Daripada ‘Ali, iaitulah ‘Ali bin Abi Tolib RA beliau berkata: بعثني النبي صلى الله عليه وسلم والزبير بن العوام وكلانا فارس “satu ketika pernah Nabi SAW mengutus aku bersama dengan Zubair bin al-‘Awwam, dan kedua-dua kami penunggang kuda. فقال: “Sabda Nabi SAW:” انطلقوا حتى تبلغوا روضة كذا وكذا وبها امرأة معها كتاب من حاطب إلى المشركين فأتوني بها “Pergi kamu semua sehingga sampai di satu raudhah – raudhah ini seperti satu taman atau wadi (lembah). Dalam sebahagian riwayat lain disebut: روضة خاخ iaitulah raudhah Khakhin, ia berada di antara Mekah dan Madinah, namun ia lebih hampir dengan Madinah – di situ kamu akan berjumpa dengan seorang perempuan, bersama dengannya ada surat dari Hatib kepada musyrikin. - Hatib yang dimaksudkan ialah Hatib bin Abi Balta‘ah, seorang sahabi. Surat itu Hatib nak hentar kepada orang musyrikin Mekah. “ambil dan bawakan surat itu kepadaku.” Kata ‘Ali: فوافيناها تسير على بعير لها حيث وصف لنا النبي صلى الله عليه وآله وسلم “Lalu kami pergi ke raudhah Khakh yang Nabi maksudkan dan ternyata kami mendapati seorang wanita menaiki unta seperti yang disifatkan oleh Rasulullah kepada kami.” فقلنا الكتاب الذي معك “Kami berkata: “keluarkan surat yang ada bersamamu.” Kata perempuan itu: ما معي كتاب “Tak ada, tak ada apa-apa surat bersamaku.” Kata ‘Ali: فبحثناها وبعيرها “Lalu kami cari, kami selidik dia dan unta yang ditunggangnya.” ‘Ali bagitahu: فقال صاحبي ما أرى “Sahabat aku berkata – siapa dia? iaitulah al-Zubair bin al-Awwam. Beliau berkata: - ما أرى “Tak jumpa surat yang Rasulullah kata.” فقلت “Ali berkata: ما كذب النبي صلى الله عليه وآله وسلم “Sama sekali Nabi SAW tidak akan berdusta.” Ali menyambung: والذي نفسي بيده لأجردنك أو لتخرجنه “Demi jiwaku yang berada dalam genggaman tuhan, demi Allah, sama ada kamu mahu kami tanggalkan pakaianmu atau kamu sendiri yang keluarkan surat tersebut?” pilih antara dua. Ini menunjukkan betapa kukuhnya keimanan dan keyakinan ‘Ali terdapat berita yang Nabi SAW bagitahu kepadanya. Kemudian kata ‘Ali: فأهوت بيدها إلى حجزتها وعليها إزار صوف فأخرجت setelah perempuan tu bila dia tengak ‘Ali bersungguh-sungguh nakkan surat tu, “lalu dia hulurkan tangan dia ke dalam ikatan kainnya pada tali pinggang kain bulu, dan mengeluarkan surat yang dimaksudkan.” فأتينا النبي صلى الله عليه وآله وسلم “lalu kami bawakan surat tersebut kepada Nabi SAW.” فقال عمر خان الله ورسوله والمؤمنين “Sesungguhnya Hatib telah mengkhianati Allah, rasul-Nya dan orang beriman.” Kata ‘Umar: دعني أضرب عنقه “biarkan aku wahai Rasulullah, aku mahu memenggal kepalanya.” Nabi SAW bersabda: ما حملك “Apa yang menyebabkan kamu berbuat begini wahai Hatib?”
Dalam kisah ini tuan-tuan, kisah Fath Mekah. Nabi SAW hendak menawan Mekah dan baginda telahpun mengeluarkan arahan kepada orang Islam Madinah supaya jangan beritahu apa-apa maklumat kepada orang musyrikin Mekah. Tetapi Hatib tulis surat nak bagitahu kepada orang musyrikin Mekah Nabi SAW nak tawan Mekah. Itu yang ‘Umar kata dia telah mengkhianati Allah dan Rasul dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah tanya kepada Hatib, apa yang menyebabkan kamu buat begitu wahai Hatib. Kata Hatib: ما بي إلا أن أكون مؤمنا بالله وأردت أن يكون لي عند القوم يد “Wahai Rasulullah, tidaklah aku ini melainkan seorang yang benar-benar beriman kepada Allah. Akan tetapi aku buat semua ini supaya aku ada budi kepada orang Mekah, supaya mereka ada rasa terhutang budi denganku, lalu bila kita masuk ke kota Mekah, mereka sudi untuk membalas budiku dengan melihat kaum keluargaku yang ada di sana. Itu tujuanku, tak ada lain.” Kata Nabi SAW: صدق يا عمر أوليس قد شهد بدرا لعل الله اطلع إليهم فقال اعملوا ما شئتم فقد وجبت لكم الجنة “Hatib bercakap benar wahai ‘Umar, dia bukan seorang munafik, sebaliknya dia seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul dan dia sayang kepada orang yang beriman. Wahai ‘Umar bukankah Hatib juga telah menyertai peperangan Badr? – Hatib ni seorang al-Badriy, iaitulah seorang yang telah menyertai peperangan Badr – “Sesungguhnya Allah telah memerhatikan jantung hati mereka yang menyertai peperangan Badar, dan Allah berfirman: “Buatlah apa yang kamu semua hendak buat sesungguhnya telah wajib untuk kamu semua syurga.” Kelebihan ahli Badar. Bila ‘Umar dengar sebegitu dari Nabi SAW, lalu beliau teriak atau menangis.