Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ: أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
Mafhumnya: “Akan dibuka pintu-pintu Syurga pada hari Isnin dan Khamis, diberi keampunan bagi setiap hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, melainkan seorang lelaki yang ada permusuhan dengan saudaranya, lalu dikatakan: Abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai, Abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai, Abaikan bagi mereka berdua sehinggalah mereka berdua berdamai.” (Ahmad 2/400, bil: 9188. Muslim 4/1987, bil: 2565. Abu Daud 4/279, bil: 4916. Al-Tirmizi 4/373, bil: 2023, beliau berkata: Hasan Sahih. Ibn Hibban 12/477, bil: 5661. Malik 2/908, bil: 1618. Al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, hal: 148, bil: 411)
Al-Imam al-Muhaddith Abu Daud al-Sajistani berkata: “Nabi SAW pernah memulaukan sebahagian dari isteri baginda selama empat puluh hari, demikian juga Ibn ‘Umar pernah memulau salah seorang anaknya sehingga meninggal dunia. Maka jika pulauan itu dilakukan kerana Allah, maka ia tidak mengapa.”