Kata Abdullah bin ‘Amr RA, Nabi ﷺ bersabda:
إنَّ اللَّهَ سيُخَلِّصُ رجلًا من أمَّتي على رؤوسِ الخلائقِ يومَ القيامةِ فينشُرُ علَيهِ تسعةً وتسعينَ سِجِلًّا، كلُّ سِجِلٍّ مثلُ مدِّ البصرِ ثمَّ يقولُ: أتنكرُ من هذا شيئًا؟ أظلمَكَ كَتَبَتِيْ الحافِظونَ ؟يقولُ: لا يا ربِّ، فيقولُ: أفلَكَ عذرٌ؟ فيقولُ: لا يا ربِّ، فيقولُ: بلَى، إنَّ لَكَ عِندَنا حسنةً، وإنَّهُ لا ظُلمَ عليكَ اليومَ، فيخرجُ بطاقةً فيها أشهدُ أن لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ، وأشهدُ أنَّ محمَّدًا عبدُهُ ورسولُهُ، فيقولُ: احضُر وزنَكَ فيقولُ يا ربِّ، ما هذِهِ البطاقةُ مع هذِهِ السِّجلَّاتِ؟ فقالَ: فإنَّكَ لا تُظلَمُ، قالَ: فتوضَعُ السِّجلَّاتُ في كفَّةٍ، والبطاقةُ في كفَّةٍ فَطَاشَتِ السِّجلَّاتُ وثقُلتِ البطاقةُ، ولا يثقلُ معَ اسمِ اللَّهِ شيءٌ
"Sesungguhnya Allah akan mengeluarkan seorang lelaki dari kalangan umatku di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat. Kemudian, akan dibentangkan kepadanya 99 catatan amalnya, setiap satu catatan itu sejauh mata memandang. Allah akan bertanya kepadanya: “Adakah engkau mengingkari sesuatu catitan yang ada ini? Adakah para malaikat pencatat amal telah menzalimi engkau?" Lelaki itu menjawab: "Tidak, wahai Tuhanku." Allah bertanya lagi: "Adakah engkau mempunyai alasan (untuk membela diri)?" Lelaki itu berkata: "Tidak, wahai Tuhanku." Lalu Allah berfirman: "Sebenarnya, engkau masih mempunyai satu kebaikan di sisi Kami. Dan pada hari ini, engkau tidak akan dizalimi." Maka, dikeluarkan sehelai kad kecil (bithaqah) yang tertulis padanya: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya." Allah memerintahkan: "Hadapkan timbangannya!" Lelaki itu berkata: "Wahai Tuhanku, apakah nilai kad ini dibandingkan dengan semua catatan ini?" Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau tidak akan dizalimi." Lalu, catatan-catatan amal buruk diletakkan di satu timbangan, dan kad kecil itu diletakkan di timbangan yang satu lagi. Maka, sebelah timbangan catatan-catatan kejahatan menjadi ringan, dan sebelah kad itu menjadi berat. Rasulullah ﷺ bersabda: "Dan tiada sesuatu yang lebih berat daripada nama Allah (kalimah tauhid)."
Perawi: Abdullah bin ‘Amr / Muhaddis: Al-Albani / Sumber: Sunan At-Tirmizi (2639) / Status Hadis: Sahih / Diriwayatkan juga oleh: Imam Ahmad (6994