Soalan:
Ustaz! Kami ada satu soalan yg ingin kami ajukan.
Harap dapat ustaz nyatakan status cerita ini... Kerana ianya beregar dlm masyarakat. Baru² ni ada seorg khatib menyebutnya dlm khutbah jumaat. Harap ustaz dapat memantu kami.
MAYAT DISIKSA
Pernah berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq terhadap seorang sahabat yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan dikafankan, lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disolatkan. Semasa solat hendak dimulakan, tiba-tiba mayat itu bergerak-gerak. Tampillah seorang daripada mereka untuk menghuraikan ikatan kafan kerana menyangka mayat itu masih hidup. Tatkala kafan itu terbuka, alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekorular. Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu mengucap dua kalimah syahadat serta berkata : "Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akhirat". Para hadirin bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?" Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga kesalahan iaitu, Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan malah tidak pula mengerjakan solat. Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat hartanya. Ketiga : Ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik-baik dari para alim ulama'. Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa."
Jawapan:
Kisah ini PALSU, di dlmnya jelaz mengandunhi pendustaan, antaranya:
1) apakah yg dimaksudkan dgn sahabat? Apakah sahabat Nabi? Atau sahabat Abu Bakr? Jika sahabat nabi, maka dia bertentangan dgn alquran yg memberi jaminan mereka semua tlh diredoi oleh Allah. Apakah mgkin golomgan yg diredoi oleh Allah tidak menunaikan solat dan mmbayar zakat? Jika dimaksudkan kpd sahabat Abu Bakr, maka ia brtentangan dgn hadis yg mrnceritakan mereka adlh sebaik2 manusia. Apakah sahabat Abu Bakr seorg yg tidak solat dan tidak menunaikan zakat? Semua persoalan ini mmbuktikan kepalsuan kisah tersebut.
2) Dikenakan azab yg pedih hanya krn salah satunya tidak melaksanakan perkara sunat iaitulah menjwb azan. Jika hadis ini sahih, sudah tentu tiada ulama tidak mengatakan jwb azan itu adlh sunat.