Kisah Masalah Dalam Rumahtangga Nabi SAW (1)

Dalam kitab Sahih al-Bukhari, dalam bab باب موعظة الرجل ابنته  لحال زوجها Bab Membicarakan Tentang Peringatan Dari Seorang Lelaki Kepada Anak Perempuannya Beraitan dengan suami Anak Perempuannya atau menantunya.

Hadis ini daripada Ibn ‘Abbas RA, dia berkata:

لَمْ أزَلْ حَرِيصًا علَى أنْ أسْأَلَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عنْه عَنِ المَرْأَتَيْنِ مِن أزْوَاجِ النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ اللَّتَيْنِ قالَ اللَّهُ لهمَا: {إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا} [التحريم: 4]،

 Kata Ibn ‘Abbas, AKu sentiasa bersungguh-sungguh hendak bertanya kepada ‘Umar bin al-Khattab RA. Umar ini tuan-tuan, seorang atau satu perwatakan yang hebat, seorang yang penuh dengan haibah, iaitulah orang takutkan dia kerana menghormatinya bukan kerana kejahatan. Ibn ‘Abbas juga pernah sebut, ketika ‘Umar ditikam pada waktu solat Subuh oleh seorang majusi yang menyamar Islam, Ibn ‘Abbas tiada di belakang ‘Umar, bukan kerana dia lewat datang ke masjid, tetapi dia segan untuk duduk dekat belakang ‘Umar kerana segan dengan ‘Umar. Begitulah hebatnya keperibadian ‘Umar bin al-Khattab RA. Sehingga Ibn ‘Abbas segan untuk berada dalam saf pertama, tiadalah sesuatu yang menghalang aku kata Ibn ‘Abbas, dari duduk di belakang ‘Umar dalam saf pertama, melainkan kerana aku hormat dan segan dengan dia.

Tak mustahil perkara ini tuan-tuan, Rasulullah SAW pernah kata kepada ‘Umar: يا ابن الخطاب، ما لقيك شيطان سالكا فجا قط، إلا سلك فجا غير فجك “Wahai ‘Umar bin al-Khattab, syaitan tidak akan sanggup bertemu dan berselisih dengan kamu yang sedang melalui sesuatu lembah, melainkan dia akan cari lembah lain.” kerana takutkan ‘Umar bin al-Khattab.

Diriwayatkan ‘Umar ketika turun wahyu, beliau mendengar seperti bunyi lebah. Hal ini berdasarkan riwayat dari beliau sendiri yang berkata:

كانَ النَّبِيُّ إذا أُنْزِلَ عَلَيْهِ الوَحْيُ سُمِعَ عِنْدَ وجْهِهِ دوِي كَدَوِيِّ النَّحْل فأنزل عَلَيْهِ يَوْمًا فَمَكَثْنا ساعَةً فَسُرِّيَ عَنْهُ فاسْتَقْبَلَ القِبْلَةَ ورَفَعَ يَدَيْهِ وقالَ: «اللَّهُمَّ زِدْنا ولا تَنْقُصْنا وأكْرِمْنا ولا تُهِنّا وأعْطِنا ولا تَحْرِمْنا وآثِرْنا ولا تُؤْثِرْ عَلَيْنا وأرْضِنا وارْضَ عَنّا». ثُمَّ قالَ: «أُنْزِلَ عَلَيَّ عَشْرُ آياتٍ مَن أقامَهُنَّ دَخَلَ الجَنَّةَ» ثُمَّ قَرَأ: (قَدْ أفْلَحَ المُؤْمِنُونَ) حَتّى خَتَمَ عَشْرَ آياتٍ

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW dahulunya apabila diturunkan wahyyu, dapat didengari di sisi baginda seperti bunyi dengungan lebah (yang perlahan). Maka diturunkan wahyu kepada baginda satu hari, kami duduk seketika setelah itu hilang tanda baginda sedang menerima wahyu. Lalu baginda menghadap kiblat dan mengangkat tangan baginda seraya berkata:”Ya ALlah,tambahkanlah kepada kami dan jangan Dikau kurangkan kepada kami, muliakan lah kami dan jangan Dikau hinakan kami, anugerahilah kami jangan Dikau halangi kami dari anugerah-Mu, kurniakan kemenangan kepada kami dan jangan Dikau kalahkan kami, jadikanlah kami redha atas setiap ketentuan-Mu dan jadikanlah kami dalam golongan yang Dikau redhai.” Kemudian baginda bersabda: “Diturunkan kepadaku 10 ayat, siapa yang melaksanakannya, dia akan masuk ke dalam syurga. Bgainda membaca (ayat al-Quran yang bermaksud): “Sesungguhnya berjaya mereka yang beriman..” sehingga baginda menamatkan 10 ayat berikutnya.”  

Kata para ulama, ‘Umar dapat mendengar bunyi seperti dengungang lebah ketika penurunan wahyu ini menandakan kuat dan teguhnya iman ‘Umar. Benda-benda ghaib, sebahagian orang yang kuat imannya, dia dapat kesan, antara buktinya riwayat ‘Umar dapat mendengar bunyi dengungan lebih ini. Nabi SAW pula dengar macamana? Waktu wahyu turun, Nabi SAW dengar seperti bunyi loceng, lagi kuat tuan-tuan, manakala ‘Umar dengar seperti bunyi lebah, menunjukkan teguhnya iman ‘Umar. Nabi SAW juga pernah bermimpi, semua orang dalam keadaan baju yang tidak sempurna, melainkan ‘Umar. Baginda bersabda:

 بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ رَأَيْتُ النَّاسَ عُرِضُوا عَلَيَّ وَعَلَيْهِمْ قُمُصٌ فَمِنْهَا مَا يَبْلُغُ الثَّدْيَ وَمِنْهَا مَا يَبْلُغُ دُونَ ذَلِكَ وَعُرِضَ عَلَيَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَعَلَيْهِ قَمِيصٌ يَجْتَرُّهُ قَالُوا فَمَا أَوَّلْتَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الدِّينَ

Maksudnya: “Ketika tidur, daku bermimpi ditunjukkan kepadaku keadaan orang ramai, dalam kalangan mereka ada yang memakai baju yang tidak melepasi dada, ada yang kurang daripada itu lagi. Ditunjukkan kepada aku ‘Umar bin al-Khattab, dia memiliki baju yang labuh (menutup sempurna badan beliau)” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah tafsir mimpi tersebut?” Baginda menjawab: “(menunjukkan) kekuatan agama.”   

Orang ramai tidak memiliki pakaian yang sempurna yang dapat menutup seluruh tubuh mereka, manakala ‘Umar memiliki pakaian yang sempurna yang menandakan kekuatan dan keteguhan agama beliau, hebatnya ‘Umar bin al-Khattab RA.

Jadi Ibn ‘Abbas, dia teringin sangat nak tanya kepada ‘Umar bin al-Khattab tentang dua orang perempuan dari kalangan isteri Nabi SAW, yang dimaksudkan dalam firman ALlah:

 إنْ تَتُوبا إلى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُما 

maksudnya: “Jika kamu berdua - merujuk kepada isteri Rasulullah, dua orang - bertaubah kepada ALlah, dan itulah yang sepatutnya kamu berdua buat, sesungguhnya hati kamu berdua telah condong menyalahi kebenaran.”

Jadi, Ibn ‘Abbas teringin nak tahu siapa dia yang dimaksudkan oleh ALlah dalam ayat al-Quran ini, beliau tak boleh nak tanya, segan nak tanya: حتى حج، وحججت معه maksudnya: “sehinggalah aku satu ketika berpeluang menunaikan haji bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab RA.”

Kita baca kisah ‘Umar pun, kita rasa teringin nak jumpa ‘Umar, bagaimana kalau kita baca kisah Rasulullah SAW? Lagi kita akan rasa rindu kepada Rasulullah, rindu kepada ‘Umar bin al-Khattab.


Cetak  
Wallahu a'lam