Anak ‘Umar salah seorang isteri Rasulullah, menyebabkan perkara itu aku terkejut (kata ‘Umar). فقلت لها “aku berkata kepada isteri aku.” قد خاب من فعل ذلك منهن “rugilah sesiapakah dari kalangan isteri nabi yang melakukan hal sedemikian kepada baginda Nabi, rugilah isteri itu.” ثُمَّ جَمَعْتُ عَلَيَّ ثِيَابِي “kemudian aku ambil pakaianku.” فَدَخَلْتُ علَى حَفْصَةَ “au ambil pakaianku, aku keluar dan terus pergi kepada Hafsah, kerana bimbang Hafsah yang melakukan perkara itu.” فقلت لها “aku berkata kepada Hafsah” أيْ حَفْصَةُ، أتُغَاضِبُ إحْدَاكُنَّ رَسولَ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ اليومَ حتَّى اللَّيْلِ “Wahai Hafsah apakah ada di kalangan kamu para isteri nabi, marah kepada Nabi SAW pada hari ini, sehingga ke malam hari, masih tidak elok dengan Nabi SAW.” قالت: نعم “Hafsah jawab: Ya, memang ada.” Maknanya, tuan-tuan tengak, kisah rumah tangga Rasulullah sampai kepada isteri ‘Umar. Menunjukkan masyarakat sahabat ini, adalah manusia biasa, tapi bila ALlah dan Rasul bagi teguran berkaitan agama, mereka taat dan patuh.
Tuan-tuan tahu, di zaman Rasulullah, ni keluar tajuk lain, saya kongsi dengan tuan-tuan sebelum saya terlupa, di zaman Rasulullah pernah berlaku kes rogol. Hadis ini sebahagian ulama kata dhaief, dan sebahagian kata sahih. Al-Qaradhawi sebut dalam buku dia Fiqh al-Solah, kerana al-Qaradhawi kempen supaya orang perempuan dibenarkan pergi ke masjid, hatta qaradhawi kata sepatutnya orang perempuan disuruh mari datang Jumaat dengar khutbah. Bagaimana kita menghalang orang perempuan dan kita tidak anjurkan orang perempuan datang ke masjid mendengar khutbah, orang perempuan hari ini pergi ke universiti, pergi bekerja sendirian, di rumah dia tengak filem-filem yang tak elok kebanyakannya, hari ada internet, macam-macam cerita yang tak elok yang mendorong ciri-ciri tak elok pada seseroang, tiba-tiba kita halang mereka dari datang ke masjid, dari mana orang perempuan nak dengar peringatan-peringatan tentang akhirat. Bahkan sabit dalam hadis, Nabi melarang orang lelaki yang halang orang perempuan, isteri dan anak perempuan mereka ke masjid, tak boleh halang. Bahkan kata al-Qaradhawi, pernah berlaku seorang wanita dirogol di zaman baginda ketika hendak datang ke masjid. Dia tak sebut hadis itu, saya semak cuba dapatkan hadis yang lengkap, ceritanya tuan-tuan, zaman dahulu, jalan-jalan di luar tiada lampu dan gelap. Jadi seorang perempuan di zaman Nabi SAW, nak pergi ke masjid, dalam perjalanan, ada seorang lelaki tangkap dan bawa dia ke tempat yang jauh dari orang ramai, dan merogol perempuan tersebut, kemudian lelaki tu lari. Perempuan tersebut tak kenal dan tak nampai rupa lelaki yang merogolnya sebab dalam kegelapan. Setelah itu datang lelaki lain, dan perempuan itu bagitahu kepada lelaki yang baru datang tu, lelaki yang baru lari itu telah merogol dia. Lelaki yang kedua pergi mengejar lelaki perogol tersebut. Setelah itu orang ramai datang kepada perempuan tersebut dan perempuan itu mengadu apa yang berlaku. Lalu orang ramai mengejar untuk menangkap lelaki perogol tersebut ke arah yang sama. Malangnya mereka menangkap salah orang, mereka menangkap lelaki kedua yang juga sedang mengejar perogol. Apabila lelaki kedua itu dibawa kepada Rasulullah SAW, perempuan itu berkata dialah yang merogol aku, kerana dia tidak kenal siapa yang merogolnya disebabkan gelap, dia pula dalam tekanan.
Lalu hampir dijatuhkan hukuman had ke atas lelaki kedua itu, tiba-tiba lelaki yang perogol itu, setelah mendengar lelaki kedua akan dijatuhkan hukuman, dia datang mengaku dengan berkata: أنا هو “aku sebenarnya yang merogol perempuan tersebut.” bukan lelaki ini. Ini bermakna dia bukan seorang lelaki yang benar-benar jahat. Barangkali ketika itu dia tidak dapat mengawal nafsu, lalu dia melakukan kesalahan rogol. Selamatlah lelaki yang kedua tersebut dan Rasulullah memberi kemaafan kepada lelaki perogol yang mengaku itu kerana dia bertaubat.