SDI 1515: Status Hadis Sedekah Dapat Menolak Bala

Soalan:

assalaamu'alaikum warahmatullah

Saya nak bertanya tentang status hadith " sedekah dapat menolak bala " serta rujukannya.

Jawapan:

Hadith yang saudara maksudkan dengan lafaz:

1.  الصدقة تمنع سبعين نوعا من أنواع البلاء Maksudnya: "Sedekah itu menghalang 70 jenis dari bala'."

Darjat Hadis: Lemah. al-Albani dalam Irwa' al-Ghalil dan Dhoief al-Jami'

2.
الصدقة لا يتخطاها البلاء maksudnya: "Sedekah itu tidak dapat mengatasinya Bala" –

Darjat Hadis: Dalam sanadnya ada Bisyr bin Ubaid, seorang yang meriwayatkan hadis dari rawi yang lemah dan majhul.

3. باكروا الصدقة فإن البلاء لا يتخطى الصدقة maksudnya: “Bersegeralah bersedekah, kerana sesungguhnya bala tidak dapat mengatasi sedekah.”

Darat Hadis: Ibn 'Adiy menghukumnya sebagai PALSU dalam al-Kamil fi al-Du'afa'.


Cetak  
Wallahu a'lam