SDI 1884: Berselawat Ke Atas Nabi SAW Ketika Terlupa Sesuatu

Soalan:

Ustaz, adakah berselawat ke atas Nabi SAW dapat membantu seseorang mengingati semula perkara yang telah dilupainya? Dan apakah hukumnya?

Jawapan:

Antara perkara yang boleh membantu seseorang mengingati sesuatu yang dilupainya ialah berselawat ke atas Nabi . Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan beberapa ulama lain menyebut bahawa selawat ke atas Nabi dapat membantu seseorang untuk mengingat semula perkara yang dilupainya dan ia termasuk perkara yang disyariatkan.

Dalam kitab Jalā’ al-Afhām fī Fal al-Ṣalāh wa al-Salām ‘alā Muammad Khayr al-Anām oleh Ibn al-Qayyim disebut:

فصل: الموطن الثاني والثلاثون من مواطن الصلاة عليه صلى الله عليه وسلم: إذا نسي الشيء، أو أراد ذكره، ذكره أبو موسى المديني، وروى فيه من طريق محمد بن عتاب المروزي، حدثنا سعدان بن عبدة أبو سعيد المرزوي، حدثنا عبيد الله بن عبد الله العتكي، أنبأنا أنس بن مالك، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا نسيتم شيئاً فصلوا علي، تذكروه إن شاء الله. قال الحافظ: وقد ذكرناه من غير هذا الطريق في كتاب الحفظ والنسيان

“Fasal; Tempat (keadaan) ke-32 yang dianjurkan untuk berselawat ke atas baginda : (iaitu) apabila seseorang lupa sesuatu, atau ingin mengingat sesuatu. Ini disebut oleh Abu Musa al-Madini, dan beliau meriwayatkan melalui sanad Muhammad bin ‘Attab al-Marwazi (katanya), menceritakan kepada kami Sa’dan bin ‘Abadah, Abu Sa‘id al-Marzawi, (katanya) menceritakan kepada kami ‘Ubaid Allah bin Abdullah al-‘Ataki (katanya) menceritakan kepada kami Anas bin Malik, katanya: bahawa Rasulullah bersabda:إذَا نَسِيْتُمْ شَيْئاً فَصَلُّوْا عَلَيَّ، تُذَكِّرُوْهُ إِنْ شَاء الله (maksudnya:) Apabila kamu lupa sesuatu, maka berselawatlah ke atasku, nescaya kamu akan mengingatinya jika Allah menghendaki).” Kata al-āfi: “Kami telah menyebutnya melalui jalan lain dalam kitab al-if wa al-Nisyān.”

Dalam al-Mawāhib al-Ladunniyyah bil-Mina al-Muammadiyyah oleh al-Qastallani (القسطلاني) disebut:

من المواطن التي تشرع فيها الصلاة عليه- صلى الله عليه وسلم- عند نسيان الشيء؛ لحديث أبى موسى المديني، بسند فيه ضعف، عن أنس يرفعه: «إذا نسيتم شيئا فصلوا على تذكروه إن شاء الله تعالى

“Antara tempat yang disyariatkan berselawat ke atas baginda ialah ketika seseorang terlupa sesuatu, berdasarkan hadis Abu Musa al-Madini dengan sanad yang terdapat kelemahan, daripada Anas secara marfū’: إذَا نَسِيْتُمْ شَيْئاً فَصَلُّوْا عَلَيَّ، تُذَكِّرُوْهُ إِنْ شَاء الله تعالى maksudnya: Apabila kamu lupa sesuatu, maka berselawatlah ke atasku, nescaya kamu akan mengingatinya jika Allah menghendaki.

 


Cetak  
Wallahu a'lam