SDI 1510: Darjat Hadith Hampir Kiamat Orang Islam Memberi Salam Kepada Orang-Orang Tertentu

Thursday, August 7, 2008

Soalan:

Apakah darjat Hadith ini? Mintak Ustaz tolong checkkan untuk saya.

"Sebelum berlaku kiamat, orang-orang Islam memberi salam kepada orang tertentu sahaja dan berkembangnya perniagaan sehingga seorang isteri bersyarikat dengan suaminya dalam perniagaan (Tusyarika Al Maratu zaujaha fi At Tijarah). (riwayat Imam Ahmad dan Al Hakim)

Jawapan :

Hadith yang saudara maksudkan ialah:

كُنَّا عِنْدَ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏جُلُوسًا فَجَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ قَدْ أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَقَامَ وَقُمْنَا مَعَهُ فَلَمَّا دَخَلْنَا الْمَسْجِدَ رَأَيْنَا النَّاسَ رُكُوعًا فِي مُقَدَّمِ الْمَسْجِدِ فَكَبَّرَ وَرَكَعَ وَرَكَعْنَا ثُمَّ مَشَيْنَا وَصَنَعْنَا مِثْلَ الَّذِي صَنَعَ فَمَرَّ رَجُلٌ يُسْرِعُ فَقَالَ عَلَيْكَ السَّلَامُ يَا ‏ ‏أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ ‏ ‏فَقَالَ صَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ فَلَمَّا صَلَّيْنَا وَرَجَعْنَا دَخَلَ إِلَى أَهْلِهِ جَلَسْنَا فَقَالَ بَعْضُنَا لِبَعْضٍ أَمَا سَمِعْتُمْ رَدَّهُ عَلَى الرَّجُلِ صَدَقَ اللَّهُ وَبَلَّغَتْ رُسُلُهُ أَيُّكُمْ يَسْأَلُهُ فَقَالَ ‏ ‏طَارِقٌ ‏ ‏أَنَا أَسْأَلُهُ فَسَأَلَهُ حِينَ خَرَجَ فَذَكَرَ عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏أَنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ تَسْلِيمَ الْخَاصَّةِ وَفُشُوَّ التِّجَارَةِ ‏ ‏حَتَّى تُعِينَ الْمَرْأَةُ زَوْجَهَا عَلَى التِّجَارَةِ وَقَطْعَ الْأَرْحَامِ وَشَهَادَةَ الزُّورِ وَكِتْمَانَ شَهَادَةِ الْحَقِّ وَظُهُورَ الْقَلَمِ

Maksudnya: Daripada Tooriq bin Syihab (طارق بن شهاب ) katanya: "Adalah kami bersama Abdullah (Abdullah bin Mas'ud) yang sedang duduk, tiba-tiba datang seorang lelaki, lalu dia berkata telah iqamat untuk solat, lalu beliau (Ibn Mas'ud) bangun, dan kamipun bangun bersamanya. Ketikamana kami masuk ke dalam masjid, kami melihat manusia sedang solat di bahagian depan masjid. Lalu dia (Ibn Mas'ud) bertakbir dan ruku' dan kamipun rukuk. (setelah selesai solat) Kami berjalan dan kami lakukan seperti apa yang dia (Ibn Mas'ud) lakukan. Tiba-tiba lalu seorang lelaki dengan cepat sambil berkata : "Untuk mu keselamatan (memberi salam) wahai Abu Abdul Rahman (Ibn Mas'ud)." Lalu dia (Ibn Mas'ud) menjawab : "Benarlah Allah dan RasulNya." Setelah kami selesai solat dan pulang, (Ibn Mau'ud) masuk ke pangkuan keluarganya, lalu kami duduk, dan sebahagian kami berkata kepada sebahagian yang lain : "Adapun apa yang kamu semua dengar, (Ibn Mas'ud) menjawab salam kepada lelaki yang memberi salam kepadanya (dengan mengatakan) "Benarlah Allah dan rasulNya." ? siapakah dari kalangan kamu yang hendak bertanya kepadanya (kepada Ibn Mas'ud tentang jawab salamnya itu) ." Berkata Tooriq : "Aku akan bertanya kepadanya (Ibn Mas'ud), lalu aky bertanya kepadanya ketika dia (Ibn Mas'ud) keluar, lalu dia menceritakan dari Nabi saw apabila hampirnya kiamat, ucapan salam ditujukan kepada orang yang tertentu, dan berkembangnya perniagaan, sehingga seorang isteri membantu suaminya dalam perniagaan, terputusnya silaturrahim, penyaksian bohong, menyembunyikan penyaksian yang benar dan tersebarnya al-qalam." (Hadith dalam Musnad Ahmad)


Darjat Hadith:


1- Isnad Hadith ini sahih - Ahmad Syakir

2- Isnadnya sahih berdasarkan syarat Muslim - al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, dan Sahih al-Adab al-Mufrad.

 


Cetak  
Wallahu a'lam