SDI 1613: Hadis Kelebihan Kekal Di Masjid Berzikir Selepas Solat Subuh

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz

Saya pernah terbaca/terdengar/terlihat kenyataan: apabila seseorang selesai solat..tetap ditempat solatnya berzikir..maka malaikat akan mendoakan baginya dgn syarat..dia tidak bekata2 dgn org lain dan tidak terbatal wuduknya.
Soalan: apakah kenyataan tersebut sabit dgn mana2 hadis dan status hadis tersebut.
Mohon pencerahan ustaz

 

Jawapan:

Hadis tersebut sahih, antaranya diriwayatkan oleh alImam alTirmizi RH:

 

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ

Maksudnya: "Siapa yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah, setelah itu dia kekal duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari (kadar segalah), kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat, maka untuknya pahala seperti melaksanakan haji dan umrah secara sempurna. "

Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Al-Tirmizi.


Cetak  
Wallahu a'lam