Soalan:
Benarkah selepas rasulullah wafat, jibril msih turun ke bumi untuk mengangkat 10 perkara, pertamanya keberkatan dan ada 9 perkara lagi yg saya tak ingat.
Jawapan:
Ada hadis yang menyebut tentang perkara itu dan disebarkan oleh sebahagian orang. Namun hàdis tersebut tergolong dalam kumpulan hadis yang tidak diketahui sumber dan asal-usulnya. Ia TIDAK ADA di dalam mana-mana kitab rujukan hadis yang menghimpunkan hadis-hadis Nabi SAW. Demikian juga dalam kitab yang menyenaraikan hadis-hadis palsu juga tidak ada menyebut hadis tersebut.
Selain itu, hadis tersebut juga bertentangan dengan fakta sebenar, antaranya:
Dikatakan hadis tersebut diriwayatkan seperti berikut:
Maksudnya: "Jibril dtg kepada Nabi SAW dlm peperangan Muktah. Lalu Nabi SAW bertanya: "wahai Jibril, apakah kamu akan masih turun selepas (kewafatan)ku?" Jawab Jibril: "Ya wahai Rasulullah. Aku akan turun sebanyak 10 kali utk mengangkat 10 mutiara dr bumi." Tanya baginda lagi: "Apa yg kamu akan angkat?" Jawab Jibril:
روي أن جبريل عليه السلام نزل على النبي صلى الله عليه وسلم في معركة مؤتة ، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم : يا جبريل ! هل تنزل بعدي ؟ فقال : نعم يا رسول الله ! أنزل عشرة مرات لرفع عشر جواهر من الأرض. فقال النبي صلى الله عليه وسلم : وما ترفع ؟ قال جبريل : الأولى أرفـع البركـة مـن الأرض .الثانية أرفع من قلوب الخلق الرحمة . والثالثة أرفع الشفقة من قلوب الأقارب .الرابعة أرفع العدل مــن الأمــراء .والخامسة أرفع الـحياء من الـنســـاء .والسادسة أرفع الـصبـر مـن الفـقـراء .والسابعة أرفع الزهـد والورع من العلماء .والثامنة أرفع السـخاء مـن الأغـنيـاء .والتاسعة أرفــع الــقـــــــرآن .والعاشرة أرفع الإيــمـــــــــان .
maksudnya: "Diriwayatkan dbahawa Jibril AS turun menemui Nabi SAW ketika peristiwa peperangan Muktah, Lalu Nabi SAW berkata kepada beliau: "Wahai Jibril apakah kamu akan terus turun ke dunia setelah kewafatanku?" Jawab Jibril: "Ya, wahai Rasulullah. AKu akan turun sebanyak 10 kali untuk mengangkat 10 perkara berharga dari bumi." Sabda Nabi SAW: "Apakah perkara itu?" Kata JIbril: "Yang pertama: aku akan mengangkat keberkatan dari bumi. Kedua: rahmat dari jantung hati manusia. Ketiga: kasih-sayang dari jantung hati sesama ahli keluarga. Keempat: keadilan dari para pemerintah. Kelima: sifat malu dari para wanita. Keenam: kesabaran dari orang-orang fakir. Ketujuh: zuhud dan warak dari para ulama. Kelapan: sifat pemurah dari jantung hati orang-orang kaya. Kesembilan: untuk mengangkat alQuran, dan Kesepuluh: mengangkat keimanan."
Kesalan fakta yang ada di dalam hadis yang tidak diketahui sumber ini, antaranya:
1. Sepakat semua ulama bahawa Nabi SAW tidak turut serta dalam peperangan Muktah. Sebaliknya baginda mengutuskan tentera yang diketuai oleh Zaid bin Harithah. Jika demikian, bagaimana hadis ini boleh menyatakan Jibril turun berjumpa dengan Nabi di Muktah?
2. Ia bertentangan dengan hadis sahih yang menyatakan perkara pertama yang diangkat dari bumi adalah khusu' dan amanah, BUKAN barakah.
Imam Tabari meriwayatkan di dalam alMu'jam alKabir 7/295 daripada Syaddad bin Aus, Rasulullah SAW bersabda:
أَوَّلُ مَا يُرْفَعُ مِنَ النَّاسِ الْخُشُوعُ
Maksudnya: "perkara pertama yang diangkat dari manusia ialah khusu'." Hadis ini dinilah sahih oleh alAlbani di dalam Sahih alJami'.
Dalam alMu'jam alSaghir pula, al-Imam al-Tabarani meriwayatkan daripada Umar bin alKhattab RA, baginda bersabda:
أَوَّلُ مَا يُرْفَعُ مِنَ النَّاسِ الْأَمَانَةُ , وَآخِرُ مَا يَبْقَى الصَّلَاةُ , وَرُبَّ مُصَلٍّ , لَا خَيْرَ فِيهِ
Maksudnya: "perkara pertama yang diangkat dari manusia adalah amanah dan yang terakhir kekal ialah solat, dan barangkali seorang yang menunaikan solatnya, tiada kebaikan padanya."