وعدل وعدلت معه maksudnya: “dalam perjalanan nak pergi ke Mekah, ‘Umar membelok ke laluan lain, lalu aku juga turut membelok mengikut ‘Umar bin al-Khattab membawa bekas berisi air untuk berkhidmat kepada ‘Umar. فتبرز dari kalimah براز iaitulah buang air besar, ثم جاء، فسكبت على يديه منها فتوضأ selepas ‘Umar selesai buang air, beliau datang kepada Ibn ‘Abbas, dan aku tolong tuangkan air untuk beliau. Ini antara cara para sahabat berinteraksi dengan orang seperti ‘Umar. Sebab tu kita, kadang-kadang mengaji hadis dan sunnah sepatutnya penuh dengan akhlak-akhlak seumpama ini, reti hormat orang, Ibn ‘Abbas begitu hormat kepada ‘Umar bin al-Khattab, dan beliau tidak mengambil kesempatan atas sayangnya ‘Umar kepada dia.
Kemudian قلت له “aku bertanya kepada ‘Umar” يا أمير المؤمنين من المرأتان من أزواج النبي صلى الله عليه وسلم اللتان قال الله تعالى إن تتوبا إلى الله فقد صغت قلوبكما maksudnya: “Wahai Amirul mukminin, siapa dia dua orang perempuan yang Allah taala sebut tentang mereka dalam ayat al-Quran yang dibaca sebentar tadi?” قال kata ‘Umar: واعجبا يا ابن عباس iaitulah satu perkataan yang kita boleh kata maksud dia lebih kurang “peliklah, ajaiblah engkau ini” sebab apa ‘Umar pelik dengan soalan Ibn ‘Abbas seperti ini? Kerana Ibn ‘Abbas seorang yang alim, macamana engkau tidak tahu ayat ini turun kepada siapa, engkau orang mengaji, lebih kurang begitulah.
Umar hairan kepada bagaimana Ibn ‘Abbas tak tahu kisah ini. Ayat ini adalah ayat keempat dari surah al-Tahrim. ‘Umar kata: واعجبا يا ابن عباس “hairan dengan kamu wahai Ibn ‘Abbas”, هما عائشة وحفصة “mereka berdua adalah ‘Aisyah dan Hafsah.” dua orang wanita yang dimaksudkan oleh Allah SWT, yang pertama ialah ‘Aisyah dan yang kedua ialah Hafsah. ‘Aisyah kita kenai, iaitulah isteri Nabi SAW, dan Hafsah siapa dia? Anak ‘Umar dan isteri Rasulullah SAW. Kata Ibn ‘Abbas: ثم استقبل عمر الحديث يسوقه “lalu ‘Umar beritakan kisah itu kepadaku.” Kata ‘Umar: كُنْتُ أنَا وجَارٌ لي مِنَ الأنْصَارِ في بَنِي أُمَيَّةَ بنِ زَيْدٍ وهي مِن عَوَالِي المَدِينَةِ وكُنَّا نَتَنَاوَبُ النُّزُولَ علَى رَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ “Aku dahul, ada seorang jiran yang rapat dengan ku dari kalangan Ansar dari Bani Umayyah bin Zaid, iaitu keluar dan keturunannya. Kami dahulu bergilir pergi ke masjid Rasulullah untuk belajar ilmu.” Tuan-tuan kena tahu, Rasulullah SAW dahulu sampaikan kuliah di dalam masjid. Bahkan ada hari yang Rasulullah sampaikan kuliah selepas Subuh berterusan sampai Zohor, berhenti hanya kerana hendak menunaikan solat Zohor, selepas Zohor berterus sehingga Asar, berhenti hanya kerana hendak menunaikan Asar, nanti insya-Allah, bila kita jumpa hadis tu kita akan terangkan, panjanglah sedikit. Nabi SAW cerita semua perkara yang akan berlaku kepada para sahabat yang ada dalam masjid tersebut. Jadi Rasulullah dahulu berkuliah atau menyampaikan kuliah. Sebab itu ada aduan dari kumpulan wanita yang kata engkau wahai Rasulullah, dalam pengajaran agama hanya mengajar kepada orang lelaki sahaja, bagaimana dengan orang perempuan? Lalu Rasulullah SAW buat kuliah khas untuk orang perempuan. Jadi ‘Umar kata aku dulu ada jiran, kami bergilir untuk turut dalam majlis Rasulullah SAW.