Kuliah Kitab "Penawar Bagi Hati" Beserta Tahkik dari Tuan Guru Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (Siri 4)
إِذَا أَصْبَحَ ابْنُ آدَمَ فَإِنَّ الْأَعْضَاءَ كُلَّهَا تُكَفِّرُ اللِّسَانَ، فَتَقُوْلُ اتَّقِ اللَّهَ فِيْنَا فَإِنَّمَا نَحْنُ بِكَ فَإِنْ اسْتَقَمْتَ اسْتَقَمْنَا وَإِنْ اعْوَجَجْتَ اعْوَجَجْنَا
Terjemahan dia: “Seseorang manusia akan memfokuskan segala anggotanya kepada lidah pada setiap pagi, dia berzikir dengan nama Allah SWT yang menunjukkan jalan yang betul dan memberi petunjuk. Dia juga berkata sekiranya jalan Allah adalah lurus, maka dia berada di atas jalan yang lurus, namun sebaliknya sekiranya jalan yang dilalui itu bengkok, maka bengkoklah jalan yang dilaluinya itu.”
Kalau kita tengak terjemahan daripada syeikh Abdul Kadir al-Mandili, dia tulis di sini: “Manusia itu apabila berpagi-pagi, bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah dan berkata semuanya baginya, menuntut oleh kami akan dikau dengan nama Allah bahawa engkau betul atas petunjuknya kerana bahawasanya, jika engkau lurus nescaya kami lurus, dan jika engkau bengkok, nescaya kami bengkok.”
terjemahan asal dalam ejaan jawi ini lebih hampir kepada maksud hadis. Tapi terjemahan edisi rumi ini, tak jelas. Kita tengak matan hadis ini betul-betul. Lafaz Arab disebut: إذا أصبحَ ابنُ آدمَ terjemahan jawi betul, iaitulah: Manusia itu apabila berpagi-pagi.” terjemahan ini betul. Atau dengan bahasa lain kita boleh terjemah: “Apabila seseorang anak Adam berpagi hari” atau “berada pada pagi hari”. فإنَّ الأعضاءَ كلَّها تُكفِّرُ اللِّسانَ “sesungguhnya kesemua anggota badannya تُكفِّرُ اللِّسانَ, ungkapan تُكفِّرُ اللِّسانَ ini boleh membawa dua maksud. Pertama ia boleh membawa maksud rendah diri dan tunduk, seperti hadis tentang para sahabat ketika berjumpa dengan Najashi, disebut dalam riwayat: فلما دخلوا على النجاشي، لم يكفروا له ada lafaz لم يكفروا له ketika para sahabat Nabi yang berhijrah ke Habshah, ketika mereka masuk bertemu dengan Najashi, dinyatakan: لم يكفروا له yang bermaksud: “mereka tidak tunduk dan sujud kepada Najashi” jadi kefahaman pertama yang boleh kita faham, maksud lafaz ini: “Semua anggota badan tunduk dan hormat kepada lidah.” Kenapa? kerana lidah ni, dia mengungkapkan sesuatu hasil apa yang ada dalam hati. Jadi anggota badan yang lain seperti tunduk dan hormat kepada lidah. Kemudian semua anggota lain kata apa kepada lidah? Syeikh al-Mandili terjemah: “bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah dan berkata semuanya baginya” yakni berkata semua anggota kepada lidah. Apa yang mereka kata? “menuntut oleh kami akan dikau dengan nama Allah bahawa engkau betul atas petunjuknya”, maknanya semua anggota berkata kepada lidah: اتَّقِ اللَّهَ فينا “takutlah kamu kepada Allah, wahai lidah, atas hak kami.” Sebab apa semua anggota kata begitu? Kerana kalau lidah ini, bermula pada pagi hari, kalau dia melakukan dosa, menyebabkan tangan, kaki dan anggota lain akan turut masuk ke dalam neraka. Lalu semua anggota berkata kepada lidah اتَّقِ اللَّهَ فينا “bertakwalah kamu wahai lidah” فينا “pada hak kami”, jangan hang buat perangai, maka kami juga akan turut masuk ke dalam neraka. فإنَّما نحنُ بِك “Kami bergantung kepada kamu wahai lidah”, ini maksud lafaz hadis ini, فإن استقمتَ استقمنا “jika kamu lurus, berada di atas petunjuk Islam, maka kami juga turut lurus.” وإن اعوججتَ اعوججنا “jika kamu bengkok atau menyeleweng, kami juga akan turut menyeleweng.” Ini terjemahan sebenar hadis. Adapun terjemahan edisi rumi dalam buku ini ada berlaku kesilapan.
Kefahaman kedua untuk ungkapan فإنَّ الأعضاءَ كلَّها تُكفِّرُ اللِّسانَ “kesemua anggota badan تُكفِّرُ اللِّسانَ,” dengan maksud semua anggota badan menganggap lidah telah kufur nikmat, yakni menderhaki Allah dengan melakukan tegahan seperti mengumpat dan seumpamanya. Lalu semua anggota memberi nasihat kepadanya dan memperingatkannya.