alSyeikh alSyarif Hatim bin 'Arif al'Auni
Pandangan yang mengatakan lemahnya hadis (berkaitan kelebihan) malam Nisfu Syaaban, sama ada dengan bersendirian (hadis-hadis tersebut) ataupun dengan himpunannya, maka itulah yang lebih rajih.
Kita tidak perlukan hadis seperti ini. Tali Allah (hubungan dengan Allah) sentiasa terbentang kepada setiap yang memerlukan pada setiap waktu. Bukankah Allah 'Azza wa Jall telah menyeru pada setiap (penghujung) malam: "Apakah ada yang mahu bertaubat (Aku hendak menerima taubatnya), apakah ada yang hendak memohon istighfar (Aku hendak menerima permohonannya)?" Bukankah tangan-Nya juga sentiasa penuh dengan pemberian pada malam dan siang hari (untuk para hamba-Nya memnta daripada-Nya).
Kerana itu telah sahih riwayat daripada Ibn alMubarak yang pernah ditanya tentang kelebihan pada malam Nisfu Syaaban, beliau menjawab:
يا ضعيف، كل ليلة
"Wahai seorang yang lemah, setiap malam (memiliki kelebihannya, mintalah pada malam apa juapun)."
Ya Allah, sesungguhnya kami semua tenggelan dalam kelalaian kami, selamatkanlah kami dengan tali-Mu yang teguh, kami semua tenggelam di dalam dosa kami, kuatkanlah kami (bebas daripadanya) dengan sesejuk kasih-sayang-Mu, kami menjadi korban rasa 'ujub dan riya' kami. Hidupkan kami dengan kedekatan dengan-Mu."