Siapa Lebih Tahu Tentang Negara Kita, Tok Syeikh Arab Atau Kita Sendiri?

Soalan:

 

Dulu ada org agama nak masuk parti politik di MALAYSIA kena rujuk ulama Mekah terlebih dahulu. Setelah mendapat "green light" (baca wahyu) dr ulama Mekah (baca ulama kami) baru kami join parti politik, kata mereka.

Ada org kata: "ulama Mekah tu tahu ker politik negara kita ni, utk layak dia nak bagi panduan? Sedangkan kita yg dok sini pun dok pening nak paham."

Tapi alhamdulillah, sehari dua ni tak dgr dah zikir mereka: "khawarij!" "anjing neraka" "wajib taat!" dan lain2 kpd org yg berbeza dgn mereka...alhamdulillah.

Cumanya seminit-dua lepas dpt berita ada pulak org besar pegang urusan agama buat benda yg sama. Merancang nak lantik org Arab luar sbg pakar rujuk alMaqasid alSyar'iyyah dalam pentadbiran di MALAYSIA.

Kesian....

Benarlah kisah "Katok Kedah vs Katok Kelantan"

Arakian diceritakan seorg Kedah duduk-duduk bersembang dgn seorg Kelantan. Tiba-tiba muncul seekor lipan. Kata org Kedah kpd org Kelantan: "katok! katok!." Jawab si Kelantan kpd si Kedah: "Buke Katok! Lipe!" Balas si Kedah: "Aku kata katok!" Jawab si Kelantan: "Lipe!"

Berterusanlah perbalahan antara mereka berdua yg menghabiskan air liur dan boreh. Tak ada sbrg manfaat. Silipan terus hidup sbg silipan, selamat dr diketuk (katok) krn perbalahan si Kedah dgn si Kelantan.

Sekarang ni entah berapa banyak pulak air liur dan boreh (baca wang) yg bakal dihabiskan. Terima kasih org2 tua, kerana memberi panduan kpd kami utk membezakan antara "wayang" dgn yg sebenarnya.

WA

Dulu ada orang agama nak masuk parti politik di MALAYSIA kena rujuk ulama Mekah terlebih dahulu. Setelah mendapat "green light" (baca wahyu) dari ulama Mekah (baca ulama kami) baru kami join parti politik, kata mereka.

Ada orang kata: "Ulama Mekah tu tahu ker politik negara kita ni, untuk layak dia nak bagi panduan? Sedangkan kita yang dok sini pun dok pening nak paham."

Tapi alhamdulillah, sehari dua ni tak dengar dah zikir mereka: "khawarij!" "anjing neraka" "wajib taat!" dan lain-lain kepada orang yang berbeza dengan mereka...alhamdulillah.

Cumanya seminit-dua lepas dapat berita ada pulak orang besar pegang urusan agama buat benda yang sama. Merancang nak lantik orang Arab luar sebagai pakar rujuk alMaqasid alSyar'iyyah dalam pentadbiran di MALAYSIA.

Kesian....

Benarlah kisah "Katok Kedah vs Katok Kelantan"

Arakian diceritakan seorang Kedah duduk-duduk bersembang dengan seorg Kelantan. Tiba-tiba muncul seekor lipan. Kata orang Kedah kepada orang Kelantan: "katok! katok!." Jawab si Kelantan kepada si Kedah: "Buke Katok! Lipe!" Balas si Kedah: "Aku kata katok!" Jawab si Kelantan: "Lipe!"

Berterusanlah perbalahan antara mereka berdua yang menghabiskan air liur dan boreh. Tak ada sebarang manfaat. Si lipan terus hidup sebagai si lipan, selamat dari diketuk (katok) kerana perbalahan si Kedah dengan si Kelantan.

Sekarang ni entah berapa banyak pulak air liur dan boreh (baca wang) yang bakal dihabiskan. Terima kasih orang-orang tua, kerana memberi panduan kepada kami untuk membezakan antara "wayang" dengan yang sebenarnya.

 


Cetak  
Wallahu a'lam