Daripada Buraidah bin al-Husayb al-Aslami RA بريدة بن الحصيب الأسلمي:
خرجَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ في بعضِ مَغازيهِ ، فلمَّا انصرفَ جاءت جاريةٌ سوداءُ، فقالت: يا رسولَ اللَّهِ إنِّي كُنتُ نذرتُ إن ردَّكَ اللَّهُ سالمًا أن أضربَ بينَ يديكَ بالدُّفِّ وأتغنَّى، فقالَ لَها رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ: إن كنتِ نذَرتِ فاضربي وإلَّا فلا. فجعَلت تضرِبُ، فدخلَ أبو بَكْرٍ وَهيَ تضربُ، ثمَّ دخلَ عليٌّ وَهيَ تضربُ، ثمَّ دخلَ عُثمانُ وَهيَ تضربُ، ثمَّ دخلَ عمرُ فألقتِ الدُّفَّ تحتَ استِها، ثمَّ قعَدت علَيهِ، فقالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ: إنَّ الشَّيطانَ ليخافُ منكَ يا عمرُ، إنِّي كنتُ جالسًا وَهيَ تضربُ فدخلَ أبو بَكْرٍ وَهيَ تضربُ، ثمَّ دخلَ عليٌّ وَهيَ تضربُ، ثمَّ دخلَ عثمانُ وَهيَ تضربُ، فلمَّا دخلتَ أنتَ يا عمرُ ألقتِ الدُّفَّ
“Rasulullah SAW pernah keluar dalam salah satu daripada peperangan Baginda. Setelah Baginda pulang (ke Madinah), datang seorang hamba perempuan berkulit hitam lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah bernazar, jika Allah mengembalikanmu dengan selamat, aku akan memukul rebana di hadapanmu dan menyanyi." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Jika engkau telah bernazar, maka pukullah rebana itu, dan jika tidak, maka jangan." Lalu wanita itu pun mula memukul rebana. Kemudian masuklah Abu Bakar (ke rumah) ketika wanita itu sedang memukul rebana, lalu masuk Ali dan wanita itu masih memukul rebana, kemudian masuk pula Uthman dan wanita itu masih memukul rebana. Namun apabila Umar masuk, dia segera meletakkan rebananya di bawah punggungnya lalu duduk di atasnya (untuk menyembunyikannya). Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya syaitan benar-benar takut kepadamu, wahai Umar. Aku duduk di sini sebentar tadi, sementara wanita ini memukul rebana, kemudian masuk Abu Bakar dan dia masih memukul, kemudian masuk Ali dan dia masih memukul, kemudian masuk Uthman dan dia masih memukul. Namun apabila engkau masuk wahai Umar, dia pun melemparkan rebananya." (Dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Tirmizi, hadis no. 3690. Takhrij: Diriwayatkan oleh al-Tirmizi (3690) dengan lafaz ini, dan oleh Ahmad (23061) secara ringkas.)
Daripada Buraidah bin al-Husayb al-Aslami RA:
أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ لما رجع من بعضِ مغازيهِ جاءتْهُ جاريةٌ سوداءُ فقالت يا رسولَ اللهِ إني نذرتُ إن ردَّكَ اللهُ سالمًا أن أضرب بين يديكَ بالدُّفِّ وأَتَغَنَّى فقال لها إن كنتِ نذرتِ فأَوْفِ بنذرِكِ فقعد عليهِ السلامُ وضربت بالدُّفِّ
Bahawa Rasulullah SAW, apabila Baginda pulang daripada salah satu peperangannya, datang seorang hamba perempuan berkulit hitam, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah bernazar: jika Allah mengembalikanmu dengan selamat, aku akan memukul rebana di hadapanmu dan menyanyi." Maka Baginda SAW bersabda: "Jika engkau telah bernazar, maka tunaikanlah nazarmu." Lalu Baginda pun duduk, dan perempuan itu mula memukul rebana.” (Ibn al-Mulaqqin dalam Tuhfah al-Muhtaj, jilid 2, halaman 583. Status Hadis: Sanadnya baik (جيد) Takhrij: Diriwayatkan oleh Ibn Hibban (4386) dengan lafaz ini, juga oleh al-Tirmizi (3690), Ahmad (23011), dan al-Baihaqi (20126) dengan makna yang hampir sama.)
HURAIAN
Al-Duff (الدُّفِّ) dengan dhammah huruf Dal, dan Tasydid pada huruf Fa’ berdasarkan sebutan yang lebih fasih dan masyhur. Diriwayatkan juga dengan Fathah huruf Dal, merujuk kepada sesuatu yang dipukul (untuk menghasilkan bunyi). Ia dterjemahkan sebagai Rebana. Al-Mula ‘Ali al-Qari dalam Mirqah al-Mafatih 9/3902 menyatakan ia adalah rebana yang digunakan pada zaman dahulu. Adapun rebana yang dilengkapi dengan lonceng (dari lingkaran besi), ia dianggap makruh secara kesepakatan ulama.
Pada hadis ini terdapat dalil bahawa menunaikan nazar yang mengandungi ibadah adalah wajib, serta kegembiraan atas kepulangan Nabi ﷺ adalah suatu bentuk ibadah. Hal ini terutamanya apabila kepulangan tersebut berasal dari peperangan yang mengancam nyawa. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa memukul rebana adalah dibenarkan.
Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah dinyatakan 38/169:
الدُّفُّ فِي اللُّغَةِ: هُوَ الَّذِي يُلْعَبُ بِهِ، وَقَدْ عَرَّفَهُ بَعْضُ الْفُقَهَاءِ بِالطَّارِ أَوِ الْغِرْبَال وَهُوَ الْمُغَشَّى بِجِلْدٍ مِنْ جِهَةٍ وَاحِدَةٍ، سُمِّيَ بِذَلِكَ لِتَدْفِيفِ الأَْصَابِعِ عَلَيْهِ، وَقَال بَعْضُ الْمَالِكِيَّةِ: الدُّفُّ هُوَ الْمُغَشَّى مِنْ جِهَةٍ وَاحِدَةٍ إِذَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ أَوْتَارٌ وَلاَ جَرَسٌ، وَقَال غَيْرُهُمْ وَلَوْ كَانَ فِيهِ أَوْتَارٌ لأَِنَّهُ لاَ يُبَاشِرُهَا بِالْقَرْعِ بِالأَْصَابِعِ
"Adapun duf dari segi bahasa: ia adalah alat yang dimainkan (dipalu). Sebahagian fuqaha’ mentakrifkannya sebagai al-Ṭār (sejenis rebana) atau Ghirbāl yang ditutup dengan kulit pada satu bahagian sahaja. Ia dinamakan demikian kerana jari-jari diketukkan di atas permukaannya. Sebahagian ulama mazhab Maliki berkata: Duf ialah alat yang ditutup dengan kulit pada satu sisi sahaja, selagi mana tidak terdapat tali ataupun loceng padanya. Dan ada pula yang berpendapat: Duf tetap dianggap duf meskipun mengandungi tali, kerana ia tidak diketuk secara langsung pada tali-tali itu dengan jari-jari."
Al-Mula ‘Ali al-Qari ketika menghuraikan perkataan hamba wanita tersebut: “…aku akan memukul rebana di hadapanmu dan menyanyi..” berkata:
دَلِيلٌ عَلَى أَنَّ سَمَاعَ صَوْتِ الْمَرْأَةِ بِالْغِنَاءِ مُبَاحٌ إِذَا خَلَا عَنِ الْفِتْنَةِ
“Ini adalah dalil bahawa mendengarkan suara wanita yang menyanyi adalah harus, selagi ia tidak membawa kepada fitnah”
‘Abd al-Haq al-Dihlawi dalam Lama‘at al-Tanqih FI Syarh Mishkah al-Masabih 9/619 menyebut:
وقوله: (إن كنت نذرت فاضربي) أمرها ﷺ بوفاء نذرها؛ لأن الوفاء به واجب، وقد تقرر أن النذر لا يكون إلا ما هو من جنس الطاعة والقربة، وذلك مذهب الأئمة، وعندنا يكفي كونه مباحًا، والنذر عندنا إيجاب المباح، وأما بالمعصية فلا يجوز بالاتفاق، فدل الحديث على إباحة ضرب الدف بل على كونه مستحبًّا وهو هنا كذلك؛ لأن السرور بمقدمه ﷺ وسلامته قربة، ودل أيضًا أن سماع أصوات النساء بالغناء مباح إذا خلا عن فتنة، كذا قالوا.
"Sabda baginda: (Jika engkau bernazar, maka palulah [duf]) — Baginda ﷺ memerintahkannya untuk menunaikan nazarnya kerana menunaikan nazar itu wajib. Telah diperakui bahawa nazar tidak berlaku kecuali terhadap perkara yang berupa ketaatan dan mendekatkan diri (kepada Allah), dan ini adalah mazhab para imam. Namun, menurut mazhab kami (Hanafi), memadai jika perkara yang dinazarkan itu suatu yang harus (mubah), kerana nazar menurut kami ialah mewajibkan perkara yang harus. Adapun bernazar terhadap maksiat, maka tidak dibenarkan menurut kesepakatan ulama. Maka hadis ini menunjukkan keharusan memalu duf, bahkan menunjukkan ia dianjurkan, dan dalam konteks hadis ini memang begitu, kerana bergembira atas ketibaan Rasulullah ﷺ dan keselamatan Baginda adalah satu bentuk ibadah. Hadis ini juga menunjukkan bahawa mendengar suara wanita yang menyanyi itu adalah harus jika tiada unsur fitnah, demikian yang telah dikatakan oleh para ulama."
Al-Mula ‘Ali al-Qari juga menukilkan perkataan Fadhlullah bin Hasan al-Turibisytiy التُّورِبِشْتِيُّ (W661H) yang berkata:
وَإِنَّمَا مَكَّنَهَا ﷺ مِنْ ضَرْبِ الدُّفِّ بَيْنَ يَدَيْهِ لِأَنَّهَا نَذَرَتْ فَدَلَّ نَذْرُهَا عَلَى أَنَّهَا عَدَّتِ انْصِرَافَهُ عَلَى حَالِ السَّلَامَةِ نِعْمَةً مِنْ نِعَمِ اللَّهِ عَلَيْهَا، فَانْقَلَبَ الْأَمْرُ فِيهِ مِنْ صَنْعَةِ اللَّهْوِ إِلَى صَنْعَةِ الْحَقِّ، وَمِنَ الْمَكْرُوهِ إِلَى الْمُسْتَحَبِّ، ثُمَّ إِنَّهُ لَمْ يَكْرَهْ مِنْ ذَلِكَ مَا يَقَعُ بِهِ الْوَفَاءُ بِالنَّذْرِ، وَقَدْ حَصَلَ ذَلِكَ بِأَدْنَى ضَرْبٍ، ثُمَّ عَادَ الْأَمْرُ فِي الزِّيَادَةِ إِلَى حَدِّ الْمَكْرُوهِ، وَلَمْ يَرَ أَنْ يَمْنَعَهَا لِأَنَّهُ لَوْ مَنَعَهَا ﷺ كَانَ يَرْجِعُ إِلَى حَدِّ التَّحْرِيمِ، فَلِذَا سَكَتَ عَنْهَا وَحَمِدَ انْتِهَاءَهَا عَمَّا كَانَتْ فِيهِ بِمَجِيءِ عُمَرَ اهـ.
"Dan sesungguhnya Nabi ﷺ membenarkan wanita tersebut untuk memukul rebana di hadapan baginda kerana dia telah bernazar. Nazar tersebut menunjukkan hamba wanita itu menganggap kepulangan Nabi ﷺ dalam keadaan selamat sebagai satu nikmat dari Allah kepadanya. Oleh itu, perkara tersebut berubah daripada perbuatan yang biasanya dianggap sebagai hiburan kepada perbuatan yang benar, dan daripada yang makruh kepada yang dianjurkan. Namun, Nabi ﷺ tidak menghalang dari tindakan tersebut kerana ia adalah sebahagian dari menunaikan nazar, dan hal itu dapat dicapai dengan pukulan yang sedikit. Kemudian, perkara tersebut kembali kepada keadaan yang makruh apabila berlaku penambahan, dan Nabi ﷺ tidak melarangnya kerana jika baginda melarang, perbuatan itu akan menjadi tahap haram. Oleh itu, baginda membiarkannya dan memuji wanita tersebut kerana berhenti daripada perbuatan yang berlebihan dengan kedatangan Umar."
Apabila Umar RA masuk, wanita itu segera menyembunyikan rebananya ke bawah punggungnya, dan duduk di atasnya kerana takut Umar akan melihatnya. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan takut kepadamu, wahai Umar." Ini kerana kekuatan iman yang tertanam dalam diri Umar RA, keteguhan beliau dalam menegakkan kebenaran dan menjaga batasan-batasan Allah SWT, menyebabkan syaitan lari dan takut daripadanya. Ada yang mengatakan bahawa Nabi SAW menyebut ini sebagai kiasan bagi menggambarkan keadaan wanita itu, yang hanya memulakan sesuatu yang pada asalnya adalah perbuatan lahw (berhibur), namun dengan kedatangan Umar RA menjadikan dia takut, kerana Umar tidak mengetahui bahawa dia itu menunaikan nazarnya. Kerana itu hamba wanita tersebut berhenti serta-merta dari terus memukul rebana. Lalu Nabi SAW membuat perumpamaan takut wanita itu dengan takutnya syaitan dengan kehadiran Umar. Kemudian Nabi SAW menjelaskan sebabnya dengan berkata: "Aku sedang duduk dan wanita itu memukul rebana, kemudian masuk Abu Bakar, dia masih memukul, kemudian masuk Ali, dia masih memukul, kemudian masuk Uthman, dia masih memukul, tetapi apabila engkau masuk wahai Umar, dia terus menyembunyikan rebananya."
Al-Dihlawi 9/619-620 pula berkata:
لكن الإشكال في الحديث من جهة أنه كيف قررها رسول اللَّه ﷺ على فعلها أولًا، بل أمرها بذلك، وكذلك عند دخول أبي بكر وعلي وعثمان، وسماها آخرًا شيطانًا؟ وقالوا في الجواب عن ذلك: إنها لما عدَّت انصراف رسول اللَّه ﷺ سالمًا نعمةً من اللَّه موجبًا للسرور وهو كذلك في نفس الأمر، أمرها بوفاء نذرها، وخرج من صفة اللهو إلى صفة الحق ومن الكراهة إلى الاستحباب، ولكن ذلك كان يحصل بأدنى الضرب، فلما ازداد عاد إلى حد المكروه وصادف ذلك مجيء عمر، فقال ما قال إشارةً إلى منع الزيادة منه والإكثار، وفعله من غير ضرورة، ولم يمنعها صريحًا لئلا يرجع إلى حد التحريم،...
"Namun, timbul persoalan pada hadis ini dari sudut bagaimana Rasulullah ﷺ membiarkan perbuatan wanita tersebut (memalu duf) pada awalnya, bahkan Baginda memerintahkannya (sebagai menunaikan nazar), begitu juga ketika kedatangan Abu Bakar, ‘Ali dan ‘Uthman, tetapi akhirnya Baginda menyebutnya sebagai ‘syaitan’? Para ulama menjawab persoalan ini: Apabila wanita itu menganggap kepulangan Rasulullah ﷺ dalam keadaan selamat sebagai satu nikmat daripada Allah yang membawa kegembiraan dan memang demikian halnya, maka Baginda memerintahkannya menunaikan nazarnya. Lalu perbuatan itu berpindah daripada sifat hiburan atau permainan (lahw) kepada sifat kebenaran (haq), dan daripada makruh kepada dianjurkan. Namun, tujuan itu boleh dicapai dengan paluan yang sederhana. Apabila ia berlebihan, maka ia kembali kepada batas makruh, dan kebetulan ia berlaku ketika ketibaan ‘Umar, maka Baginda pun berkata sebagaimana disebut, sebagai isyarat untuk mencegah apa-apa yang berlebihan dan berterusan dalam perbuatan itu yang dilakukan tanpa keperluan. Baginda tidak melarang secara jelas agar tidak sampai kepada hukum haram. Adapun perbuatan Baginda membiarkan dua hamba wanita memalu duf pada hari-hari Mina tanpa menetapkan tempoh akhirnya — yang kelihatan seperti berterusan — adalah kerana hari-hari itu merupakan hari raya. Maka, situasi-situasi tersebut berbeza; ada yang mengharuskan ia diteruskan, dan ada yang tidak mengharuskannya. Hal ini disebut oleh al-Turbishti dan dinukil oleh al-Tayyibi — maka renungkanlah."
Daripada Abdullah bin Amr RA, katanya:
أنَّ امرأةً، أتتِ النَّبيَّ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ فقالَت: يا رسولَ اللَّهِ، إنِّي نذَرتُ أن أضربَ على رأسِكَ بالدُّفِّ، قالَ: أوفي بنذرِكِ قالت: إنِّي نذرتُ أن أذبحَ بمَكانِ كذا وَكَذا، مَكانٌ كانَ يذبحُ فيهِ أَهْلُ الجاهليَّةِ، قالَ لصَنمٍ: قالت: لا، قالَ: لوثَنٍ، قالت: لا، قالَ: أوفي بنذرِكِ
Seorang wanita datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah bernazar untuk memukul rebana di hadapanmu." Maka Baginda SAW bersabda: "Tunaikanlah nazarmu." Kemudian wanita itu berkata lagi: "Aku juga telah bernazar untuk menyembelih (korban) di suatu tempat sekian-sekian," iaitu tempat yang dahulunya digunakan oleh orang-orang jahiliah untuk menyembelih. Maka Nabi SAW bertanya: "Adakah (tempat itu) untuk berhala sanam?" Wanita itu menjawab: "Tidak." Baginda bertanya lagi: "Adakah untuk berhala berhala wathan?" Wanita itu berkata: "Tidak." Maka Nabi SAW bersabda: "Tunaikanlah nazarmu." (Al-Albani menilai hadis ini sebagai sahih dalam Abu Dawud, hadis no. 3312. Takhrij: Diriwayatkan oleh Abu Dawud (3312), dan al-Baihaqi (20596)
HURAIAN
Nazar ialah seseorang mewajibkan ke atas dirinya untuk melakukan sesuatu amal kebaikan kerana Allah. Nazar itu wajib ditunaikan, selagi tidak mengandungi maksiat kepada Allah.
Dalam hadis ini terdapat bukti yang menunjukkan perbuatan wanita tersebut bukanlah satu maksiat jika dilakukan dalam konteks kegembiraan yang dibenarkan syarak, seperti sambutan kepulangan Baginda dalam keadaan selamat, yang juga menggembirakan orang beriman sekaligus menyakitkan hati musuh.
Selain itu, wanita itu juga telah bernazar untuk menyembelih binatang di tempat tertentu yang merupakan lokasi penyembelihan kaum jahiliah pada zaman dahulu. Lalu Nabi SAW bertanya: "Adakah kerana berhala?" iaitu baginda bertanya apakah golongan jahiliyyah dahulu menyembelih di situ kerana keberadaan berhala di tempat tersebut? Atau apakah kamu (baginda maksudkan kepada wanita tersebut) hendak menyembelih haiwan tersebut kerana niatkan untuk berhala? Wanita itu menjawab: "Tidak."
Baginda bertanya lagi: "Kerana berhala wathan?" Wanita itu menjawab: "Tidak." Nabi SAW akhirnya bersabda: "Kalau begitu, tunaikanlah nazarmu."
"Soalan daripada Nabi ﷺ adalah untuk mengetahui sama ada wanita itu melakukan perbuatannya dengan masih menyimpan kepercayaan jahiliah, atau dia melakukannya kerana Allah. Adapun ‘wathan’ (berhala), ada yang mengatakan ia adalah ṣanam (patung), dan soalan itu berbentuk penegasan. Ada juga yang berkata bahawa wathan ialah sesuatu sembahan yang tidak berbentuk seperti batu-batu, manakala ṣanam ialah sesuatu yang berbentuk seperti manusia atau selainnya.
Wanita itu menjawab: “Tidak”, yakni aku tidak bernazar kepada berhala)’. Maka Baginda ﷺ bersabda: ‘Tunaikan nazarmu’, yakni: laksanakanlah.
Hadis ini menunjukkan bahawa wajib menunaikan nazar selagi ia tidak mengandungi perkara yang diharamkan secara syarak."