Huraian Hadis 'Asim bin Kulaib Tentang Kenduri Arwah

Saya mengambil kesempatan di sini untuk membuat sedikit penjelasan tentang satu hadis yang dijadikan dalil oleh sebahagian pihak untuk menyokong pandangan yang mengatakan dibenarkan dibuat kenduri di rumah jenazah. Mereka berdalilkan antaranya sebuah hadis daripada ‘Asim bin Kulaib yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dengan sanad yang sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Mula ‘Ali al-Qari dalam kitabnya, demikian juga al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi. Hadis ini juga didatangkan oleh beberapa ulama antaranya al-Mula ‘Ali al-Qari dalam al-Misykah.

Hadis ini secara ringkas yang hendak saya tekankan, iaitu berlaku perbezaan periwayat lafaz hadis, yang menyebabkan hadis itu bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan daripada Jarir RA yang berkata: كنا نعد الإجتماع و صنعة الطعام  kami mengira berhimpun dan membuat makanan di rumah jenazah itu selepas kematiannya termasuk dalam niyahah.

‘Asim yang dimaksudkan, dinyatakan Nabi SAW pernah menguruskan satu sahabat di Madinah. Setelah selesai pengurus dinyatakan: فلمَّا رجعَ استقبلَهُ داعي امرأتِهِ فأجابَ ونحنُ معَهُ فجيءَ بالطَّعامِ فوضعَ يدَهُ ثمَّ وضعَ القومُ فأكلوا yang bermaksud lebih kurang: “Apabila baginda pulang, tiba-tiba datang seorang wakil dari isterinya.” Terdapat gantinama “isterinya”. Al-Mula ‘Ali al-Qari menyatakan “datang wakil dari isterinya” merujuk kepada jenazah iaitulah wakil dari isteri jenazah memanggil baginda unutk makan jamuan yang disediakan oleh isteri jenazah. Lalu Nabi SAW bersama dengan para sahabat pergi ke rumah isteri jenazah dan makan jamuan yang dilakukan di rumah jenazah oleh isteri jenazah. Ini antara dalil yang dinyatakan.

Akan tetapi malangnya, kalau kita buat semakan lanjut, antaranya cuba buka kitab Mar‘ah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih pada jilid 5/481 yang ditulis oleh ‘Ubaidullah al-Rahmani al-Mubarakfuri. Kata beliau:

فلما رجع استقبله داعي امرأته فأجاب، ونحن معه، فجيء بالطعام فوضع يده، ثم وضع القوم، فأكلوا-الحديث. رواه أبوداود والبيهقي في دلائل النبوة. فقوله: «فلما رجع استقبله داعي امرأته» الخ صريح في أن رسول الله ﷺ أجاب دعوة أهل بيت الميت، واجتمع هو وأصحابه بعد دفنه، وأكلوا مما صنعه أهل الميت له ولأصحابه، فإن الضمير المجرور في امرأته راجع إلى ذلك الميت الذي خرج رسول الله ﷺ في جنازته، فما وجه التوفيق بين هذين الحديثين؟ قلت: منشأ المخالفة بين الحديثين هو قوله: «داعى امرأته» أي بإضافة لفظ امرأة إلى الضمير المجرور، وهو غلط. والصواب داعي امرأة منونًا أي بغير الإضافة وإسقاط الضمير المجرور. والدليل عليه أنه وقع في سنن أبي داود «داعي امرأة» بغير الإضافة، أي بإسقاط الضمير، وهكذا ذكره الجزري في جامع الأصول (ج١٢:ص٦٥) نقلًا عن سنن أبي داود، وروى هذا الحديث أحمد في مسنده (ج٥:ص٢٩٣)، وقد وقع فيه أيضًا «داعي امرأة» بغير الإضافة«بل زاد فيه بعد»داعي امرأة«لفظ»من قريش«، وهكذا وقع في السنن للدارقطني (ص٥٤٥) ولفظه: خرجنا مع النبي ﷺ في جنازة، فلما انصرف تلقاه داعي امرأة من قريش. وفي رواية له عن عاصم بن كليب عن أبيه عن رجل من مزينة قال: صنعت امرأة من المسلمين من قريش لرسول الله ﷺ طعامًا فدعته وأصحابه الخ. ورواه البيهقي في السنن الكبرى (ج٦:ص٩٧) بلفظ: صنعت امرأة من قريش لرسول الله ﷺ طعامه، فدعته وأصحابه. ورواه الطحاوي في شرح الآثار (ج٢:ص٣٢٠) بلفظ: إن رجلًا من الأنصار كان مع النبي ﷺ في جنازة، فلقيه رسول امرأة من قريش يدعوه إلى الطعام، وهذا كله يدل على أن الصحيح في حديث عاصم بن كليب هذا لفظ»داعي امرأة" منونًا، أي بغير إضافة امرأة إلى الضمير المجرور، بل بإسقاط الضمير، وعلى هذا فلا مخالفة بين الحديثين، وهذا ظاهر لا يحتاج إلى التفكر والتأمل

Maksudnya: “Apabila baginda pulang dari menguruskan jenazah tersebut, datang wakil dari isterinya. “Nya” ini kata para ulama kembali kepada jenazah iaitulah bermaksud isteri jenazah. Lalu Nabi SAW memenuhii jemputan tersebut. Kami bersama dengan baginda. Lalu didatangkan jamuan kepada baginda di rumah jenazah, lalu Nabi SAW menjamah makanan tersebut, kemudian para sahabat yang turut sama dengan baginda juga makan dari jamuan tersebut. Kata syeikh yang mensyarahkan kitab ini: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, demikian juga oleh al-Baihaqi dalam Dala-il al-Nubuwwah. Perkataan ‘Asim bin Kulain yang bermaksud baginda pulang ke rumah setelah menguruskan jenazah sahabat yang meninggal dunia itu, tiba-tiba datang seorang wakil dari isterinya... berdasarkan lafaz ini secara jelas menunjukkan Rasulullah SAW telah memenuhi jemputan keluarga jenazah dan menunjukkan baginda dan para sahabat ada berhimpun di rumah jenazah setelah dikebumikan dan makan dari jamuan yang dibuat oleh keluarga jenazah. Kata beliau lagi: Sesungguhnya gantinama yang dimajrurkan iaitulah داعي امرأته yang dterjemahkan sebagai “isterinya” merujuk kepada isteri jenazah. Bagaimanakah cara ditaufiqkan dua riwayat yang nampak seperti bertembung. Kata al-Mubarakfuri: “Sebab nampak pertembungan antara hadis ini dengan hadis Jarir yang ada larangan berhimpun di rumah jenazah, iaitulah pada perkataan داعي امرأته ini, kerana ada gantinama “nya” yang merujuk kepada isteri jenazah. Kata al-Mubarakfuri: “kewujudan gantinama dalam lafaz ini adalah satu kesilapan.” Yang sebenarnya ialah داعي امرأة tanpa ada gantinama. Demikian inilah yang disebut oleh al-Jazari dalam Jami’ al-Usul 12/65, sebagai menukilkan hadis daripada Sunan Abi Daud. Demikian juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, di mana lafaz dari Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud tidak menyebut داعي امرأته sebaliknya dengan lafaz: داعي امرأة tanpa ada gantinama “nya” yang merujuk kepada jenazah. Bahkan dalam musnad Ahmad ada tanbahan lafaz lagi iaitulah داعي امرأة من قريش “datang wakil dari seorang perempuan Quraisy.” Tidak ada lafaz “nya”. Lafaz inilah yang lebih tetap seperti yang terdapat dalam Sunan Abu Daud dan Musnad Imam Ahmad. Inilah juga lafaz yang terdapat dalam Sunan Daraqutni dan lafaz daraqutni  menyatakan: :Kami keluar unutk menguruskan jenazah bersama dengan Nabi SAW. Apabila selesai menguruskan jenazah Nabipun pulang, tiba-tiba datang seorang wakil dari seorang perempuan quraisy. Tidak disebut perempuan atau isterinya yang merujuk kepada jenazah. Bahkah dalam riwayat yang lain daripada ‘Asim bin Kulaib juga daripada bapanya daripada seorang lelaki dari Muzainah yang berkata: Seorang wanita dari kalangan orang Islam membuat makanan, dari orang Quraisy, untuk Rasulullah SAW. Lalu wanita itu menjemput baginda dan para sahabat.” Manakala ada lagi riwayat lain dari al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra 6/97 yang menyebut: “Seorang perempuan dari bangsa Quraisy buat makanan untuk Rasulullah SAW, lalu perempuan itu menjemput baginda dan para sahabat untuk menjamu makanan yang dibuatnya.” Berdasarkan riwayat al-Tahawi pula dalam Syarh al-Athar 2/320 dinyatakan: “Riwayat Tahawi dalam Syarh al-Athar, bahawa seorang lelaki dari kalangan Ansar yang bersama dengan Nabi SAW menguruskan satu jenazah, tiba-tiba datang kepada baginda wakil dari seorang wanita dari kalanhgan Quraisy yang menjemput baginda ke jamuan yang dibuat. Bukan isteri kepada jenazah. Wanita mana?  Seorang wanita dari Quraisy, bukan isteri jenazah. Kata akl-Mubarakfuri berikutnya: “semua lafaz-lafaz ini, dalam Abu Daud, dalam al-Baihaqi, dalam Musnad Ahmad, dalam alTahawi, dalam semua riwayat-riwayat ini menunjukkan bahawasanya yang sahih bagi hadis ‘Asim bin Kulaib adalah dengan lafaz: “Wakil seorang perempuan” bukan: “Wakil isterinya” yang merujuk kepada isteri jenazah. Sebaliknya wanita yang membuat jamuan itu tiada kaitan dengan jenazah yang baru sahaja diuruskan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Oleh itu, tiada sebarang pertentangan antara hadis ‘Asim ini dengan riwayat Jarir. Ia satu perkara yang jelas yang tidak perlu kepada pemerhatian yang mendalam.


Cetak  
Wallahu a'lam