Hadis LEMAH Tentang Kelebihan Bersiwak (2)

Contoh, saya meriwayatkan satu hadis dari ustaz Amir pemilik hadis, saya kata: عن أمير “daripada ‘Amir”, saya sebenarnya tak dengar terus dari ustaz Amir, tapi dari ustaz Hanafi yang bagitahu ustaz Amir riwayatkan. Tapi saya tak mahu sebut riwayat tu saya terima dari ustaz Hanafi, mungkin antara sebabnya, ulama hadis tidak suka sanad hadis yang panjang, kalau pendek ulama hadis suka. Barangkali juga ustaz Hanafi ada masalah pada periwayatan, kalau saya sebut nama ustaz Hanafi, atau saya terima dari ustaz Hanafi, riwayat itu jadi lemah. Jadi nak bagi hadis yang saya riwayat itu tidak lemah, caranya dengan saya tak sebut atau saya buangkan nama ustaz Hanafi dalam periwayatan. Tapi saya tak boleh kata حدثنا أمير “Amir menceritakan kepada kami”, saya tak boleh buat begini, kerana nanti bila dikaji terbukti saya menipu, nanti saya akan ditohmah penipu bukan lagi mudallis. Jadi nak selamatkan nama saya supaya tidak ditohmah sebagai pendusta, maka saya tak gunakan lafaz: حدثنا sebaliknya saya guna: عن saya sebut: “dari Amir”, lafaz “dari” menunjukkan saya tak kata saya dengar sendiri dari ustaz Amir, lafaz “dari” mungkin saya nak isyaratkan saya dengar dari orang lain yang mendengar dari ustaz Amir, cuma saya sembunyikan nama orang yang mendengar terus dari ustaz Amir itu. Perangai rawi yang begini dalam ulum hadis dinamakan sebagai perawi mudallis. Seorang mudallis jika dia seorang yang soleh, adil dan tiada tohmahan berdusta, kalau dia meriwayatkan hadis secara jelas tahdis, seperti dia kata: حدثنا, maka hadis itu sahih. Tapi kalau dia sebut عن dia jadi tak sahih. Maka Muhammad bin Ishak adalah rawi mudallis. Tengak kata al-Nawawi: ولَمْ يُذْكَرْ سَماعُهُ “dan tidak disebut dia dengar sendiri dari orang yang riwayat perkara tadi.” والمُدَلِّسُ إذا لَمْ يُذْكَرْ سَماعُهُ لا يُحْتَجُّ بِهِ “seroang mudallis kalau tak sebut dengan jelas dia mendengar dari rawi sebelumnya, maka tidak dijadikan hujah dengan riwayatnya tersebut” بِلا خِلافٍ “tanpa ada khilaf di kalangan ulama hadis” كَما هُوَ مُقَرَّرٌ لِأهْلِ هَذا الفَنِّ “sepertimana yang diakui oleh ulama ilmu hadis ini.”

Ini antara perkara yang perlu diberi perhatian, bila al-Hakim kata: “hadis ini berdasarkan syarat Muslim” kata al-Imam al-Nawawi: وقَوْلُهُ أنَّهُ عَلى شَرْطِ مُسْلِمٍ لَيْسَ كذلك “perkataan al-Hakim, hadis ini berdasarkan syarat sahih oleh Muslim, bukan seperti itu, bukan seperti yang didakwa oleh al-Hakim.” فان محمد ابن إسْحاقَ لَمْ يَرْوِ لَهُ مُسْلِمٌ شَيْئًا مُحْتَجًّا بِهِ “kerana hadis Muhammad bin Ishak tidak diriwayatkan oleh Imam Muslim sedikitpun bagi tujuan berhujah.” وإنَّما رَوى لَهُ مُتابَعَةً وقَدْ عُلِمَ مِن عادَةِ مُسْلِمٍ وغَيْرِهِ مِن أهْلِ الحَدِيثِ أنَّهُمْ يَذْكُرُونَ فِي المُتابَعاتِ مَن لا يُحْتَجُّ بِهِ لِلتَّقْوِيَةِ لا لِلِاحْتِجاجِ  Kata al-Imam al-Nawawi: “Sebaliknya imam Muslim hanya meriwayatkan daripada Muhammad bin Ishak, bukan bagi tujuan untuk berhujah, tetapi hanya untuk mutaba’ah – saya ingat mutaba’ah ni boleh diterjemahkan sebagai sebagai sokongan, ia bukan sebagai hadis asas untuk berhujah. Kerana hadis yang imam Muslim hendak jadikan hujah mesti dari riwayat yang sahih dan tiada satupun dari Muhammad bin Ishak. Kalau adapun riwayat dari Muhammad bin Ishak dalam Sahih Muslim, hanya riwayat sokongan sahaja. Adapun hadis yang dijadikan hujah mesti dengan riwayat yang sahih. “Itulah yang diperakui oleh para ulama hadis.” Makna bukan setakat imam Muslim melakukan hal sebegini, tidak meriwayat sebagai hujah hadis-hadis yang ada rawi mudallis yang tiada sebutan jelas tahdis., sebaliknya untuk mutaba’at sahaja atau penguat. ويَكُونُ اعْتِمادُهُمْ عَلى الإسْنادِ الأوَّلِ “Lalu yang jadi sandaran oleh para ulama ialah hadis yang awal.” Kalau kita buka Sahih Muslim, bab yang diletak oleh al-Imam al-Nawawi, hadis yang pertama selepas bab, itu yang terkuat, yang berikutnya kurang sedikit kedudukan darjatnya. Kemudian kata al-Nawawi: وذَلك مَشْهُورٌ عِنْدَهُمْ “dan demikian itu yang masyhur di sisi ulama hadis.” Tengak lagi perkataan al-Nawawi: والبَيْهَقِيُّ أتْقَنُ فِي هَذا الفَنِّ مِن شَيْخِهِ الحاكِمِ وقَدْ ضَعَّفَهُ واَللَّهُ أعْلَمُ :(Selain itu) al-Baihaqi lebih itqan dalam seni ilmu ini berbanding syeikhnya, al-Hakim dan al-Baihaqi pula telah menilai hadis ini sebagai lemah.” Maknanya penilaian al-Baihaqi lebih diutamakan berbanding penilaian gurunya al-Hakim. Kerana apa? kerana al-Baihaqi dari sudut ilmu hadis lebih itqan berbanding syeikhnya al-Hakim.


Cetak  
Wallahu a'lam