Monday, June 10, 2013
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ الظُّهْرَ، فَلَمَّا سَلَّمَ نَادَى رَجُلا كَانَ فِي آخِرِ الصُّفُوفِ، فَقَالَ: "يَا فُلانُ، أَلا تَتَّقِي اللَّهَ، أَلا تَنْظُرُ كَيْفَ تُصَلِّي؟ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي إِنَّمَا يَقُومُ يُنَاجِي رَبَّهُ، فَلْيَنْظُرْ كَيْفَ يُنَاجِيهِ
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah RA katanya: “Pernah Rasulullah SAW solat Zohor bersama kami, setelah baginda memberi salam, baginda memanggil seorang lelaki yang berada dihujung: “Wahai fulan, tidakkah kamu bertakwa kepada Allah, tidakkan kamu perhatikan bagaimana kamu menunaikan solat? Sesungguhnya setiap seorang daripada kamu apabila dia berdiri menunaikan solat bermakna dia sedang berdiri bermunajat kepada Tuhannya, maka perhatikanlah (bersungglah) bagaimana dia bermunajat kepada Tuhannya.” (Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah: 474. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih Ibn Khuzaimah 1/241. Al-Syeikh ‘Abdul Hadi bin Hasan berkata dalam kitabnya al-Khushu’ fi al-Solah: “Sabda baginda SAW yang bermaksud: Sesungguhnya dia sedang bermunajat kepada Tuhannya.” Merupakan isyarat bahawa seseorang itu semestinya berasa malu dilihat oleh Allah, dan berasa hampir dengan-Nya. Ketika itu dia perlu merasakan dia sedang berdiri di hadapan Allah, bermunajat kepada-Nya. Jika seseorang merasakan sedemikian, sudah tentu dia akan benar-benar memperelokkan solatnya.” (Fath al-Bari, oleh Ibn Rajab al-Hambali 3/149) Oleh itu hendaklah setiap orang mencurahkan seluruh kemampuannya untuk memperelok, menghiasi, memperbaiki dan menyempurnakan solatnya disebabkan kedudukan dia ketika itu agar memperolehi keredhaan Tuhannya.” (Lihat al-Khusu’ fi al-Solah)