Hadis-Hadis Masyhur Tentang Ramadan Namun DHOIEF/LEMAH

HADIS PERTAMA:

شهر رمضان أوله رحمه وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Maksudnya: "Bulan Ramadan awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka."

Darjat hadis: Mungkar. Lihat  Silsilah alAhadith alDhoiefah wa alMaudhuah oleh alAlbani 2/262.

 

HADIS KEDUA:

صوموا تصحوا

Maksudnya: "Berpuasalah kamu semua akan sihat."

Darjat hadis: Lemah. Lihat Silsilah alAhadith alDhoiefah wa alMaudhuah oleh alAlbani 1/420.

 

HADITH KETIGA

من أفطر يوما من رمضان من غير عذر ولا مرض لم يقضه صوم الدهر وإن صامه

Maksudnya: "Sesiapa yang tidak berpuasa sehari dari puasa Ramadan tanpa sebarang uzur dan sebarang sakit, dia tidak akan dapat qadhanya sekalipun berpuasa selama setahun."

Darjat hadis: Lemah. Lihat Misykah alMasabih Tahkik alAlbani 1/626. Dhoief Sunan alTirmizi oleh alAlbani, hadis bilangan 115.

 

HADIS KEEMPAT

إن لله عند كل فطر عتقاء من النار

Maksudnya: "Sesungguhnya setiap kali waktu berbuka, bagi Allah terdapat beberapa orang yang dibebaskan dari neraka."

Darjat hadis: Dhoief. Lihat alFawaid alMajmu'ah Fi alAhadith alMaudhuah oleh alSyaukani 1/257

 

HADIS KELIMA

لو يعلم العباد مافي رمضان لتمنت أمتي أن يكون رمضان السنة كلها ، إن الجنة لتتزين لرمضان من رأس الحول إلى الحول …… الخ

Maksudnya: "kalau manusia mengetahui apa yang ada dalam Ramadan, sudah pasti mereka akan bercita-cita setahun dipenuhi dengan bulan Ramadan seluruhnya. Sesugguhnya syurga akan dihiasi untuk Ramadan dari hujung tahun hingga tahun berikutnya...." hingga ke akhir hadis.

Darjat hadis: Lemah. Lihat alFawaid alMajmuah Fi alAhadith alMaudhuah oleh alSyaukani 1/257.

 

HADIS KEENAM

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Maksudnya: "Ya Allah berkatilah kami di dalam bulan Rejab, dan Syaaban. Sampaikanlah kami hingga Ramadan."

Darjat hadis: Dhoief. Lihat Dhoief alJami' oleh alAlbani.

 

HADIS KETUJUH

Doa Nabi ketika berbuka:

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت

Maksudnya: "Ya Allah kerana Mu daku berpuasa, dan atas rezeki dari Mu daku berbuka."

Darjat hadis: Dhoief. Lihat Dhoief alJami' oleh alAlbani. Hadis bilangan 4349.


Cetak  
Wallahu a'lam