Hadis Tentang Riba Dan Bai' al-U'tiyat

 Daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA berkata:

أيُّها النَّاسُ، إنَّكم قد أحدثتمْ بيوعًا لا أدري ما هي، ألا إنَّ الذَّهبَ بالذَّهبِ وزنًا بوزنٍ، تِبرُها وعينُها، وإنَّ الفضَّةَ بالفضَّةِ وزنًا بوزنٍ، تِبرُها وعينُها، ولا بأسَ ببيعِ الفضَّةِ بالذَّهب يدًا بيدٍ، والفضَّةُ أكثرُهما. ولا تصلحُ النَّسيئةُ ألا إنَّ البُرَّ بالبُرِّ، والشَّعيرَ بالشَّعيرِ، مُدْيًا بمُدْيٍ، ولا بأسَ ببيعِ الشَّعيرِ بالحِنطةِ يدًا بيدٍ، والشَّعيرُ أكثرُهما. ولا يصلحُ نسيئةً، ألا وإنَّ التَّمرَ بالتَّمرِ، مُديًا بمُديٍ، حتَّى ذكرَ المِلحَ مُدًّا بمُدٍّ، فمنْ زاد أو استزادَ، فقد أربَى

Maksudnya: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kamu semua telah mengadakan satu jual-beli yang tidak pernah aku tahu tentangnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya (jual-beli) emas dengan emas hendaklah sama timbangannya, (sama ada) emas belum ditempa (sebagai dinar) mahupun yang telah ditempa (menjadi dinar). Sesungguhnya (jual-beli) perak dengan perak hendaklah sama timbangannya, (sama ada) perak belum ditempa (sebagai dirham) mahupun yang telah ditempa (menjadi dirham) dan tidak mengapa jual-beli perak dengan emas secara penyerahan serentak dan perak itu adalah yang lebih banyak (berbanding emas). Tidak boleh jual-beli tangguh. Ketehuilah sesungguhnya (jual-beli) gandum burr dengan gandum burr, barli dengan barli sama timbangan cupaknya. Tidak mengapa jual-beli barli dengan  gandum hintah secara penyerahan serentak dan barli yang lebih banyak dan tidak boleh jual-beli bertangguh. Ketahuilah sesungguhnya (jual-beli) tamar dengan tamar secara sama timbangan cupak, sehingga beliau menyebut tentang jual-beli garam dengan garam secara sama timbangan cupaknya. Maka sesiapa yang melebihkan dan minta dilebihkan, maka dia telah melakukan riba.” (HR al-Nasa’ie, dinilah sahih oleh al-Albani)

Dalam riwayat Muslim daripada Abi Qilabah (أبي قلابة) dinyatakan:

كُنتُ في حَلقةٍ بالشَّامِ فيها مُسلمُ بنُ يَسارٍ، فجاء أبو الأشعثِ قالوا: أبو الأشعثِ! فجَلس، فقُلتُ: حدِّثْ أخاك حَديثَ عُبادةَ بنِ الصَّامتِ، قال: نَعم، غَزَوْنا وعلى النَّاسِ مُعاويةُ فغَنِمنا غنائمَ كثيرةً، فكان فيما غَنِمنا آنيةٌ من فِضَّةٍ فأمَر مُعاويةُ رجُلًا بِبيعِها في أُعطياتِ النَّاسِ فتَنازع النَّاسُ في ذلك، فبَلغ عُبادةَ بنَ الصَّامتِ، فأنكَر ذلك عليهِم رضي اللهُ عنه؛ لأنَّه إنْ كانَ البَيعُ بالفِضَّةِ، فلا بدَّ منَ الْمُمَاثلةِ وَزنًا، وأن يكون يدًا بيدٍ، وإنْ كان بالذَّهبِ فلا بدَّ من التَّقابُضِ في المجلِسِ

Maksudnya: “Aku pernah berada dalam satu halaqah di Syam yang terdapat di dalamnya Muslim bin Yasar (مُسلمُ بنُ يَسارٍ). Tiba-tiba datang Abu al-Asy‘ath (أبو الأشعثِ), orang ramai berkata: “Abu al-Asy‘ath (datang ke dalam halaqah mereka).” Lalu Abu al-Asy‘ath duduk. Kata Abu Qilabah: “Ceritakan (wahai Abu al-Asy‘ath) kepada saudaramu ini (Muslim bin yasar) hadis ‘Ubadah bin al-Samit. Lalu Abu Asy‘ath berkata: “Kami dahulu dalam peperangan bersama Mu‘awiyah sehingga kami berjaya memperolehi harta rampasan yang banyak. Antara yang kami perolehi itu ialah bekas-bekas dari perak. Lalu Mu‘awiyah mengarahkan seorang lelaki menjualkan bekas-bekas perak tersebut secara bayaran bertangguh kepada para tentera dengan bayaran yang akan mereta terima nanti dari pemerintah (البيع بالأُعْطِيَات) sehingga menyebabkan orang ramai berselisih pendapat, sehingga sampai perkara itu ke pengetahuan ‘Ubadah bin al-Samit, lalu beliau membantah perbuatan tersebut kerana jika ia jual-beli yang membabitkan perak, maka ia mesti dilakukan dalam bentuk timbangan yang sama berat, yadan bi yadin (dalam satu majlis). Jika ia jual-beli emas, mesti dilakukan secara taqabudh (pertukaran pemilikan) dalam satu majlis.”

البيع بالأُعْطِيَات yang disebut dalam hadis adalah jual bekas-bekas perak kepada tentera secara bayaran dengan gaji yang mereka akan terima dari pemerintah tidak akan dapat memenuhi syarat al-Tasawi (sama timbangan) dan al-Taqabudh (pertukaran pemilikan serta merta).


Cetak  
Wallahu a'lam