SDI 1178: Darjat Hadis Doa Rejab

Soalan:

Apakah doa ini sahih dr Nabi SAW?

Jawapan:

Hadis ini tidak Sahih.
Ketika Ibn Rajab menyebutnya di dlm Lata-if alMa'arif, beliau berkata:

"Diriwayatkan hadis ini drpd Abi Ismail alAnsori bahawa beliau berkata: "Tidak sahih berkaitan kelebihan Rejab melainkan hadis ini." (Kata Ibn Rajab) berkaitan perkataannya ini perlu penelitian semula, kerana sesungguhnya isnad ini padanya ada kelemahan..." (Halaman 233)

Bahkan alImam alHaithami RH dr kalangan ulama mazhab alSyafi'ie di dlm Majma' alZawa-id 2/165 hadis yg ke 3006 drpd Anas bin Malik bahawa Nabi SAW:

كَانَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ : " اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ " وَكَانَ إِذَا كَانَ لَيْلَةُ الْجُمُعَةِ قَالَ : " هَذِهِ لَيْلَةٌ غَرَّاءُ وَيَوْمٌ أَزْهَرُ

Maksudnya: "Baginda dahulu apabila masuk bulan Rejab akan berdoa: Ya Allah berkatilah utk kami dlm dalam bulan Rejab dan Syaaban, sampaikanlah kami hingga ke Ramadan " Baginda juga apabila pada malam Jumaat akan berkata: "Malam ini (Jumaat) adalah malam yg mulia dan siangnya bersinar"

Setelah itu alHaithami berkata:

رَوَاهُ الْبَزَّارُ وَفِيهِ زَائِدَةُ بْنُ أَبِي الرُّقَادِ قَالَ الْبُخَارِيُّ : مُنْكَرُ الْحَدِيثِ وَجَهَّلَهُ جَمَاعَةٌ

Maksudnya: "diriwayatkan oleh alBazzar, di dlm sanadnya ada Za-idah bin Abi alRuqad. Kata alBukhari: "Mungkar alHadis, dan dihukum sebagai rawi yg majhul oleh sekumpulan ulama hadis." Sterusnya beliau berkata: "dlm hadis (dhoief) ini terdapat petunjuk digalakkan berdoa agar dipanjangkan umur sehingga bertemu dgn masa2 yg memiliki kelebihan utk dapat melakukan amalan2 saleh di dlmnya...."

Hadis ini adalah Lemah. Maksudnya ia lemah utk dinisbahkan kpd perkataan Nabi SAW yg mulia. Namun bukan bermaksud tidak boleh berdoa dgn doa tersebut apatah lagi maksudnya amat baik. Cuma jgn nisbahkan doa itu kpd Nabi SAW dan lafaznya bukan dr baginda. 


Cetak  
Wallahu a'lam