Pentingnya Silaturrahim

Wednesday, February 12, 2014

Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ، فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِالله شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ، فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا، أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا

Maksudnya: “Dibuka pintu-pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis. Lalu diberi keampunan kepada setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain, melainkan seorang lelaki yang ada permusuhan di antara dia dengan saudaranya. Lalu dikatakan: “Lihatlah kepada dua orang ini sehinggalah mereka berdua berbaik semula. Lihatlah kepada dua orang ini sehingga mereka berbaik semula. Lihatlah kepada dua orang ini sehingga mereka berbaik semula.” (HR Muslim)


Cetak  
Wallahu a'lam