SDI 0500: Hadis 15 Azab Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat Adalah Palsu.

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Bagaimana dgn status hadis 15 azab meninggalkan solat?

Jawapan:

Meninggalkan solat adalah jenayah yang besar dalam Islam sehingga mazhab Hambali berpandangan orang yang meninggalkan solat menjadi kafir.

Ancaman kepada mereka yang meninggalkan solat amat banyak melalui sumber-sumber yang pasti sama ada dari al-Quran mahupun al-Sunnah. Allah SWT berfirman tentang penghuni neraka:

ما سلككم في سقر قالوا لم نك من المصلين .

Maksudnya: "Apa yang membawa kamu semua ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab: kami dahulu bukan dari kalangan orang-orang yang mendirikan solat..." (alMudatthir 42-43)

Nabi SAW pula bersabda:

العهد الذي بيننا وبينهم الصلاة فمن تركها فقد كفر

Maksudnya: "Perbezaan di antara kita (umat islam) dengan mereka (orang kafir) ialah solat. Maka sesiapa yang meninggalkn solat, sesungguhnya dia telah kafir." (HR alTirmizi, alNasaie dn Ibn Majah. Dinilai sahih olh alAlbani dalam Sahih alTirmizi)

Namun hadis tentang 15 azab kepada orang yang meninggalkan solat adalah PALSU. Dinyatakan dalam riwayat palsu ini:

6 azab di dunia:

1. Dihilangkan keberkatan umurnya

2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya

3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala

4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

5. Tiada doa daripada para solehin untuknya

6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman

3 azab ketika hampir mati:

1. Kematiannya penuh kehinaan

2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat

3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat

3 azab ketika di dalam kubur

1. Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut

3. Datanglah seekor ular bernama Syuja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia! Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:

1. Datanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.

2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya

3. Baginya azab yang amat pedih

Al-Hafiz Ibn Hajar RH dalam Lisan alMizan ketika memperkenalkan para periwayat hadis ini berkata: "Ini terzahir kebatilan (hadis ini) dari hadis-hadis pemilik-tarikat tarikat kesufian."


Cetak  
Wallahu a'lam