SDI 1502: Kedudukan Hadis Penghafal al-Quran Dapat Memberi Syafaat

Dalam Sunan Ibn Majah diriwayatkan sebuah hadith yang dikatakan dari Ali bin Abi Tolib RA:

مَنْ قَرَأَ القُرْآنَ وَحَفِظَهُ أدْخَلَهُ اللهُ الجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِيْ عَشَرَةِ مِنْ أهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ اسْتَوْجَبُوْا النَّارَ

Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, dan dia akan memberi syafaat kepada 10 ahli keluarganya, yang mana semua mereka merupakan ahli neraka."

Darjat hadith:


Terlalu lemah untuk dikatakan hadith Nabi (DHOIEF JiDDAN 
ضعيف جدا), sila lihat Dhoief Sunan Ibn Majah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Hadith bil. 38.

al-Imam al-Tirmizi pula meriwayatkan daripada Ali bin Abi Tolib juga:

‏مَنْ قَرَأَ الْقُرْآنَ ‏ ‏وَاسْتَظْهَرَهُ ‏ ‏فَأَحَلَّ حَلَالَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ أَدْخَلَهُ اللَّهُ بِهِ الْجَنَّةَ وَشَفَّعَهُ فِي عَشْرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ قَدْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ

Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Quran dan menghafalnya, dia menghalalkan apa yang dihalalkan di dalam al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkan di dalam al-Quran, Allah akan memasukkan ke dalam syurga dan dia akan dapat memberi syafaat 10 orang ahli keluarganya yang semuanya adalah ahli neraka."

Kata Abu 'Isa: “Hadith ini Gharib, tidak kami ketahui melainkan dalam bentuk ini, dan sanadnya tidak sahih, (Dalam sanadnya ada) Hafs bin Sulaiman, dia dilemahkan di dalam sanad hadith ini.” (Sila lihat Sunan al-Tirmizi)


Cetak  
Wallahu a'lam