Balasan Mereka Yang Tidak Membayar Zakat

Ahmad, al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

ما مِنْ صاحِبِ ذهَبٍ ولا فِضَّةٍ لا يؤدِّي منها حقَّها إلَّا إذا كان يومُ القيامةِ، صُفِّحَتْ له صفائِحُ من نارٍ، فأُحمِيَ عليها في نارِ جهنَّمَ، فيُكوى بها جنبُه وجبينُه وظهرُه، كلَّما برُدَتْ أُعيدَت له، في يومٍ كان مقدارُه خمسينَ ألفَ سَنةٍ، حتَّى يُقضَى بين العبادِ؛ فيرَى سبيلَه، إمَّا إلى الجَنَّةِ، وإمَّا إلى النَّارِ. قيلَ: يا رَسولَ اللهِ، فالإِبِلُ؟ قالَ: ولا صاحِبُ إبِلٍ لا يُؤَدِّي مِنْها حَقَّها -ومِنْ حَقِّها حَلَبُها يَومَ وِرْدِها- إلَّا إذا كانَ يَوْمُ القِيامَةِ بُطِحَ لها بقاعٍ قَرْقَرٍ أوْفَرَ ما كانَتْ، لا يَفْقِدُ مِنْها فَصِيلًا واحِدًا، تَطَؤُهُ بأَخْفافِها وتَعَضُّهُ بأَفْواهِها، كُلَّما مَرَّ عليه أُولاها رُدَّ عليه أُخْراها، في يَومٍ كانَ مِقْدارُهُ خَمْسِينَ ألْفَ سَنَةٍ، حتَّى يُقْضَى بيْنَ العِبادِ، فَيَرَى سَبِيلَهُ؛ إمَّا إلى الجَنَّةِ، وإمَّا إلى النَّارِ. قِيلَ: يا رَسولَ اللهِ، فالْبَقَرُ والْغَنَمُ؟ قالَ: ولا صاحِبُ بَقَرٍ ولا غَنَمٍ لا يُؤَدِّي مِنْها حَقَّها، إلَّا إذا كانَ يَوْمُ القِيامَةِ بُطِحَ لها بقاعٍ قَرْقَرٍ، لا يَفْقِدُ مِنْها شيئًا، ليْسَ فيها عَقْصاءُ، ولا جَلْحاءُ، ولا عَضْباءُ، تَنْطَحُهُ بقُرُونِها وتَطَؤُهُ بأَظْلافِها، كُلَّما مَرَّ عليه أُولاها رُدَّ عليه أُخْراها، في يَومٍ كانَ مِقْدارُهُ خَمْسِينَ ألْفَ سَنَةٍ، حتَّى يُقْضَى بيْنَ العِبادِ، فَيَرَى سَبِيلَهُ؛ إمَّا إلى الجَنَّةِ، وإمَّا إلى النَّارِ. قيلَ: يا رَسولَ اللهِ، فالْخَيْلُ؟ قالَ: الخَيْلُ ثَلاثَةٌ: هي لِرَجُلٍ وِزْرٌ، وهي لِرَجُلٍ سِتْرٌ، وهي لِرَجُلٍ أجْرٌ؛ فأمَّا الَّتي هي له وِزْرٌ فَرَجُلٌ رَبَطَها رِياءً وفَخْرًا ونِواءً علَى أهْلِ الإسْلامِ، فَهي له وِزْرٌ، وأَمَّا الَّتي هي له سِتْرٌ فَرَجُلٌ رَبَطَها في سَبيلِ اللهِ، ثُمَّ لَمْ يَنْسَ حَقَّ اللهِ في ظُهُورِها ولا رِقابِها، فَهي له سِتْرٌ، وأَمَّا الَّتي هي له أجْرٌ فَرَجُلٌ رَبَطَها في سَبيلِ اللهِ لأَهْلِ الإسْلامِ في مَرْجٍ ورَوْضَةٍ، فَما أكَلَتْ مِن ذلكَ المَرْجِ أوِ الرَّوْضَةِ مِن شَيءٍ، إلَّا كُتِبَ له عَدَدَ ما أكَلَتْ حَسَناتٌ، وكُتِبَ له عَدَدَ أرْواثِها وأَبْوالِها حَسَناتٌ، ولا تَقْطَعُ طِوَلَها فاسْتَنَّتْ شَرَفًا أوْ شَرَفَيْنِ، إلَّا كَتَبَ اللَّهُ له عَدَدَ آثارِها وأَرْواثِها حَسَناتٍ، ولا مَرَّ بها صاحِبُها علَى نَهْرٍ، فَشَرِبَتْ منه ولا يُرِيدُ أنْ يَسْقِيَها؛ إلَّا كَتَبَ اللَّهُ له عَدَدَ ما شَرِبَتْ حَسَناتٍ. قيلَ: يا رَسولَ اللهِ، فالْحُمُرُ؟ قالَ: ما أُنْزِلَ عَلَيَّ في الحُمُرِ شَيءٌ، إلَّا هذِه الآيَةُ الفاذَّةُ الجامِعَةُ: {فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ، وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Maksudnya: “Tiada seorang dari kalangan mereka yang memiliki emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat kelak (emas dan perak tersebut) akan ditempa untuknya menjadi kepingan-kepingan seperti api. Dinyalakan api di atasnya dalam neraka jahannam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka. Setiap kali hamparan kepingan itu menjadi sejuk akan dibakarnya semula sehingga panas. Azab itu dikenakan kepada orang tersebut pada hari kiamat (mahsyar) yang kadar seharinya adalah sama seperti 50,000 tahun[1], sehingga dijatuhkan keputusan kepada para hamba, maka seseorang itu akan melihat kesudahannya ke neraka atau kesyurga. Ditanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan pemilik unta? Sabda Nabi SAW: “Mana-mana pemiliki unta yang tidak melaksanakan zakat untanya dan termasuk dalam hak yang perlu dilaksanakan ialah diperah susunya untuk disedekahkan[2] pada hari giliran minumnya, jika tidak pada hari kiamat nanti akan dicampak pemilik unta tersebut sehingga tersembam mukanya di permukaan luas dan rata lagi licin, lalu untanya dihadirkan dalam bentuk yang paling sempurna dan gemuk, tiada yang terlepas sekalipun seekor anak unta melainkan semuanya akan memijak orang tersebut dengan tapak kakinya dan menggigit dengan mulutnya. Setiap kali unta yang terawal melepastinya akan kembali pula unta yang berikutnya, pada satu hari yang kadarnya adalah seperti 50,000 tahun, sehinggalah ditetapkan keputusan antara makhluk. Lalu orang itu akan melihat jalanya, sama ada ke syurga atau ke neraka. Ditanya lagi kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah bagimana pula pemilik lembu dan kambing?” Baginda menjawab: “Tiada seorang pemilik lembu dan kambing yang tidak melaksanakan haknya (mengeluarkan zakat), melainkan pada hari kiamat, pemilik lembu dan kambing itu akan dicampak sehingga tersembam mukanya di permukaan luas dan sama rata. Tiada seekor lembu atau kambingpun yang akan terlepas, semua lembu dan kambing itu tiada yang memiliki tanduk yang bengkok melainkan tanduk yang lurus dan panjang semata-mata, tiada juga lembu dan kambing tersebut yang tidak memiliki tanduk melainkan semua bertanduk kemas, tandunk lembu dan kambing tersebut juga tiada yang pecah, semuanya akan datang dan akan menanduk dan memijak tuannya yang tidak mengeluarkan zakat. Apabila haiwan yang terawal berlalu pergi datang pula yang berikutnya pada satu hari yang kadarnya adalah seperti 50,000 tahun, sehinggalah ditetapkan keputusan antara makhluk. Lalu orang itu akan melihat jalanya, sama ada ke syurga atau ke neraka. Ditanya lagi kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula pemilik kuda?” Jawab baginda: Pemilik kuda itu ada tiga kumpulan. (Pertama) pemilik yang memiliki kuda untuk melakukan perbuatan dosa dan maksiat. (Kedua) pemilik yang memilikinya untuk memenuhi keperluan dirinya. (ketiga) pemilik yang memilikinya untuk mendapatkan pahala. Adapun pemilik yang pertama iaitulah yang memiliki kuda kerana riya’, untuk sombong dan memusuhi umat Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa kepadanya. Adapun (kedua) pemilik kuda yang memilikinya untuk memenuhi keperluan dirinya di jalan Allah, kemudian dia tidak lupa hak Allah terhadap kudanya  tersebut, maka kudanya itu mendatangkan kecukupannya kepadanya. Adapun (ketiga) yang memiliki kuda untuk mendapatkan pahala, iaitulah yang memiliki kuda untuk dikorban di jalan Allah dan membantu umat Islam, kuda itu berada di kebun dan taman, tiada yang dimakan oleh kuda tersebut melainkan dicatit untuk pemiliknya pahala sebanyak apa yang dimakannya. Dicatit juga pahala untuk pemiliknya bagi setiap dari kotoran yang keluar dari kuda tersebut dari tahi dan air kencingnya. Tidak dipotong tali untuk memeliharanya, sehingga ia menjadi kuda yang tangkas dan terserlah melainkan Allah menulis pahala untuk pemiliknya sebanyak bilangan tapak kaki dan buangan kudanya. Pemiliknya tidak mendatangi satu sungai dengan kuda tersebut, lalu kuda itu meminum air dari sungai tersebut sedang pemiliknya tidak bertujuan meminumkan kudanya itu melainkan Allah akan tulis untuk pemiliknya pahala menurut bilangan apa yang diminum oleh kuda tersebut.” Dikatakan lagi kepada baginda: “Wahai Rasulullah, bagaimana pula dengan pemiliki himar (kaldai)?” Baginda menjawab: “Tidak diturunkan kepadaku sedikitpun tentang pemilik keldai berkaitan kewajibannya melainkan ayat yang unik dan menghimpunkan setiap perkara baik dan buruk ini iaitulah: “Sesiapa yang mengamalkan kebaikan sebesar zarrah, pasti dia akan melihat pahalanya nanti dan sesiapa yang mengamalkan kejahatan sebesar zarrah pasti dia akan melihat balasannya nanti.”



[1] Kadar sehari seperti 50,000 tahun di sini merujuk kepada hari kiamat atau hari mahsyar. Al-Sam‘ani (السمعاني) dalam Tafsir al-Sam‘ani 6/45 menukilkan perkataan Ibn ‘Abbas RA yang berkata: “Ia adalah hari kiamat.” Kata al-Sam‘ani: “Ia adalah yang paling sahih dari dua pandangan.” Ketika menggabungkan dua ayat al-Quran, satunya dari surah al-Sajadah ayat 5: يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّماءِ إلى الأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إليه في يَومٍ كان مِقدارُه ألفَ سَنةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ maksudnya: “Allah mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya; (bagi melaksanakan tadbir-Nya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuan-Nya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa kadarnya adalah selama 1000 tahun yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) menurut hitungan masa kamu yang biasa.”  Kata al-Sam‘ani: “Berdasarkan salah satu pandangan yang dimaksudkan di sini ialah hari kiamat.”  Manakala firman Allah dalam surah al-Ma‘arij ayat 4: تَعرُجُ المَلائِكةُ والرُّوحُ إليه في يَومٍ كان مِقدارُه خَمسينَ ألفَ سَنةٍ maksudnya: “Yang dilalui oleh para malaikat dan ruh kepada-Nya pada satu masa yang kadarnya menyamai 50,000 tahun.”  Kata al-Sam‘ani: “Kata sebahagian ulama: “50,000 tahun dan 1000 tahun, semuanya berlaku pada hari kiamat. Di mana hari kiamat pada sebahagian manusia selama 1000 tahun. Pada sebahagian manusia lain selama 50,000 tahun. Semua itu berlaku dalam satu hari yang sama.” (4/243)

                    Al-Imam al-Tabari juga meriwayatkan dalam Jami’ al-Bayan 23/602 perkataan ‘Ali bin Abi Talhah daripada Ibn ‘Abbas RA yang berkata: هذا يوم القيامة، جعله الله تعالى على الكافرين مقدار خمسين ألف سنة maksudnya:  “Hari kiamat ini, Allah Taala menjadikannya ke atas orang-orang kafir pada kadar 50,000 tahun.”

                    Perkataan Ibn ‘Abbas ini menunjukkan kadar hari kiamat selama 50,000 tahun itu adalah ke atas orang-orang kafir. Manakala untuk orang yang beriman dijelaskan dalam hadis Abu Hurairah RA, di sisi Abu Ya’la dan Ibn Hibban, di mana Nabi SAW bersabda:

يَوم يَقومُ النَّاسُ لرَبِّ العالَمينَ مِقدارُ نِصفِ يَومٍ من خَمسينَ ألفَ سَنةٍ، فيهونَ ذلك على المُؤمِنِ كتَدلِّي الشَّمسِ للغُروبِ إلى أن تَغرُبَ

Maksudnya: “Pada hari manusia semuanya berdiri untuk diadili di hadapan tuhan sekelian alam pada kadar separuh hari dari 50,000 tahun. Maka perkara itu dimudahkan ke atas orang yang beriman seperti tempoh dari permulaan tenggelamnya matahari sehingga sempurna tenggelamnya di ufuk.” (Sanad hadis ini dinilai sahih oleh al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 4/295, al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 6/769 dan Syu‘aib al-Arnaouth dalam Sahih Ibn Hibban menyatakan ia memenuhi syarat al-Bukhari).

Hadis Abu Hurairah RA di sisi al-Hakim dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Nabi SAW bersabda:

يَومُ القيامةِ كقَدرِ ما بينَ الظُّهرِ والعَصرِ

Maksudnya: “Hari kiamat seperti kadar antara Zohor dan ‘Asar.” (Dinilai sahih oleh dalam Sahih al-Jami’. Kata al-Hakim: “Hadis ini sahih al-isnad berdasarkan syarat dua orang syeikh ” )

[2] حَلَبُها kata al-Nawawi dengan fathah huruf Lam berdasarkan bahasa yang masyhur. Manakala: يَومَ وِرْدِها merujuk kepada hari unta mendatangi air untuk diminum. Di mana unta akan mendatangi air untuk meminum setiap tiga atau empat hari. Kadang-kala ia datang setiap lapan hari. Kata al-Tibi maksud حَلَبُها يَومَ وِرْدِها ialah hari  pemilik unta memberi susu unta kepada sesiapa yang melalui kawasan unta minum. Perkara ini sama seperti larangan baginda dari al-Juzaz bi al-Lail (الجذاذ بالليل) iaitulah perbuatan mengerat atau mengambil buah tamar pada malam hari bagi mengelak kehadiran orang miskin yang memerlukan makanan. Sebaliknya baginda mahu pemilik tamar mengerat buah mereka di siang hari agar dapat dihadiri oleh orang miskin yang memerlukan. Oleh itu memerah susu pada hari unta mendatangi tempat minumnya seperti telaga lebih bersifat belas kepada orang miskin yang kebiasaannya akan hadir di tempat unta minum bagi mendapatkan keperluan mereka. Demikian juga tindakan itu lebih memudahkan unta tersebut. Dalam kalangan ulama ada yang berpandangan perkara ini disebut oleh Nabi SAW dalam bentuk penjelasan apa yang sepatut dilakukan oleh mereka yang bermaruah bukan bertujuan memberi ancaman azab. Hal ini kerana azab hanya dikenakan jika meninggalkan kewajipan atau melakukan perkara haram. Atau ancaman azab ini terhadap mereka yang menghalang pemberian susu ketika waktu kemarau atau ketika keadaan tertekan. (Lihat sebahagian huraian ini dalam Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih 4/1262-1263)


Cetak  
Wallahu a'lam