Kefahaman Hadis Zikrullah Lebih Afdhal Dari Jihad Fisabilillah

Kemudian Nabi SAW tidak berhenti sekadar itu, Nabi SAW bersabda: وخير لكم من أن تلقوا عدوكم   “dan amalan ini lebih baik berbanding kamu bertemu dengan musuh kamu” yakni berjihad angkat senjata – فتضربوا أعناقهم ويضربوا أعناقكم sehingga kamu memuncung kepala musuh dan musuh memancung kepala kamu.”

Apabila Nabi SAW sebut sedemikian, Nabi tanya kepada para sahabat, mahukah kamu semua tahu apa dia amalan yang lebih baik itu? Lalu jawab para sahabat: بلى يا رسول الله “Bahkan kami nak dengar apakah amalan yang begitu dahsyat ganjarannya di sisi Allah SWT itu” Nabi SAW bersabda: ذكر الله تعالى “amalan yang dimaksudkan ialah zikir kepada Allah SWT.”   

Tapi hadis ini nak kena paham elok-elok. Kerana Nabi sebut zikrullah dan kita tak boleh faham hadis ini bermaksud zikir: Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah… lebih baik dari semua jihad peperangan di jalan Allah.

Kerana itu, nak tahu hukum-hakam agama, kena rujuk kepada para ustaz. Kita tak boleh baca hadis kemudian paham sendiri-sendiri. Mesti rujuk ustaz, ustaz pula mesti rujuk huraian para ulama.

Kita mesti faham zikrullah yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah zikrullah pada lafaz, ingatan, hati dan mulut semuanya bersama mengingati Allah. Jika zikrullah sebegini, maka ialah zikrullah yang lebih utama dibandingkan semata-mata jihad fi sabilillah tanpa ingat kepada Allah SWT.

Tapi kalau seseorang itu berjihad fi sabilillah, dalam masa yang sama dia mengingati Allah, dia tidak mengangkat pedangnya melainkan kerana mencari keredaan Allah. Jihad fi sabilillah seperti ini adalah amalan yang paling utama berbanding amalan-amalan lain, hatta zikir juga tak boleh lawan. Hal ini adalah satu kepastian.

Kita tak boleh memahami hadis secara bersendirian tanpa rujuk dan timbangnya berdasarkan prinsip agama. Jika tidak, akan saling bertentangan hukum-hakam agama.

Gagal mengkombinasikan maklumat-maklumat agama dengan prinsip-prinsip agama menjadikan kita tengak salah faham sebahagian orang Islam, ada yang berkata zikrullah lebih afdal dari semua jihad fi sabilillah kerana memahami hadis seperti ini secara zahir. Sebaliknya mesti kita faham hadis ini bermaksud jihad tanpa zikrullah.

Jika demikian, maka sudah tentulah zikirullah itu adalah lebih afdhal berbanding semata-mata jihad dan berperang tanpa ingatkan Allah, sebaliknya mengharapkan habuan dunia semata-mata.

Kalau zikrullah tanpa jihad lebih afdhal daripada jihad tanpa zikrullah. Maka sudah tentu jihad fisabilillah yang disertakan zikrullah, adalah lebih afdhal dari semata-mata zikrullah, من باب الأولى yakni lebih utama untuk kita katakan pahala dan kedudukannya lebih besar berbanding semata-mata zikrullah dan ingat Allah.   


Cetak  
Wallahu a'lam