Hadis LEMAH Tentang Kelebihan Bersiwak (1)

Kata al-Syeikh Daud al-Fatani RH:

(Maka fadilat) bersugi amat banyak. (Setengah) daripadanya, dua rakaat sembahyang dengan bersugi terlebih baik daripada tujuh puluh rakaat dengan tiada bersugi.”

Huraian:

Saya cuba semak perkara ini, lalu saya dapati ada hadis ‘Aisyah RA yang dikatakan Nabi SAW bersabda:

صَلاةٌ بِسِواكٍ خَيْرٌ مِن سَبْعِينَ بِغَيْرِ سِواكٍ,

Maksudnya: “Solat dua rakat dengan bersiwak adalah lebih baik berbanding dengan 70 rakaat tanpa bersiwak.”

 Akan tetapi hadis ini dinilai sebagai dhaief oleh al-Nawawi dalam al-Majmu’. Beliau berkata. Saya ambil perkataan al-Nawawi ini kerana ada beberapa perkara yang menarik yang boleh kita ambil manfaat terutamanya para ustaz. Jadi tuan-tuan tak perlu baca dah, saya tolong semak perkara ini. Bagi saya antara perkara yang saya rasa berbaloi saya buat nota ini. Perkataan al-Imam al-Nawawi: فَضَعِيفٌ رَواهُ البَيْهَقِيُّ مِن طُرُقٍ وضَعَّفَها كُلَّها al-Imam al-Baihaqi, kata al-Nawawi meriwayatkan hadis ini melalui beberapa tariq, dan dia telah menilai kesemua jalan atau tariq itu sebagai  hadis yang lemah. وكَذا ضَعَّفَهُ غَيْرُهُ demikian juga, bukan al-Baihaqi seorang yang mendhoiefkan hadis ini akan tetapi ulama yang lain juga mendhaiefkannya. وذَكَرَهُ الحاكِمُ فِي المُسْتَدْرَكِ وقالَ هُوَ صَحِيحٌ عَلى شَرْطِ مُسْلِمٍ. Ini masalah, “akan tetapi al-Hakim telah menyebut hadis ini – iaitulah hadis dua rakaat solat dengan bersiwak lebih baik daripada 70 rakaat tidak bersiwak, al-Hakim sebut hadis ini di dalam kitab al-Mustadrak dan al-Hakim kata: هُوَ صَحِيحٌ عَلى شَرْطِ مُسْلِمٍ “Hadis ini sahih menurut syarat Muslim.” Hat ni penat sikit. Namun ia antara perkaa yang berharga untuk diketahui. Saya sebelum ini agak mengambil mudah dalam bab hadis ini, selagi ada ulama yang menilai sesuatu hadis sebagai sahih maka saya terima, walaupun al-Hakim.

Cuba kita tengak al-Imam al-Nawawi, sebelum ini saya sangka yang mengatakan al-Hakim ini mutasahil atau seorang yang bermudah dalam mensahihkan hadis, saya ingatkan al-Albani sahaja. Cuba tengak perkataan al-Imam al-Nawawi, beliau berkata: وأنْكَرُوا ذَلِكَ عَلى الحاكِمِ maknanya: “Ulama hadis mengingkari hukuman al-Hakim yang mengatakan hadis ini sahih.” Kata al-Imam al-Nawawi lagi: وهُوَ مَعْرُوفٌ عِنْدَهُمْ بِالتَّساهُلِ فِي التَّصْحِيحِ “dan al-Hakim itu seorang yang dikenali di sisi para ulama hadis tasahul dalam menghukum sahih.” Maknanya bukan al-Albani yang mula sebut, tetapi al-Nawawipun sebut perkara ini. وسَبَبُ ضَعْفِهِ أنَّ مَدارَهُ عَلى مُحَمَّدِ ابن إسْحاقَ وهُوَ مُدَلِّسٌ “Sebab hadis ini menjadi dhaief kerana ia berlegar kepada seorang rawi iaitulah Muhammad bin Ishak – Sahibus Sirah, penulis kitab kirah – “dan Muhammad bin Ishak ini adalah seorang rawi mudallis.” Mudallis apadia?rawi mudallis? siapa ingat siapa rawi mudallis? Sayapun tak sempat nak semak, tapi setakat apa yang masih ingat dok mengaji dulu-dulu, mudallis iaitulah seorang rawi yang dalam periwayatan dia إيهام الراوي أنه سمع ممن لم يسمع منه “Rawi yang bagi orang lain sangka, - saya pernh mengaji ulumul hadis, ada ustaz yang terjemah إيهام الراوي dengan “rawi sangka”, إيهام الراوي bukan maksud “rawi sangka”, kerana kalau “rawi sangka” ialah وهم الراوي sebaliknya إيهام الراوي ialah “rawi bagi orang lain sangka, yang dia (rawi) mendengar dari orang yang sebenarnya dia (rawi) tak dengar darinya.” Itu mudallis. Paham?


Cetak  
Wallahu a'lam