي - صلى الله عليه وسلم - يصلي على راحلته حيث توجهت به

Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW menunaikan solat di atas tunggangan, walau kemana sahaja tunggangan menghadap.” (HR al-Bukhari 1098). Dalam riwayat yang lain:

رأيت النبي - صلى الله عليه وسلم - « يسبح يومئ برأسه قبل أي وجهة توجهه، ولم يكن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يصنع ذلك في المكتوبة

Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW menunaikan solat sunat (di atas kenderaan), baginda berisyarat dengan kepala baginda (dalam melakukan pergerakan) ke arah mana sahaja tunggangannya, dan Rasulullah SAW tidak melakukan sedemikian itu pada solat fardhu.” (HR al-Bukhari 1097, Muslim 701)

Berkata al-Nawawi: “Hadith ini menunjukkan keharusan menunaikan solat sunat di atas tunggangan/kenderaan ketika permusafiran, walau kemana sahaja arah kenderaan tersebut. Perkara ini adalah ijma’ kaum muslimin.” (Syarh Sahih Muslim 3/228) 

 

  1. Orang yang bermusafir bertakbir ketika menaiki kawasan tinggi dan bertasbih ketika menuruni kawasan rendah

Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA katanya:

كُنَّا إذا صعدنا كبرنا وإذا نزلنا سبَّحنا

 Mafhumnya: “Apabila kami menaiki kawasan tinggi, kami bertakbir dan apabila turun kami bertasbih.”

Sifat takbir ini terdapat di dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada hadith Ibn ‘Omar RA katanya:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا قفل من الحج أو العمرة يقول كلما أوفى على ثنيةٍ أو فدفد كبر ثلاثاًً ...

Mafhumnya: “Adalah Nabi SAW apabila pulang dari haji atau umrah, setiap kali menaiki tempat tinggi baginda akan bertakbir tiga kali…”  

 

  1. Doa yang penting untuk orang yang bermusafir

Daripada Khaulah binti Hakim RA, Rasulullah SAW bersabda:

من نزل منزلاً، ثم قال:أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق، لم يضره شيءٌ، حتى يرتحل من منزله ذلك

Mafhumnya: “Sesiapa yang singgah di sesuatu tempat, kemudian mengucapkan أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق , tidak akan memudharatkannya sesuatupun sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.”

Di dalam lafaz yang lain: “Jika seseorang kamu singgah disesuatu tempat, bacalah… (bacaan di atas). Hadith diriwayatkan oleh Muslim dengan dua lafaz, terdapat juga zikir yang sama, dibaca pada waktu pagi dan petang dalam sahih Muslim bilangan 2709, daripada Abu Hurairah RA.

  

  1. Sunat Solat dua rakaat di masjid ketika pulang dari musafir

Daripada Jabir katanya:

خرجت مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - في غزاةٍ، فأبطأ بي جملي وأعيى.ثم قدم رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قبلي، .وقدمت بالغداة، فجئت المسجد فوجدته على باب المسجد، قال: «الآن حين قدمت»؟ قلت نعم.قال: «فدع جملك وادخل فصلِّ ركعتين».قال: «فدخلت فصليتُ، ثم رجعتُ

Mafhumnya: “Saya pernah keluar bersama Rasulullah SAW dalam satu peperangan, namun tunggangan saya perlahan dan lewat, kemudian Rasulullah SAW sampai terlebih dahulu daripada saya, dan saya sampai ketika waktu tengahari, lalu saya pergi ke masjid, saya dapati baginda berada di pintu masjid, baginda bertanya: “Engkau baru sampai sekarang.” Saya berkata: “Ya.” Baginda bersabda: “tinggalkan untamu, masuk ke dalam masjid dan tunaikan solat dua rakaat.” Jabir berkata: “Lalu sayapun masuk dan menunaikan solat, kemudian pulang.” (HR al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Daripada Ka’ab RA:

أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان إذا قدم من سفرٍ ضُحىً دخل المسجد فصلى ركعتين قبل أن يجلس

Mafhumnya: “Bahawa Rasulullah SAW, apabila pulang dari permusafiran, baginda masuk ke masjid dan menunaikan solat dua rakaat sebelum baginda duduk.” (HR al-Bukhari dan  Muslim)

 

  1. Khatib membuat isyarat dengan jari ketika berdoa

Daripada Husain bin Abdul Rahman, daripada ‘Umarah bin Ruaibah katanya:

رأى بشر بن مروان على المنبر رافعاً يديه، فقال: قبح الله هاتين اليدين. لقد رأيت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ما يزيد على أن يقول بيده هكذا وأشار بإصبعه المسبحة

Mafhumnya: “Beliau (Husain bin Abdul Rahman) melihat Bisyir bin Marwan berada di atas mimbar sambil mengangkat tangan (ketika berdoa), lalu dia (Husain bin Abdul Rahman) berkata: “Semoga Allah memburukkan kedua-dua belah tangan itu, sesungguhnya saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan lebih dari seperti ini, sambil beliau mengisyaratkan dengan jari telunjuk beliau.”

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan: “(perkara itu berlaku) pada hari Jumaat (di dalam Khutbah)”

Al-Nawawi berkata: “Ini menunjukkan berdasarkan sunnah, tidak diangkat tangan (ketika berdoa) di dalam khutbah. Inilah pandangan Malik, dan Sahabat kami (mazhab al-Syafie), dan selain mereka. Al-Qadhi meriwayatkan dari sebahagian Salaf dan sebahagian ulama mazhab Maliki yang berpandangan harus, kerana Nabi SAW pernah menganggat tangan baginda di dalam khutbah Jumaat ketika berdoa memohon hujan, dan dijawab oleh golongan pertama, bahawa baginda mengangkat tangan ketika itu disebabkan ada perkara lain (iaitu permohonan hujan) yang mendatang.” 

 

  1. Para Jemaah menghadapkan muka mereka kepada khatib pada hari Jumaat

Al-‘Allamah al-Albani berkata: “Menghadapkan muka ke Khatib termasuk sunnah yang ditinggalkan” (al-Silsilah al-Sahihah 5/110). Saya telah dalil-dalil perkara ini di dalam al-Asl.

 

  1. Sunat orang yang mengantuk mengubah tempat duduknya pada hari Jumaat

Daripada Ibn ‘Umar RA daripada Nabi SAW yang bersabda:

إذا نعس أحدكم يوم الجمعة فليتحول من مجلسه ذلك

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat, maka hendaklah dia mengubah tempat duduknya itu.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

 

  1. Solat Sunat selepas Jumaat

Disunatkan menunaikan solat sunat selepas Jumaat samada sebanyak dua rakaat yang dilakukan di rumah ataupun empat rakaat yang dilakukan di masjid.

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:

إذا صلًّى أحدكم الجمعة فليصل بعدها أربعاً

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu menunaikan solat Jumaat, maka tunaikanlah pula solat sunat selepasnya sebanyak empat rakaat.” Di dalam lafaz yang lain:

من كان منكم مصلياً بعد الجمعة فليصل أربعاً

Mafhumnya: “Sesiapa di kalangan kamu menunaikan solat sunat selepas Jumaat, maka tunaikanlah sebanyak empat rakaat.” (HR Muslim)

Daripada Ibn ‘Umar yang mensifatkan solat sunat Rasulullah SAW dengan berkata:

فكان لا يصلي بعد الجمعة حتى ينصرف، فيصلي ركعتين في بيته

Mafhumnya: “Adalah baginda tidak menunaikan solat sunat selepas Jumaat sehinggalah baginda pulang, dan baginda menunaikan solat sunat sebanyak dua rakaat di rumah baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

  1. Adakan pemisah antara solat fardhu dan solat sunat pada solat Jumaat dan selainnya

Daripada ‘Umar bin ‘Atho’:

أن نافع بن جبير أرسله إلى السائب ، يسأله عن شيء رآه من معاوية في الصلاة.فقال نعم.صليت معه الجمعة في المقصورة، فلما سلم الإمام قمت من مقامي فصليت.فلما دخل أرسل إليَّ فقال: لا تعد لما فعلت، إذا صليت الجمعة فلا تصلها بصلاة حتى تكلم أو تخرج، فإن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أمرنا بذلك. أن لا توصل صلاةٌ بصلاةٍ حتى نتكلم أو نخرج

Mafhumnya: “Bahawa Nafi’ bin Jubair mengutusnya untuk berjumpa dengan al-Sa’ib, untuk bertanyakan sesuatu yang pernah dilihatnya dari Mu’awiyah tentang solat. kata al-Sa’ib: Ya, saya pernah menunaikan solat Jumaat bersama dengan beliau (Mu’awiyah) di al-Maqsurah. Apabila imam memberi salam, sayapun bangun dari tempat saya dan menunaikan solat sunat. Apabila beliau keluar, beliau datang kepada saya dan berkata: “jangan kamu ulangi apa yang kamu lakukan tadi, kerana sesungguhnya Rasulullah SAW mengarahkkan kami untuk tidak menyambung solat (fardhu) dengan solat (sunat) sehinggalah terlebih dahulu kami bercakap atau keluar.” (HR Muslim dan Abu Daud)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH berkata: “Berdasarkan sunnah dipisahkan antara solat fardhu dan sunat untuk solat Jumaat dan selainnya, sepertimana yang thabit di dalam al-Sahih, yang menyatakan baginda SAW melarang dari disambung solat (fardhu) dengan solat (sunat), sehinggalah dipisahkan antara keduanya dengan berdiri atau bercakap.”

 

  1. Memberikan hak panjang kepada huruf di dalam bacaan dan berhenti antara dua ayat

Terdapat dua hadith dalam perkara ini:

  1. Hadith daripada Anas bin Malik RA, daripada Qatadah katanya:

سألت أنس بن مالك عن قراءة النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال:كان يمُدّ مدّاً

Mafhumnya: “Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang bacaan Nabi SAW, lalu baginda memberitahu: Adalah baginda memberi hak panjang kepada huruf.” (HR al-Bukhari 5045 dan Abu Daud 1465).

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan:

سُُئل أنسٌ:كيف كانت قراءة النبي - صلى الله عليه وسلم - فقال: كانت مَدّاً ثم قرأ: ( بسم الله الرحمن الرحيم ) يَمُدُّ ببسم الله.ويمد بالرحمن .ويمد بالرحيم

Mafhumnya: “Ditanya kepada Anas: bagaimanakah bacaan Nabi SAW, beliau menjawab: Bacaan baginda adalah dengan memberikan hak panjang kepada huruf, kemudian baginda membaca bismillahirrahmanirrahim, baginda memberi hak panjang pada bismillah, baginda memberi hak panjang pada al-Rahman dan baginda memberi hak panjang kepada al-Rahim.” (HR al-Bukhari 5046)

  1. Daripada Ummu Salamah katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقطع قراءته يقول: الحمد لله رب العالمين، ثم يقفُ، الرحمن الرحيم، ثم يقف، وكان يقرؤها ملك يوم الدين

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW memberhentikan bacaan baginda, baginda membaca: Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, baginda berhenti, al-Rahmanirrahim, kemudian baginda berhenti, seterusnya baginda membaca Malikiyaumiddin.” Lafaz hadith dari Abu Daud menyebut: “Baginda memberhentikan bacaan satu ayat demi satu ayat.” (HR Abu Daud 4001 dan al-Tirmizi)

Al-‘Allamah al-Albani berkata di dalam Irwa’ al-Ghalil 2/62: “Ini merupakah sunnah yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan qurra’ pada masa ini, Allahu al-Musta’an”

 

  1. Bertadarus al-Quran di malam Ramadhan

Daripada Abdillah bin Abbas RA katanya:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - أجود الناس بالخير، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل - ? - يلقاه كل ليلة من رمضان، حتى ينسلخ يعرض عليه النبي - صلى الله عليه وسلم - القرآن، فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Mafhumnya: “Adalah Nabi SAW orang yang paling pemurah melakukan segala jenis kebaikan, dan baginda lebih pemurah di dalam bulan Ramadhan ketika Jibrail menemui baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadhan, Jibrail menemui baginda membentangkan (menyemak) bacaan al-Quran dari Nabi SAW. Apabila baginda didatangi Jibrail baginda akan menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: “Hadith ini memiliki beberapa pengajaran antaranya: Sunat menyema (mempelajari makna) bacaan al-Quran.”

 

  1. Bertakbir pada hari-hari sepuluh Zul Hijjah

Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: “Untuk mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan.” (al-Hajj: 28)

Ibn ‘Abbas RA berkata, Nabi SAW bersabda:

ما العمل في أيام أفضل منها في هذه العشر» قالوا: ولا الجهاد؟ قال: ولا الجهاد، إلا رجلٌ يخاطر بنفسه و ماله فلم يرجع بشيء

Mafhumnya: “Tiada amalan pada mana-mana hari yang lebih utama dari sepuluh hari ini (sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah). Para sahabat bertanya: “Walaupun jihad? Baginda bersabda: Sekalipun jihad, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak pulang lagi selepas dari itu.”  (HR al-Tirmizi 757, dan beliau berkata: dan di dalam bab ini terdapat riwayat dari Ibn ‘Umar, Abu Hurairah, Abdullah bin ‘Umar dan Jabir)

Al-Imam al-Bukhari berkata:

وكان ابن عمر وأبو هريرة يخرجان إلى السوق في أيام العشر يكبران ويكبر الناس بتكبيرهما

Mafhumnya: “Adalah Ibn ‘Umar dan Hurairah akan keluar ke pasar pada hari-hari sepuluh (zulhijjah), mereka berdua akan bertakbir, dan orang ramaipun akan bertakbir disebabkan takbir mereka berdua.” (Kitab al-‘Aidain)

 

  1. Sunat mengutus binatang korban melalui orang yang tidak berihram, sedangkan kita berada di negeri kita tanpa ada larangan

Daripada ‘A-isyah RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يهدي من المدينة فأفتل قلائد هديه.ثم لا يجتنب شيئاً مما يجتنب المحرم

Mafhumnya: “Rasulullah SAW memberi hadiah (binatang korban) dari Madinah (kepada jemaah Haji di Mekah), baginda meletakkan tanda (seperti kalung, sebagai tanda untuk dikorbankan) kepada binatang korban tersebut, kemudian baginda tidak menjauhi sesuatu yang dijauhi oleh seorang yang berihram.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi  berkata: “Hadith ini merupakan bukti sunat memberi binatang korban ke tanah Haram (Mekah), dan sesiapa yang tidak pergi disunatkan baginya mengutuskan binatang tersebut kepada orang lain, demikian juga sunat meletak tanda dan membuat tanda kepada binatang korban, sepertimana yang terdapat di dalam riwayat yang lain .”

Kata Ibn ‘Uthaimin RH di dalam al-Syarh al-Mumti’ 7/106: “Ini kerana termasuk di dalam petunjuk Rasulullah SAW iaitulah memberi hadiah binatang korban sunat.”

 

  1. Sunat membawa binatang korban untuk dikorbankan ketika melakukan Umrah

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA:

أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم- خرج معتمراً، فحال كفار قريش بينه وبين البيت، فنحر هديه وحلق رأسه بالحديبية ...

Mafhumnya: “bahawa Rasulullah SAW keluar melakukan umrah, lalu golongan Kuffar Quraish menghalang baginda dari masuk ke Masjid al-Haram. Maka Baginda menyembelih binatang korban baginda dan mencukur rambut di Hudaibiah…” (HR al-Bukhari dan Muslim secara ringkas dari Anas bin Malik)

Al’Allamah Ibn al-Qayyim telah menyebut kisah Hudaibiah di dalam kitab beliau Zad al-Ma’ad dan beliau menyebut beberapa pengajaran fiqh, antaranya: Membawa binatang korban adalah sunat ketika menunaikan umrah sendirian, sepertimana ianya juga sunat ketika melakukan Haji Qiran.” (Zad al-Ma’ad 3/301)

 

  1. Sunat berdiri untuk berdoa dan memanjangkan berdiri berhampiran jamrah pertama dan kedua

Berkata al-‘Allamah Ibn ‘Uthaimin RH:

وإذا لم يتيسر لـه طول القيام بين الجمار، وقف بقدر ما يتيسر لـه؛ ليحصل إحياء هذه السنة التي تركها أكثر الناس، إما جهلاً أو تهاوناً بهذه السنة.ولا ينبغي ترك هذا الوقوف فتضيع السنة، فإن السنة كلما أُضيعت كان فعلها أوكد؛ لحصول فضيلة العمل ونشر السنة بين الناس

Mafhumnya: “Sekiranya tidak dapat memanjangkan tempoh berdiri di jamrah-jamrah tersebut, berdirilah sekadar tempoh yang dapat,  untuk dapat menghidupkan sunnah ini yang telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang, samada mereka meninggalkannya kerana jahil atau menganggap ringan dengan sunnah ini. Maka tidak patut meninggalkan berdiri ini, kerana ia akan menghilangkan sunnah ini, maka setiap kali sesuatu sunnah ditinggalkan, maka melakukannya adalah suatu yang lebih dituntut, untuk memperolehi kelebihan beramal dan menyebarkan sunnah di kalangan orang ramai.” (manasik al-Hajj wa al-Umrah. Hal: 92). Termasuk juga dalil perkara ini ialah hadith riwayat al-Bukhari bilangan 1751.

 

  1. Orang yang sedang menunaikan solat menjawab salam dengan isyarat

Daripada Jabir RA katanya:

إن رسول الله بعثني لحاجةٍ ثم أدركته وهو يصلي فسلمت عليه فأشار إليَّ

Mafhumnya:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah memanggil saya untuk sesuatu keperluan, kemudian saya datang kepadanya, dan baginda sedang menunaikan solat, saya memberikan salam kepada baginda, dan baginda membuat isyarat kepada saya.” (HR Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)

Al-Nawawi berkata tentang pengajaran hadith ini: “Haram menjawab salam ketika solat dengan lafaz, dan tidak mengapa menjawab dengan isyarah, bahkan ianya disunatkan dijawab salam dengan isyarat. Perkara ini disebut oleh al-Syafie dan ramai ulama yang lain.” (Syarh Muslim 3/31)

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA katanya:

قلت لبلالٍ: كيف كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يرد عليهم حين كانوا يُسلِّمون عليه وهو في الصلاة ؟ قال كان يشير بيده.

Mafhumnya: “Aku bertanya kepada Bilal, bagaimana baginda Nabi SAW menjawab salam apabila diberikan salam kepada baginda, dan baginda sedang solat? Jawab Bilal: Baginda membuat isyarat dengan tangan baginda.”

Lafaz Abu Daud:

فقلت لبلال: كيف رأيت رسول الله يرد عليهم حين كانوا يسلمون عليه وهو يصلي؟ قال: يقول هكذا. وبسط كفه.و بسط جعفر بن عون كفه وجعل بطنه أسفل، وجعل ظهره إلى فوق

Mafhumnya: “Saya (Abdullah bin ‘Umar) bertanya kepada Bilal, bagaimana anda melihat Rasulullah SAW menjawab salam, ketika diberikan salam kepada baginda yang sedang solat? Beliau menjawab: Baginda melakukan seperti ini. Sambil beliau (Bilal) membuka telapak tangannya, dan Ja’far bin ‘Aun juga membuka telapak tangannya dan menjadikan telapak tangannya menghadap ke bawah dan belakang tangannya menghadap ke atas.”

Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA  katanya:

لما قدمت من الحبشة أتيت النبي - صلى الله عليه وسلم - وهو يصلي فسلّمت عليه فأومأ برأسه

Mafhumnya: “Ketikamana saya sampai dari Habashah, Saya datang berjumpa dengan Nabi SAW yang sedang menunaikan solat, lalu saya memberikan salam kepada baginda, dan baginda membuat isyarat dengan kepala baginda.”

Berkata al-Imam Ibn al-Qayyim RH: “Adalah Rasulullah SAW menjawab salam dengan isyarat kepada sesiapa yang memberi salam kepada baginda sekiranya baginda sedang menunaikan solat.” (Zad al-Ma’ad 1/366)

 

  1. Cara menjawab salam kepada orang yang mengirim dan menyampaikan salam.

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 2/427: “Adalah termasuk di dalam petunjuk baginda SAW, apabila seseorang menyampaikan salam kepada baginda dari orang lain, baginda akan menjawab kepada orang yang menyampai dan mengirimkan salam.”

Dari hadith seorang lelaki dari Bani Tamim daripada bapanya dan daripada datuknya, yang datang kepada Nabi SAW dan berkata:

إن أبي يقرأ عليك السلام قال: «عليك وعلى أبيك السلام». وفي سنده جهالة ولكن الألباني حسنه.

Mafhumnya: “Sesungguhnya bapaku memberikan salam kepada engkau. Lalu baginda menjawab: عَلَيْكَ وَعَلى أَبِيْكَ السَّلَام .”  di dalam sanad hadith ini ada periwayat yang tidak dikenali, akan tetapi al-Albani menghasankannya.

Daripada Anas RA katanya:


«جاء جبريل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم - وعنده خديجة وقال: إن الله يقرئ خديجة السلام فقالت: إن الله هو السلام وعلى جبريل السلام وعليك السلام ورحمة الله

Mafhumnya: “Jibrail pernah datang kepada Nabi SAW, bersama dengan baginda ada Khadijah, dan baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menyampaikan salam kepada Khadijah. Jawab Khadijah:  إن الله هو السلام وعلى جبريل السلام وعليك السلام ورحمة الله .”

Al-Hafidz Ibn Hajar berkata di dalam Fath al-Bari 7/172: “Diambil pengajaran dari hadith ini, dijawab salam kepada siapa yang mengutus dan menyampaikan salam itu.”

 

  1. Memberi salam ketika perpisah dan berdiri dari sesuatu majlis, dengan menyampaikan tanpa dengan bersalaman.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW yang bersabda:

إذا انتهى أحدكم إلى المجلس فليُسلِّمُ فإذا أراد أن يقوم فليُسلِّمُ، فليست الأولى بأحق من الآخرة

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu selesai dari sesuatu majlis, maka hendaklah dia mengucapkan salam, jika dia hendak berdiri (untuk pergi), maka tidaklah salam yang pertama itu lebih berhak dari salam yang akhir.”

Berkata al-‘Allamah al-Albani RH: “Memberi salam ketika bangun dari sesuatu majlis adalah adab yang ditinggalkan disebahagian Negara, dan yang lebih berhak menghidupkan sunnah ini ialah para Ahli  dan penuntut ilmu.”

Al-Nawawi berkata di dalam al-Mamu’ 4/325: “berdasakan sunnah, apabila bangun dari sesuatu majlis dan hendak meninggalkan orang yang masih ada di dalam majlis tersebut ialah dengan memberikan salam kepada mereka semua.”

  

  1. Termasuk di dalam petunjuk baginda SAW adalah meminta izin dan mengetuk pintu.

Daripada ‘Abdullah bin Bisr RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إذا أتى باب قومٍ لم يستقبل الباب من تلقاء وجهه، ولكن من ركنه الأيمن أو الأيسر، فيقول: السلام عليكم السلام عليكم وذلك أن الدُّور لم يكن عليها يومئذٍ سُتور

Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila sampai ke sesuatu pintu rumah, baginda tidak menghadapkan muka baginda ke pintu, akan tetapi baginda akan mengarahkan mukanya ke arah kanan atau kiri, lalu berkata: Assalamu’alaikum, Assalamu’alaikum, demikian itu kerana pintu-pintu pada ketika itu masih belum memiliki penutup.” (Hadith ini dengan lafaz dari Abu Daud)

 

  1. Meminta izin sebanyak tiga kali, samada diizinkan, jika tidak berpaling untuk pergi

Firman Allah SWT:

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman jangan kami semua memasuki sesuatu rumah yang bukan rumah kamu, sehinggalah terlebih dahulu kamu meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya . Demikian itu lebih baik bagi kamu, mudah-mudahan kamu selalu beringat. Jika kamu tidak menemui seseoragpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin. Dan jika dikatakan kepadamu: kembalilah. Maka hendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Nur: 27-28)

Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA katanya:

كنت في مجلسٍ من مجالس الأنصار إذ جاء أبو موسى كأنه مذعور، فقال: استأذنت على عمر ثلاثاً فلم يؤذن لي فرجعتُ قال: ما منعك؟ قلت : استأذنت ثلاثاً فلم يؤذن لي فرجعتُ وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: «إذا استأذن أحدكم ثلاثاً فلم يؤذن لـه فليرجع

Mafhumnya: “Saya pernah berada di dalam salah satu majlis orang-orang Ansar, tiba-tiba datang Abu Musa, dia seolah-olah kelihatan berada dalam ketakutan. Lalu dia berkata: Saya telah meminta izin (pergi ke rumah beliau dan mengucapkan salam) kepada Umar tiga kali, akan tetapi dia tidak menjawab permohonan saya, lalu sayapun pulang. Kemudian dia (‘Umar) bertanya kepada saya: Apa yang menghalang engkau (dari berjumpa ‘Umar pada hari tersebut). Saya menjawab: Saya telah meminta izin sebanyak tiga kali, tetapi beliau tidak menjawabnya, maka sayapun pulang, kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Jika seseorang darpada kamu meminta izin sebanyak tiga kali, akan tetapi tidak dijawab permohonannya itu, maka hendaklah dia pulang.”

 

  1. Termasuk di dalam sunnah seorang tetamu meminta izin tuan rumah sebelum dia berdiri untuk pulang.

Sabda Nabi SAW:

إذا زار أحدكم أخاه فجلس عنده فلا يقومن حتى يستأذنه

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu menziarahi saudaranya dan duduk dengannya, maka jangan dia berdiri (untuk pulang) sehinggalah dia meminta izin terlebih dahulu.”

Hadith ini memberi perhatian terhadap adab yang tinggi, iaitulah orang yang datang berziarah tidak sepatutnya berdiri (untuk pulang) melainkan setelah dia meminta izin orang yang diziarahinya terlebih dahulu.

 

  1. Tuan rumah lebih berhak menjadi imam solat dari orang lain walaupun ada yang lebih faqih daripadanya.

Daripada Abu Mas’ud al-Ansori RA katanya: Sabda Nabi SAW:

يؤم القوم أقرؤهم لكتاب الله، فإن كانوا في القراءة سواء فأعلمهم بالسنة، فإن كانوا في السنة سواء فأقدمهم هجرة، فإن كانوا في الهجرة سواء فأقدمهم سلماً، ولا يؤمن الرجل الرجل في سلطانه ولا يقعد في بيته على تكرمته إلا بإذنه

Mafhumnya: “Hendaklah menjadi imam kepada sesuatu kaum orang yang lebih tahu al-Quran, jika kesemua mereka mengetahui al-Quran, maka jadilah imam orang yang lebih mengetahui tentang sunnah, sekiranya kesemua mereka mengetahui tentang sunnah, maka jadilah imam orang yang terlebih dahulu melaksanakan hijrah, sekiranya mereka semua sama dalam melaksanakan hijrah, maka jadilah imam orang yang terlebih dahulu memeluk Islam, dan jangan seseorang lelaki menjadi imam di rumah seseorang lelaki yang lain dan jangan dia duduk di rumah lelaki itu di tempat khas beliau melainkan dengan izin tuan rumah tersebut.” (HR Muslim dan Abu Daud)

Al-Nawawi berkata: “Maknanya, apa yang telah disebut oleh para Ashab kami dan selain mereka bahawa, pemilik rumah dan tuan sesuatu majlis atau imam masjid lebih berhak berbanding selain mereka, sekalipun orang lain itu lebih faqih, lebih wara’ dan lebuh utama daripadanya.”

 

  1. Mengibas tempat tidur sebelum berbaring untuk tidur.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Nabi SAW:

إذا أوى أحدكم إلى فراشه فلينفض فراشه بداخلة إزاره، فإنه لا يدري ما خلفه عليه، ثم يقول: باسمك ربي وضعت جنبي وبك أرفعه، إن أمسكت نفسي فارحمها، وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu menghampiri tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengibas tempat tidurnya dengan hujung kainnya, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang ada di atasnya, kemudian membaca: Dengan nama tuhanku, daku meletakkan lambungku, dan dengannya juga aku mengangkat lambungku, sekiranya Engkau (Ya Allah) mengambil nyawaku, kesihanilah ia, sekiranya Engkau (Ya Allah) membiarkan dia terus hidup, maka peliharalah ia sepertimana Engkau memelihara hamba-hambaMu yang saleh.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

  1. Meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan ketika tidur.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya:

كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا أخذ مضجعه من الليل، وضع يده تحت خدِّه، ثم يقول: «اللهم باسمك أموت وأحيا» وإذا استيقظ قال: «الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور

Mafhumnya: “Adalah Nabi SAW apabila pergi ke tempat tidur untuk tidur malam, baginda meletakkan tangan di bawah pipinya, kemudian membaca: “Ya Allah dengan namaMu aku mati dan hidup”. Apabila baginda bangun dari tidur baginda membaca: “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah Dia mematikan kami, dan kepadaNyalah dihimpunkan (semua makhluk).” (HR al-Bukhari. Al-Imam al-Bukhari juga menjadikan hadith ini di bawah tajuk Bab Meletakkan Tangan Di Bawah Pipi kanan)

 

  1. Kelebihan sesiapa yang terjaga dari tidur malam, kemudian mengingati Allah.

Daripada ‘Ubadah bin al-Somit RA daripada Nabi SAW yang bersabda: “Sesiapa yang terjaga dari tidur malam[4] maka sebutlah:

لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير الحمد لله وسبحان الله ولا إله إلا الله والله أكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله

Maksudnya: “Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu baginya, bagiNya kekuasaan, dan baginya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu, segala pujian bagi Allah dan Maha Suci Allah, dan tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, dan tiada keupayaan dan kekuatan melainkan Allah.”

Kemudian membaca: اللهم اغفرلي (Ya Allah, ampunilah daku) – atau berdoa (dengan doa yang lain) dan akan diperkenankan permohonannya. Sekiranya dia berwudhu, akan diterima solatnya.” (HR al-Bukhari 1154)

Al-Hafidz berkata di dalam Fath al-Bari berkata: “Hanya berlaku perkara ini, bagi sesiapa yang menjadi kebiasaan mengingati Allah, dan keadaan itu menguasainya sehingga ia menjadi bisikan hatinya, di dalam tidurnya dan ketika jaganya. Maka dimuliakan sesiapa yang memiliki sifat ini dengan diperkenankan doa dan diterima solatnya.”

 

  1. Menyapu kesan tidur di muka dengan tangan apabila bangun dari tidur.

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

إنه بات ليلةً عند ميمونة زوج النبي - صلى الله عليه وسلم - وهي خالته فاضطجعت في عرض الوسادة واضطجع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وأهله في طولها فنام رسول الله - صلى الله عليه وسلم - حتى انتصف الليل أو قبله بقليل أو بعده بقليل، استيقظ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فجلس يمسح النوم عن وجهه بيده

Mafhumnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari  muka  baginda dengan tangan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Nawawi berkata: “Perkataannya: baginda menyapu tidur dari muka membawa maksud menyapu kesan tidur, dan ia menunjukkan sunat perkara tersebut.” (Syarh Muslim).

 

  1. Membaca beberapa ayat akhir dari surah Ali Imran ketika bangun dari tidur dan melihat ke langit.

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

بتُ يوماً عند خالتي ميمونة، فتحدث رسول الله - صلى الله عليه وسلم - مع أهله ساعةً ثم رقد،.فلما كان ثلث الليل الآخر قعد فنظر إلى السماء

Mafhumnya: “Suatu hari saya tidur di rumah emak saudara saya Maimunah, Rasulullah SAW berbual dengan isteri baginda seketika, kemudian baginda tidur. Apabila tiba satu pertiga akhir malam, baginda bangun dan melihat ke langit.”

Di dalam riwayat yang lain dinyatakan:

استيقظ رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فجلس يمسح النوم من وجهه بيده ثم قراء العشر الآيات الخواتم من سورة آل عمران

Mafhumnya: “Rasulullah SAW terjaga dari tidur, baginda duduk dan menyapu kesan tidur dari muka dengan tangan baginda, kemudian baginda membaca sepuluh ayat akhir surah Ali Imran.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

  

  1. Berubat dengan al-Talbinah[5]  

عن عروة عن عائشة زوج النبي - صلى الله عليه وسلم - أنها كانت إذا مات الميتُ من أهلها، فاجتمع لذلك النساء، ثم تفرقن إلاّ أهلها وخاصتها، أمرت ببرمة من تلبينة فطبخت ثم ثريدٌ، فصُبَّتِ التلبينة عليها، ثم قالت:كلن منها فإني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول : «التلبينة مُجمة لفؤاد المريض تُذهب بعض الحُزن»

Mafhumnya: “Daripada ‘Urwah, daripada ‘A-isyah isteri Nabi SAW, yang mana beliau jika ada kematian dari kalangan ahli keluarga beliau, para wanita akan berkumpul, kemudian mereka akan pergi melainkan ahli keluarga dan teman terdekat, kemudian beliau mengarahkan dibawah periuk berisi Talbinah, kemudian dimasak sup (sup daging), kemudian dituang ke atasnya Talbinah, lalu beliau berkata: Makanlah sup beserta dengan talbinah ini, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: al-Talbinah melegakan hati dan menghilangkan sebahagian kesedihan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sebahagian riwayat dari ‘A-isyah ada menyebut beliau pernah menyuruh dibuat al-Talbinah dan  menyebut:

هو البغيض النافع

Mafhumnya: “Ia benda yang tidak disukai yang bermanfaat.” (al-Bukhari)

 

  1. Berubat dengan madu.

Firman Allah SWT:

Mafhumnya: “Dia yang mengeluarkan dari perut-perut (lebah) minuman yang berbagai warnanya, padanya ada penyembuhan untuk manusia.” (al-Nahl: 69)

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya, Sabda Rasulullah SAW:

الشفاء في ثلاث شربة عسل وشرطة محجم وكية نار وأنهى أمتي عن الكي

Mafhumnya: “Penyembuhan itu ada pada tiga: Meminum Madu, berbekam dan berubat menggunakan besi panas, dan aku juga melarang umatku dari besi panas (menggunakannya tanpa ada keperluan dan berlebihan).” (HR al-Bukhari 5680-5681) 

 

  1. Berubat dengan berbekam.

Daripada Jabir bin ‘Abdillah, beliau pernah menziarahi al-Muqanna’ (Seorang Tabi’ie), kemudian berkata:

لا أبرح حتى تحتجم، فإني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: «إن فيه شفاء

Mafhumnya: “Kamu tidak boleh sembuh sehinggalah kamu berbekam, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya padanya  (berbekam) ada penyembuhan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

  1. Diet dengan Tamar al-‘Ajwah dari ‘Aliah di Madinah Nabawiah

Daripada Sa’id bin Abi Waqqas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

من تصبح بسبع تمراتٍ عجوة لم يضره ذلك اليوم سمٌ ولا سحرٌ

Mafhumnya: “Sesiapa yang pagi hari memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, racun dan sihir tidak akan dapat memudharatkan dia pada hari tersebut.” (al-Bukhari dan Muslim)

Daripada ‘A-isyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن في عجوة العالية شفاءٌ أو إنها ترياقٌ أول البكرة

Mafhumnya: “Sesungguhnya pada ‘Ajwah al-‘Aliah merupakan penyembuhan pada awal pagi.” (HR Muslim)

 

  1. Berubat dengan Bijian Hitam (al-Habbah al-Sauda’)

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

إن في الحبة السوداء شفاءٌ من كل داء إلا السام

Mafhumnya: “Sesungguhnya pada al-Habbah al-Sauda’ (bijian hitam) itu penyembuhan dari setiap penyakit melainkan mati.”

 

  1. Berubat dengan Kam’ah (الكَمْأة)[6] sejenis Umbi.

Daripada Sa’id bin Zaid bin ‘Amr bin Nufail RA katanya, saya mendengar Nabi SAW pernah bersabda:

الكمأة من المنِّ وماؤها شفاءٌ للعين

Mafhumnya:  “al-Kam’ah daripada al-Mann, dan airnya merupakan penyembuh untuk mata.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

  1. Perubatan Nabawi pada lalat

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا وقع الذباب في إناء أحدكم فليغمسه كله ثم ليطرحه فإن في أحد جناحيه شفاء، وفي الآخر داء

Mafhumnya: “Jika lalat terjatuh di dalam bekas makanan seseorang daripada kamu, maka tenggelamkan keseluruhan kemudian buangkanlah ia, kerana sesungguhnya di salah satu sayapnya ada penawar, dan di sebelah satu lagi ada penyakit.” (HR al-Bukhari)

Daripada Abi Sa’id al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:

في أحد جناحي الذباب سمٌ، وفي الآخر شفاءٌ، فإذا وقع في الطعام,فأمقلوه فيه، فإنه يقدم السم ويؤخر الشفاء

Mafhumnya: “Pada salah satu sayap lalat itu adanya racun, dan di sebelah lagi adanya penawar, jika lalat terjatuh di dalam makanan, maka tenggelamkan ia ke dalam makanan tersebut, kerana sesungguhnya lalat itu akan mendahulukan sayapnya yang beracun dan melewatkan sayapnya yang ada penawar (ketika jatuh ke dalam makanan).”

 

  1. Meninggalkan makanan yang tidak disukai

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

ما عاب النبي - صلى الله عليه وسلم - طعاماً قطُّ إن اشتهاه أكله, و إن كرهه تركه

Mafhumnya: “Nabi SAW tidak pernah menghina makanan sama-sekali, jika baginda menghendakinya baginda akan makan, jika tidak baginda akan meninggalkannya.”

Al-Nawawi berkata: “Ini merupakan adab yang dituntut ketika makan, termasuk di dalam menghina makanan seperti mengatakan: masin, kurang garam, masam, cair, pekat, tidak cukup masak dan seumpamanya, adapun berkaitan baginda tidak memakan Dhab (biawak padang pasir), ia tidak termasuk menghina makanan , sebaliknya ia sebagai pemberitahuan baginda tidak ingin memakan haiwan tersebut.” (Syarh Muslim)

 

  1. Menjilat Jari Sebelum Membasuh atau Menyapu Tangan

Daripada Ibn ‘Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إذا أكل أحدكم فلا يمسح يده حتى يَلعقها أو يُـلعقها

Mafhumnya: “Apabila seseorang daripada kamu selesai dari makan, maka jangan dia menyapu tangannya, sehinggalah dia menjilat tangannya terlebih dahulu.” (HR al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah)

 

  1. Membuang Kotoran Pada Makanan yang Terjatuh dan memakannya semula

Daripada Jabir RA:

أَنَّ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - أَمَرَ بِلَعْقِ الأَصَابِعِ وَالصَّحْفَةِ، وَقَالَ: إِنَّكُمْ لاَ تَدْرُونَ فِي أَيِّهِ الْبَرَكَةُ

Mafhumnya: “Bahawa Nabi SAW menyuruh menjilat jari-jemari dan (menyapu) bekas makanan dan baginda bersabda: Sesungguhnya kamu semua tidak mengetahui dimanakah adanya keberkatan.” (HR Muslim 2033, Ibn Majah 2270)

 

  1. Menjilat Bekas Makanan dan Seumpamanya.

Bukti dalam persoalan ini ialah hadith Jabir seperti dalam perkara ke enam puluh lapan. Demikian juga hadith daripada Anas RA, daripada Nabi SAW, beliau berkata:

وأمرنا أن نسلت القصعة قال: ( فإنكم لا تدرون في أي طعامكم البركة)

Mafhumnya: “Kami diarahkan untuk menyapu bekas makanan, baginda bersabda: “Kerana sesungguhnya kamu semua tidak mengetahui dimana satu makananmu yang mempunyai keberkatan.”

 

  1. Sunat Bersahur dengan Buah Tamar.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

نعم سحور المؤمن التمر

Mafhumnya: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah dengan buah Tamar.” Hadith ini disahihkan oleh al-‘Allamah al-Albani di dalam Silsilah al-Sahihah bilangan 562, beliau juga menyebut beberapa Syawahid (riwayat-riwayat sokongan), silalah merujuk di sana.

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad (4/292) tentang Tamar: “Ia merupakah buahan, makanan, penawar, minuman dan manisan.” (HR Abu Daud 2345, dan Ibn Hibban 3475) 

 

  1. Bernafas tiga kali luar dari cawan ketika minum.

Daripada Anas RA katanya:

كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يتنفس في الشراب ثلاثاً ويقول: «إنه أروى وأبرأ وأمرأ

Mafhumnya: “Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum[7], beliau bersabda: Sesungguhnya ia lebih menghilangkan dahaga, terhindar dari penyakit dan lebih selesa untuk perut.”   

 

  1. Mencampurkan Laban (susu masam) dengan Air

Daripada Anas RA katanya:

أتي بلبنٍ قد شيب بماء، وعن يمينه أعرابيٌ، وعن يساره أبو بكر، فشرب ثم أعطى الأعرابي وقال: «الأيمنُ فالأيمنُ»

Baginda pernah dibawakan Laban yang telah dicampurkan dengan air, sebelah kanan baginda ada seorang Arab Badawi dan sebelah kiri baginda Abu Bakar. Lalu baginda minum setelah itu menyerahkannya kepada Arab Badawi tersebut dan bersabda: Dahulukan yang sebelah kanan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

  1. Berdoa Selepas Meminum Laban

Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:

دخلت مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أنا و خالد بن الوليد على ميمونة، فجاءتنا بإناءٍ من لبنٍ، فشرب رسول الله، وأنا على يمينه وخالد على شماله، فقال لي: «الشربة لك فإن شئت آثرت بها خالداً» فقلت: ما كنت أوثر على سؤرك أحداً، ثم قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : «من أطعمه الله الطعام فليقل: اللهم بارك لنا فيه، وأطعمنا خيراً منه. ومن سقاه الله لبناً فليقل: اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه» وقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: «ليس شيء يجزئ مكان الطعام والشراب غير اللبن

Mafhumnya: “Saya masuk bersama Rasulullah SAW dan juga Khalid bin al-Walid menemui Maimunah. Lalu Maimunah mendatangkan sebekas berisi Laban, lalu Rasulullah SAW minum, ketika itu saya berada di sebelah kanan baginda dan Khalid berada di sebelah kiri baginda. Lalu baginda bersabda kepada saya: “minuman berikutnya untuk mu, Jika kamu mahu kamu boleh menyerahkannya kepada Khalid.” Saya menjawab: “Saya tidak akan serahkan bekas minumanmu kepada seseorang yang lain.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang diberi makan oleh Allah, hendaklah dia mengucapkan:

اللهم بارك لنا فيه، وأطعمنا خيراً منه

Maksudnya: “Ya Allah berkatikanlah kami pada makanan ini, dan berikanlah makanan yang lebih baik daripadanya.” Dan sesiapa yang Allah beri minum kepadanya, maka hendaklah dia ucapkan:

اللهم بارك لنا فيه وزدنا منه

Mafhumnya: “Ya Allah berkatikanlah kami padanya, dan tambahkan lagi kepada kami.” Sabda Rasulullah SAW: “Tiada sesuatu yang lebih dapat memenuhi makan dan minum selain Laban.”  

 

  1. Sunat Berkumur Selepas Meminum Laban dan seumpamanya yang lain.

Daripada Ibn ‘Abbas RA:

ان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - شرب لبنًا فمضمض وقال: إن لـه دسمًا

Mafhumnya: “Bahawa Rasulullah SAW meminum Laban, kemudian baginda berkumur, dan bersabda: Sesungguhnya padanya ada lebihan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

 

  1. Sunat bagi orang yang bersin untuk memuji Allah sekalipun ketika Solat.

Daripada Mu’awiyah bin al-Hakam al-Sulami katanya:

بينما أنا أصلي مع رسـول الله - صلى الله عليه وسلم-. إذ عطس رجلٌ من القوم فقلت:يرحمك الله، فرماني القوم بأبصارهم! فقلت: واثُكل أُمِّياه ما شأنكم؟ تنظرون إليِّ فجعلوا يضربون بأيديهم على أفخاذهم.فلما رأيتهم يُصمتونني لكني سكتُّ. فلما صلى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فبأبي هو وأمي ما رأيت معلماً قبله ولا بعده أحسن تعليماً منه فو الله ما كهرني ولا ضربني ولا شتمني قال: «إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شيء من كلام الناس، إنما هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن

Mafhumnya: “Ketika saya sedang menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seorang lelaki bersin, saya ucapkan kepadanya Yarhamukallah. Lalu semua orang melihat kepada saya, sayapun bertanya: Mengapa kamu semua melihat saya?” merekapun menepuk tangan mereka ke peha saya,  saya lihat mereka semua menghendaki saya diam. Apabila selesai solat, Sungguh saya tidak pernah melihat seorang guru sebelum dan selepas baginda yang lebih baik pengajarannya daripada Baginda, demi Allah baginda tidak memasamkan muka kepada saya, tidak memukul dan tidak mengata saya, baginda bersabda: Sesungguhnya bagi solat itu, tidak wajar di dalamnya dimasukkan perkataan manusia, sebaliknya hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan al-Quran.” (HR Muslim)

 

  1. Berdoa selepas Wudhu’ dengan membaca: سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك

Daripada Abi Sa’id al-Khudri katanya: Sabda Rasulullah SAW:

من توضأ فقال: سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك، كتب بمارق ثم جعلت في طابع فلم يكسر إلى يوم القيامة

Mafhumnya: “Sesiapa yang berwudhu, kemudian menyebut:

سبحانك اللهم وبحمدك لا إله إلا أنت أستغفرك وأتوب إليك

Mafhumnya: “Maha suci Engkau ya Allah dan segala pujian untuk Mu, tidak ada tuhan melainkan Engkau, saya memohon keampunan dan bertaubat kepadaMu.”, akan dicatit di atas kertas putih, kemudian akan ditempa dan  ia tidak akan pecah hingga ke hari kiamat.”  

Al-‘Allamah al-Albani berkata di dalam al-Irwa’ 1/135: “Faedah: Disunatkan juga selepas berwudhu untuk membaca bacaan di atas berdasarkan hadith Abi Sa’id…”

  

  1. Berdoa ketika mendengar kokokan Ayam dan beristi’azah ketika mendengar rengekan Keldai dan salakan anjing.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Sabda Rasulullah SAW:

إذا سمعتم صياح الديكة فاسألوا الله من فضله، فإنها رأت ملكاً. وإذا سمعتم نهيق الحمار، فتعوذوا بالله من الشيطان، فإنه رأى شيطاناً

Mafhumnya: “Apabila kamu mendengar kokokan ayan jantan, maka mintalah daripada Allah kelebihannya, kerana sesungguhnya dia melihat malaikat, dan apabila kamu mendengar rengekan keldai, maka mintalah perlindungan dengan Allah dari syaitan, kerana sesungguhnya ketika itu dia melihat syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

  

  1. Doa ketika angin kencang dan perihal Nabi pada ketika itu.

Daripada Aisyah R.A. beliau berkata: Jika sekiranya angin bertiup kencang, Rasulullah akan berdoa:

اللهم إني أسألك خيرها وخير ما فيها وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما فيها وشر ما أرسلت به

Mafhumnya: “Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan yang ada di dalamnya serta kebaikan dari apa yang diutuskan dengannya, dan aku berlindung  dengan Engkau dari keburukannya dan keburukan yang ada di dalamnya serta keburukan dari apa yang diutuskan dengannya.”

Aisyah berkata:

وإذا تخيلت السماء تغير لونه وخرج ودخل وأقبل وأدبر فإذا مطرت سُري عنه فعرفت ذلك في وجهه

Mafhumnya: “Apabila langit berawan gelap dan berubah warnanya, baginda keluar dan masuk ke dalam rumah, pergi ke hadapan dan ke belakang (seperti dalam kebimbangan), apabila hujan turun kebimbangan baginda itu hilang, perkara itu dikenali dari raut wajah baginda.

‘A-isyah berkata: Lalu saya bertanya kepada baginda, lalu baginda menjawab:

لعله يـا عائشة كما قـال قوم عـاد

Mafhumnya: “Barangkali ia wahai ‘A-isyah sepertimana yang dikatakan oleh kaum ‘Aad:

Mafhumnya: “Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka: "Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami". (Bukan!) bahkan Itulah azab yang kamu minta supaya datang dengan segera (yaitu) angin yang mengandung azab yang pedih.” (al-Ahqaf: 24 – HR al-Bukhari dan Muslim)

  1. Doa orang yang mengumpulkan sedekah kepada orang yang memberi sedekah

 Allah ta`ala berfirman:

Mafhumnya: “ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah kepada mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (al-Taubah: 103)

Ibnu kathir berkata: (Firman Allah yang bermaksud): “berdoalah kepada mereka” membawa maksud: Berdoa dan pintalah keampunan untuk mereka.”

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibni Abi Aufa R.A yang berkata: “sekiranya ada satu kaum datang memberi sedekah, Rasulullah akan berdoa: Èاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ, apabila ayahku Abi Aufa R.A. datang membawa sedekahnya, Beliau berdoa: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِيْ أَوْفَى (HR Muslim 6078)

Imam nawawi berkata: “Dan mazhab kami yang masyhur (pandangan yang masyhur) dan mazhab ulama keseluruhannya, berdoa untuk orang yang mengeluarkan zakat adalah sunnah dan sunat bukan wajib.”

 

  1. Memperbanyakkan memohon keampunan dalam sesuatu majlis (majlis zikir atau ilmu).

عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - قال: «إن كنا نعد لرسول الله - صلى الله عليه وسلم - في المجلس الواحد مائة مرة: رب اغفر لي. وتب عليَّ إنك أنت التواب الرحيم»

Daripada Abdullah ibni Umar RA berkata:  “Sesungguhnya kami mengira di dalam satu majlis  Rasulullah SAW membaca sebanyak seratus kali:  Wahai tuhan, ampunilah daku, berilah taubat kepadaku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.” (HR Abu Daud dan al-Tirmizi)

 

  1. Meninggalkan janji melakukan sesuatu perkara kerana maslahah dan diikuti dengan membayar

عن أبي هريرة - رضي الله عنه- قال: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم- قال: «من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليكفر عن يمينه وليفعل) .مسلم والترمذي (

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang berjanji atas sesuatu, setelah itu dia melihat  perkara lain lebih baik dari yang telah dijanjikannya, maka hendaklah dia membayar kafarah atas janji yang telah dilakukannya itu seterusnya dia melakukan perkara yang dilihatnya lebih baik itu.” (HR Muslim dan al-Tirmizi)

 

  1. Melakukan Sujud syukur ketika mendapat sesuatu yang disenangi atau terhindar dari sesuatu yang tidak disukai.

al-Baghawi menyebut dalam syarah sunnah 3/316:

سجود الشكر سنة عند حدوث نعمة طالما كان ينتظرها، أو اندفاع بلية ينتظر انكشافها

Mafhumnya: “Sujud syukur adalah sunat ketika memperolehi sesuatu nikmat (kebaikan) yang telah lama dinantikannya, atau terhindar dari musibah yang dinantikan tersingkap.”

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 1/360:

وكان من هديه - صلى الله عليه وسلم - وهدي أصحابه، سجود الشكر عند تجدد نعمة تسر، أو اندفاع نقمة

Adalah termasuk dari petunjuk baginda SAW dan para sahabat RA, melakukan sujud syukur ketika memperolehi nikmat yang menggembirakan atau terhindar dari musibah.

 

  1. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi.

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan tentang kisah taubat Ka`ab ibnu Malik RA katanya:

فقام إليّ طلحة بن عبيد الله يُهرول حتى صافحني وهنَّاني

Mafhumnya: “Talhah bin ‘Ubaidillah berdiri lalu datang dengan tergesa-gesa kepadaku lalu bersalaman dan mengucapkan tahniah kepadaku.”

Ibn al-Qayyim menyebut dalam Zad al-Ma`ad: “Dan di dalamnya dalil menunjukkan keharusan mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang mendapat kebaikan agama, berdiri apabila berjumpa dan bersalaman dengannya. Ini adalah sunnah yang digalakkan.”

 

  1. Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.

جاء من رواية أسماء بن الحكم الفزاري عن علي - رضي الله عنه -عن أبي بكر الصديق - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: «ما من رجلٍ يذنب ذنباً، ثم يقوم فيتطهر، ثم يصلي - وفي رواية ركعتين - ثم يستغفر الله إلاّ غفر الله له

Daripada Asma binti al-Hakam al-Fizari daripada Ali RA, daripada Abu Bakar As-Siddiq RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiadalah seseorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia bangun berwuduk kemudian menunaikan solat – di dalam satu riwayat mengatakan solat dua rakaat - kemudian dia memohon keampunan daripada Allah melainkan Allah akan memberi keampunan kepadanya.” 

  1. Bersedekah ketika bertaubat

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan kisah Ka`ab RA yang berkata:

قلت يا رسول الله إن من توبتي أنَّ أنخلع من مالي صدقة إلى الله وإلى رسوله قال رسول الله: أمسك عليك بعض مالك فهو خيرٌ لك

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya termasuk dari  taubatku, aku akan memberi  sedekah dari hartaku ke jalan Allah dan rasulNya.  Rasulullah bersabda: Simpanlah sebahagian dari hartamu itu, maka ia adalah lebih baik bagimu.”

Ibn al-Qayyim berkata di dalam Zad al-Ma’ad 3/585-586: Perkataan Ka`ab, Wahai Rasulullah sesungguhnya termasuk dari taubatku, bahawa aku akan memberi sedekah dengan hartaku, merupakan dalil sunatnya bersedekah ketika bertaubat dengan apa yang mampu dari harta.”

 

  1. Bertakbir dan Bertasbih Ketika Kehairanan dan Keingkaran

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

أنه لقيه النبي - صلى الله عليه وسلم - في بعض طرق المدينة، وهو جنب فانسل، فذهب فاغتسل، فتفقده النبي - صلى الله عليه وسلم - فلما جاء قال: أين كنت يا أبا هريرة؟ قال: يا رسول الله لقيتني وأنا جنب، فكرهت أن أجالسك حتى أغتسل، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم- : «سبحان الله ! إن المسلم لا ينجس»

Mafhumnya: “Beliau pernah berjumpa dengan Nabi SAW di jalan-jalan di Madinah, sedangkan beliau berada dalam keadaan berjunub, lalu beliau berpaling dan pergi untuk mandi janabah, kemudian beliau mendapatkan Nabi SAW, ketika beliau sampai, baginda bertanya: Kemana engkau wahai Abu Hurairah? Beliau menjawab: Wahai Rasulullah, Engkau bertemu dengan ku, sedangkan aku dalam keadaan berjunub, lalu aku tidak suka untuk bersama denganmu dalam keadaan demikian sehingga aku mandi (janabah) terlebih dahulu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Maha Suci Allah, sesungguhnya seorang muslim itu tudak najis.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

وإني لأرجو أن تكونوا ربع أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: ثلث أهل الجنة فكبرنا، ثم قال: شطر أهل الجنة فكبرنا

Mafhumnya: “Dan sesungguhnya aku, benar-benar mengharapkan kamu semua (umat baginda SAW) menjadi satu perempat dari ahli syurga” lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “satu pertiga dari Ahli Syurga.” Lalu kami bertakbir, kemudian baginda bersabda: “Satu perdua ahli syurga.” Lalu kami bertakbir.” (HR al-Bukhari dan Muslim) 

 

  1. Sunat menulis wasiat.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda

ما حق امرىء مسلم لـه شيء يوصي به؟» وفي رواية: «له شيء يريد أن يوصي به» أن يبيت ليلتين وفي رواية: «ثلاث ليالٍ» إلا ووصيته مكتوبة عنده

Mafhumnya: “Tidak patut bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang hendak diwasiatkan – di dalam riwayat yang lain – baginya ada sesuatu yang hendak diwasiatkan, untuk dia bermalam selama dua malam – dalam riwayat yang lain – selama tiga malam, melainkan wasiatnya tertulis di sisinya.”

 

  1. Peminjam memulangkan lebih dari kuantiti dan kualiti apa yang dipinjamnya tanpa ada sebarang syarat yang terdahulu.

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

كان لرجل على النبي - صلى الله عليه وسلم - جملٌ ٍسنٌ من الإبل، فجاءه يتقاضاه فقال: (أعطوه) فطلبوا سنه، فلم يجدوا إلا سناً فوقها، فقال أعطوه) فقال: أوفيتني أوفى الله بك. فقال النبي - صلى الله عليه وسلم-: إن خياركم أحسنكم قضاء

Mafhumnya: “Dahulunya ada seorang lelaki yang meminjamkan Nabi SAW seekor unta dengan usia yang tertentu, suatu hari dia datang meminta dipulangkan semula unta yang dipinjam tersebut. Baginda bersabda: Berikan kepadanya, maka para sahabat mencari unta dengan usia tersebut, akan tetapi mereka tidak mendapatinya melainkan unta yang lebih besar usianya. Lalu baginda (SAW) bersabda: Berikan kepadanya. Kata lelaki itu: kamu telah memenuhi (membayar hutangmu) kepadaku, semoga Allah memenuhi (janjiNya) kepadamu.” Lalu Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang lebih baik di kalangan kamu adalah orang yang lebih baik dalam menunaikan hutang.” (HR al-Bukhari)

  1. Termasuk dari petunjuk Nabi S.A., baginda tidak menarik tangan ketika bersalaman sehingga orang lain yang terlebih dahulu menariknya.

Daripada Anas bin Malik RA katanya:

كان إذا صافح رجلاً لم يترك يده حتى يكون هو التارك ليد رسول الله - صلى الله عليه وسلم

Mafhumnya: “Adalah baginda (SAW) apabila bersalaman dengan seseorang lelaki, baginda tidak akan menarik tangan, sehinggalah lelaki itu yang terlebih dahulu menarik tangannya.” (HR Imam Muslim, Ibnu Majah, al-Baghawi dalam syarah sunnah dan Ibnu Hibban serta selain mereka. Hadith ini telah disahihkan oleh al-Albani di dalam kitab al-Silsilah as-Sahihah.)

 

  1. Mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut dan mendahulukan kaki kiri ketika menanggalkannya. 

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمين، وإذا انتزع فليبدأ بالشمال، لتكن اليمنى أولهما تَنْعَل وآخرهما تنزع

Mafhumnya: “Apabila seseorang dari kamu memakai kasut, maka mulakan dengan sebelah kanan, apabila hendak mencabutnya  mulakan dengan sebelah kiri. Jadikan kaki kanan itu permulaan ketika memakai kasut dan yang akhir ketika menanggalkannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarah Sahih Muslim 2/163: “Ini merupakan kaedah yang berterusan dalam syara`, setiap perkara yang termasuk di dalam bab menghormati dan memuliakan seperti memakai baju, seluar dan juga khuf, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, memendekkan misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam dari solat, membasuh anggota ketika bersuci, keluar dari tandas,  makan dan minum, bersalaman dan melakukan Istilam kepada Hajar al-Aswad, dan selainnya yang termasuk dalam maknanya (menghormati dan memuliakan), disunatkan memulakan dengan kanan. Adapun apa yang berlawanan denganya seperti memasuki tandas, keluar dari masjid, mengeluarkan lender (dari hidung), istinja’, membuka baju, seluar dan khuf, dan seumpamanya, disunatkan memulakan dengan kiri. Semua ini kerana disebabkan kemuliaan kanan dan Allahlah yang lebih mengetahui.”

 

  1. Kadang-kadang berjalan tanpa memakai kasut

عن عبد الله بن بريدة أن رجلاً من أصحاب النبي - صلى الله عليه وسلم - رحل إلى فضالة بن عبيد وهو بمصر فقدم عليه، فقال : أما إني لم آتك زائراً، ولكني سمعت أنا وأنت حديثاً من رسول الله - ? - رجوت أن يكون عندك من علم قال: وما هو ؟ قال: كذا وكذا قال : فما لي أراك شعثاً وأنت أمير الأرض ؟ قال: إن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان ينهانا عن كثير من الإرفاه. قال :لا أرى عليك حذاءً ؟ قال: كان النبي - صلى الله عليه وسلم - يأمرنا أن نحتفي أحياناً

Mafhumnya: “Daripada Abdullah bin Buraidah, bahawasanya seorang lelaki dari kalangan sahabat Nabi SAW, pergi menemui Fadholah bin `Ubaid di Mesir. Ketika bertemu dengannya, lelaki itu berkata: Saya bukan datang untuk menziarahimu, akan tetapi saya mendengar bahawa saya dan anda pernah mendengar satu hadith dari Rasulullah SAW, saya berharap anda memiliki maklumat tentangnya. Fadholah berkata: apakah perkara itu? Lelaki itu berkata: demikian dan demikian, lalu dia berkata lagi: mengapa saya melihat keadaan kamu tidak terurus, sedangkan kamu adalah pemimpin di tanah ini? Fadholah menjawab: sesungguhnya Rasulullah SAW melarang kami daripada banyak berhias. Lelaki itu bertanya lagi: aku melihat kamu tidak memakai kasut. Fadholah menjawab: Nabi SAW pernah menyuruh kami agar tidak memakai kasut sekali-sekala.”

 

  1. Menghalang kanak-kanak keluar rumah ketika maghrib dan menutup bekas makanan dan minuman pada waktu malam.

Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya:

قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : «إذا جُنح [جُنح الليل: ظلامه[الليلُ أو - أمسيتم - فكفوا صبيانكم، فإن الشيطان ينتشر حينئذٍ

Mafhumnya: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya hampir waktu malam, maka halanglah anak-anak kamu (dari keluar rumah), kerana sesungguhnya syaitan bertebaran pada ketika itu.”

 

  1. Membiarkan tubuh badan terkena air hujan ketika hujan turun

Daripada Thabit al-Banani, daripada Anas RA yang berkata:

أصابنا ونحن مع رسول الله - صلى الله عليه وسلم - مطرٌ. قال: فحسر [أي كشف كما في مختار الصحاح ص135] رسول الله - صلى الله عليه وسلم- ثوبه حتى أصابه من المطر فقلنا: يا رسول الله لم صنعت هذا؟ قال: «لأنه حديث عهد بربه تعالى»

Mafhumnya: “Kami pernah dituruni hujan ketika bersama dengan Rasulullah SAW, beliau (Anas) berkata: Maka Rasulullah SAW membuka sebahagian dari bajunya agar terkena air hujan. Lalu kami bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah, kenapa Rasulullah berbuat demikian? Baginda menjawab: Kerana ia baru diciptakan oleh Allah taala.” (HR Muslim)

Al-Imam al-Nawawi menyebut dalam syarahnya 3/464: “Pada hadith ini adanya petunjuk terhadap pandangan sahabat kami yang mengatakan sunat ketika hujan baru turun untuk membuka anggota yang bukan aurat supaya disentuh air hujan tersebut, dan mereka berdalilkan dengan hadith ini, padanya juga menunjukkan seseorang yang mafdhul (yang dilebihkan), jika melihat dari seseorang al-Fadhil (yang mememiliki kelebihan) sesuatu yang tidak diketahuinya, hendaklah dia bertanya tentang perkara tersebut, agar orang itu mengajarkan kepadanya, sehingga dia boleh mengamalkannya dan mengajarkan pula kepada orang lain.

 

  1. Menziarahi masjid Quba dan menunaikan solat di dalamnya setiap minggu

Daripada Nafi`, daripada Ibnu Umar RA:

أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - كان يزور قباء راكباً وماشياً. وفي رواية «كان رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يأتي قباء راكباً وماشياً فيصلي فيه ركعتين

Mafhumnya: “Bahawa Rasullullah SAW menziarahi Masjid Quba dengan menaiki tunggangan atau dan berjalan kaki.” Di dalam riwayat yang lain: Adalah Rasullullah SAW menziarahi masjid Quba dengan  menaiki tunggangan dan berjalan kaki, dan baginda akan menunaikan solat dua rakaat didalamnya.”

Dalam riwayat daripada Abdullah bin Dinar, bahawa Ibnu Umar sentiasa pergi ke Masjid Quba’ pada setiap hari sabtu dan beliau berkata:

رأيت النبي- صلى الله عليه وسلم - يأتيه كلَّ سبتٍ

Mafhumnya: “Saya melihat Nabi SAW pergi ke Masjid Quba pada setiap hari Sabtu.”

------------------------------------------------------------------------ 

[1] Menyedut air ke dalam hidung ketika berwudhu’, manakala menghembuskan air keluar dari hidung dinamaka al-Istinthar.

[2] Al-Imam Ibn Kathir di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menyebut satu riwayat dari Imam Ahmad: “Menceritakan kepadaku Musa bin Daud, menceritakan kepadaku Abi lahi’ah, daripada Musa bin Wirdan, Aku mendengar Abu Sa’id al-Khudri berkata: Nabi SAW bersabda: al-Wasilah adalah satu darjat di sisi Allah, yang tidak ada lagi darjat yang lain di atasnya, maka pohonlah kamu semua kepada Allah untuk mengurniakan kepadaku al-Wasilah.” (Pent.)

[3] Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH berpandangan bacaan ini dibaca selepas mendengar tukang azan melaungkan dua syahadah, dan sebelum tukang azan melaunkan Hayya ‘alas Solah. Sila lihat al-Syarh al-Mummti’ dan Liqa al-Bab al-Maftuh oleh al-‘Uthaimin untuk penjelasan yang lebih terperinci. Al-Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti pula berkata: Sekumpulan ulama berkata: Yang Sunnahnya diucapkan رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد نبيا ورسولا  selepas selesai dilaungkan azan. Ini kerana Nabi SAW menjadikan orang yang mendengar azan sibuk untuk menjawab azan sama seperti lafaz azan yang dilaungkan, mereka berdalilkan dengan hadith di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dari hadith Abu Musa al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda: “Jika kamu semua mendengar azan, maka jawablah sama seperti laungannya.” Maka ulama kumpulan ini berkata hadith ini menjadi bukti, berdasarkan sunnah hendaklah dijawab azan sama seperti laungan tukang azan ketika melaungkan azan, dan tidak perlu sibuk dengan bacaan yang lain. Manakala sekumpulan ulama yang lain pula berkata: Bacaan ini dibaca selepas tukang azan selesai melaungkan dua syahadah. Ini kerana Nabi SAW bersabda: من قال حين يسمع المؤذن يتشهد mafhumnya: “Sesiapa yang ketika mendengar tukang azan mengucapkan syahadah, lalu membaca (doa tersebut)” iaitulah selepas selesai tukang azan mengucapkan dua kalimah syahadah. Inilah pandangan yang Asah (lebih benar) diantara dua pandangan ini. (Siri kuliah Syarh Sunan al-Tirmizi Muhammad al-Mukhatar al-Syanqiti) – Pent.      

[4]Asal تَعَارَّ membawa maksud terjaga dari tidur malam dan berubah tempat tidur sambil mengeluarkan suara (Lihat kamus al-Muhith) – Pent.

[5] Ibn al-Qayyim RH berkata: Talbinah: Air Pati Gandum yang digiling (Zad al-Ma’ad 4/293). Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari telah memberi penjelasan yang luas tentang maksud Talbinah, beliau juga telah menukilkan pendapat para ulama, silalah rujuk di sana bagi sesiapa yang mahukan penjelasan panjang. Kesimpulannya: ia adalah pati yang dicampur dengan tepung atau serbuk (gandum) yang dicampur dengan madu, dikatakan juga dicampur dengan Laban (susu masam), dan dinamakan sebagai Talbinah kerana ia berwarna putih dan kelembutannya menyerupai Laban (susu masam) – Pent. 

[6] Al-Kam’ah adalah sejenis Umbi (الدرنيات) atau Ubi (الجذور) yang tidak berdaud dan tidak berakar, yang tumbuh dipermukaan bumi tanpa ditanam, banyak ketika musim buahan subur dan banyak hujan. (Sila rujuk Ta’liq Mustafa Dib al-Bugha kepada Sahih al-Bukhari 4/1627. Sumber: Artikel dari lamanweb rasmi Jami’ah al-Iman http://www.jameataleman.org/: الإعجاز العلمي في حديث: الكمأة من المن وماؤها شفاء للعين) – Pent.

[7] Iaitu bernafas di luar bekas minum. – Pent.


Cetak  
Wallahu a'lam