Inilah yang telah dilakukan oleh alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali pada diri dan sesiapa yang mengikutinya.
Segala pujian milik Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas insan yang diutuskan membawa rahmat ke sekelian alam, penghulu dan Nabi kita Muhammad SAW, wa ba'd.
Sesungguhnya alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali telah meletakkan beberapa usul dalam agama, dangan usul-usul itu dia pecah-belahkan kesatuan umat Islam, dia bangkitkan fitnah dalam kalangan Ahl alSunnah wa alJamaah. Tidak aku ketahui apakah pernah berlaku fitnah seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Antara usul yang direkanya itu iaitulah setiap orang yang terjebak melakukan bid'ah maka orang itu adalah pembuat bidaah (mubtadi'), seorang mubtadi' pula tidak boleh diterima perlakuan baik darinya sama-sekali, sekalipun amalan kebaikannya melebihi amalan keburukannya. Demikian juga sesiapa yang tidak menghukum bidaah seorang pembuat bidaah, maka orang itu juga seorang pembuat bidaah.
Asas yang dinyatakan oleh alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali ini, darinya boleh menjadikan dihukum bidaah alImam alBukhari penulis kitab alJami' alSahih RH dan membatalkan kitab beliau tersebut. Ini kerana alImam alBukhari telah meriwayatkan di dalam kitabnya lebih daripada 60 perawi yang terjebak dengan bidaah termasuk bidaah besar seperti bidaah khawarij, Irjaa' dan Tasyayyu'. Ini kerana neraca di sisi alImam alBukhari dan seluruh ulama hadis ialah menerima riwayat seorang yang beriman yang benar lagi hafidz sekalipun terjebak dengan bidaah.
Demikian juga asal yang direka oleh alSyeikh Rabi' bin Hadi menjadikan tertolak kitab-kitab ulama yang mensyarahkan hadis seperti alImam alNawawi, Imam Ibn Hajar dan Ibn alMulaqqin RH. Ini kerana kesemua mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang terjebak dengan bidaah takwilan dan Tasawwuf.
Disebabkan inilah sebahagian murid alSyeikh Rabi' bin Hadi ada yang membakar naskhah-naskhah kitab Fath alBari (Syarah Sahih alBukhari oleh Ibn Hajar al'Asqalani) bagi mempraktikkan asas (rekaan syeikh Rabi') ini
.
Pernah seseorang datang dan bertanya kepada alSyeikh Ibn Baz RH: "Apakah Ibn Hajar penulis kitab Fath alBari yang mensyarahkan Sahih alBukhari seorang mubtadi'?" Jawab Bin Baz: "Sesiapa yang menghukum bidaah kepada Ibn Hajar, maka orang itu adalah seorang mubtadi'."
Asas rekaan alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali dan kumpulannya, mereka telah meluaskan mafhum bidaah. Mereka telah menjadikan perbuatan mengasaskan pertubuhan kebajikan dan dakwah termasuk di dalam bidaah. Kerana itu mereka memasukkan kebanyakan umat islam ke dalam lembah bidaah. Pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan dakwah yang tersebar di dunia islam bahkan yang terdapat di negara orang kafir, kesemuanya dimasukkan ke dalam kumpulan-kumpulan sesat dalam kalangan ahli neraka.
Daku sendiri pernah berdiskusi dengan alSyeikh Rabi' sejak lebih 20 tahun lalu, ketika timbulnya pandangan beliau tentang pertubuhan-pertubuhan dakwah dan usaha menghukum batil kerja jamaah Tabligh. Setelah daku berdiskusi dengannya panjang lebar dalam persoalan ini, beliau tetap berterusan mengatakan mereka (jamaah tabligh) adalah golongan mubtadi' lagi sesat, daku bertanya kepadanya: "Apakah kamu setuju agar guru kita Ibn Baz RH menjadi hakim dalam perbalahan kita ini? Kerana aku tidak ketahui ada seorangpun dalam kalangan ulama yang mempertahankan mereka (jemaah tabligh) dan mengharapkan keberkatan dari kerja dan manhaj mereka seperti alSyeikh Bin Baz. Lalu alSyeikh Rabi' alMadkhali berkata kepadaku:
"Bin Baz bukan seorang Salafi (ya, demi Allah beliau benar-benar mengucapkan sedemikian)." Lalu aku katakan kepadanya: "Jika Ibn Baz itu bukan seorg salafi, siapakah salafi?" Lalu dia memerhatikan semula (perkataannya) dan berkata: "Beliau (Bin Baz) seorg salafi dalam persoalan selain dari jemaah dan pertubuhan." Aku berkata kepadanya: "penisbahan salafi tidak berbahagi-bahagi."
Antara asas yang mereka rekakan juga ialah mana-mana tindakan menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah menderhaka, pemimpin tidak boleh dinasihati melainkan secara sembunyi-sembunyi. Dengan asas yang rosak ini, menjadikan mereka menentang setiap pendakwah kepada Allah, mereka akan menbidaahkannya dan mentohmahnya sebagai penderhaka. Sedangkan yang sedia dimaklumi bahawa menasihati pemerintah berlaku secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan menurut kemaslahatan syar'iyyah.
Termasuk antara asas rosak yang dibangunkan alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali ialah menegakkan kaedah alWala' wa alBara' untuk hukumannya ke atas individu-individu. Sesiapa yang telah dihukum oleh Rabi' bin Hadi alMadkhali sebagai mubtadi', maka wajib ke atas semua orang memegang hukum dia tersebut dengan mengatakan orang itu adalah mubtadi'. Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum itu, dia akan dihukum sebagai bidaah dan akan dikeluarkan dari sunnah.
Asas-asas yang jauh dalam kesesatan dan kebatilan ini menghimpun banyak pengikut-pengikut sekitar alSyeikh Rabi' dan setelah mereka sandarkan kepadanya gelaran-gelaran yang hebat-hebat, antaranya "Pembawa Bendera alJarh Wa alTa'dil Zaman Ini"
Aku katakan kepadanya: "Wahai Rabi', sesungguhnya ilmu Jarh Wa Ta'dil telah tamat perlaksanaannya pada zaman kita ini. Ilmu ini disusun untuk ilmu hadis bagi mengenali siapa yang sahih riwayatnya dari Rasulillah dan siapa yang tidak sahih (riwayatnya). Ia salah satu dari ilmu-ilmu hadis. Adapun apa yang kamu semua lakukan ini terdiri dari perbuatan mencela orang dan menjajanya, mengeluarkan mereka dari Islam dan melontarkan kepada mereka dengan tuduhan bidaah bukanlah termasuk dalam ilmu jarh wa ta'dil sedikitpun, bukan juga dari ilmu hadis sama-sekali."
Akan tetapi gelaran beliau pembawa bendera jarh wa ta'dil, imam sunnah zaman ini, aku katakan: "telah menjadikan ramai orang-orang muda yang buruk (akhlaqnya) berkerumun sekitarnya, mereka menyebut perkataan-perkataannya, menggoda mereka yang muda dan berakhlak buruk sehingga memperkatakan tentang beberapa indidivu dalam kalangan ulama. Mereka mencela orang ini dan org itu. Kebanyakan yang aku jumpa dari kalangan anak-anak muda yang buruk akhlaknya ini akan berkata kepadaku: "Orang itu mubtadi' (pembuat bidaah)." Lalu aku katakn kepada mereka: "Wahai anak, apakah bidaahnya orang itu?" dia tidak mampu membuktikan sesuatupun, sebaliknya hanya perkataan orang lain yang dipindahkannya sahaja.
Anak-anak muda yang jahil ini juga telah melampau memuji Rabi' sehingga berkata: "Dia terpelihara (terjamin kebenarannya) dalam jarh wa ta'dil."
Aku pernah berkata: "Subhanal Lah al'Azim telah sampai kamu semua ini keapad kesesatan dengan menisbahkan 'ismah (keterpeliharaan) kepada seorang lelaki (Rabi' bin Hadi alMadkhali) yang tidak aku ketahui dia ada perkatakan satu perkataan yang benar lagi betul sama sekali tentang seseorg lain. Semua mereka yang pernah dipuji dan dipujanya, yang pernah dihukumkan mereka sebagai adil, melainkan dia (Rabi') juga telah menyerang mereka, menghukum bidaah dan mencela mereka dengan seburuk-seburuk celaan. Di antara mereka yang pernah dipuji oleh Rabi' alMadkhali setelah itu dicelanya pula, iaitulah seorang syeikh bernama Muhammad alHasan alMa'ribiy seorang yang 'alim dalam ilmu hadis.
Ketikamana aku bermunaqasyah dengan alSyeikh Rabi' suatu hari, bahawa ilmu jarh wa ta'dil telah terhenti (pada zaman ini)," syeikh Rabi' berkata kepadaku: "tidak (ilmu jarh wa ta'dil tidak terhenti sama-sekali), kita ada syeikh Muhammad alHasan alMa'ribiy seorang tokoh dalam ilmu Jarh wa Ta'dil (yang alim dalam permasalahan ini)."
Kemudian setelah beberapa tempoh, syeikh Muhammad alHasan alMa'ribiy berbeza pandangan dengannya dalam pembahagian-pembahagiannya terhadap orang lain, Rabi' alMadkhali mencelanya dan mencela jemaahnya dengan celaan yang tidak aku ketahui adanya seorang penuntut dari kalangan ahli ilmu atau seorang alim yang pernah dicela dengan celaan yang sama sepertimana dicelanya Muhammad alHasan alMa'ribiy sehingga mereka mencela keluarganya.
Aku katakan juga: "ketikamana zahirnya ikutan mazhab alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali, sudah tentu pengikut-pengikut mazhab yang batil ini juga akan berbeza. Ini kerana mazhab ini tertegak atas dasar menghukum bidaah seseorang dengan hanya apabila berbeza pandangan dan pendirian. Maka bermulalah sebahagian mereka menghukum bidaah sebahagian yang lain (di antara sesama mereka), melaknat sebahagian mereka sesama sendiri, mengeluarkan sesama mereka dr Ahl alSunnah wa alJamaah dan Salafi. Sehingga tidak tinggal dalam sangkaanku hari ini seorangpun dengan seorang yang lain dalam kalangan mereka, mereka akan carikkan diri mereka sendiri setelah mereka menebarkan kerosakkan, mereka menghukum bidaah umat Islam, orang agama, ahli tauhid dan ahli sunnah.
Dan hairannya, kejahatan mereka kesemuanya dikenakan terhadap ahlu sunnah sahaja. Mereka tidak membantah seorangpun ahli bidaah yang sebenarnya, sebaliknya hukuman bidaah dan cemuhan dari mereka hanya kepada ahli sunnah wal jamaah. Adapun yahudi, nasrani dan ahli bidaah yang terkeluar dari islam terselamat dari mereka. Termasuk yang menghairankan juga bahawa permusuhan mereka terhadap sebahagian yang lain, demikian juga permusuhan mereka terhadap ahli sunnah wal jamaah melampau sehingga ke tahap mengingkari hak seorang muslim atas muslim lain terdiri daripada menziarahi ketika sakit, mengiringi jenazah, memohon rahmat untuk jenazah muslim, kasih sayang, bahkan mereka gantikan kedudukan ini dengan permusuhan, kebencian, celaan dan makian. Contoh dalam perkara ini, alSyeikh Rabi' bin Hadi alMadkhali dahulunya adalah merupakan kawan, saudara dan sahabatku sepanjang 4 tahun di Universiti Islam (Madinah). Kami duduk di atas kerusi yang sama, dahulunya beliau tidak mahu duduk melainkan bersebelahan denganku. Bila aku bermusafir dari Kuwait ke Madinah, beliau adalah orang pertama yang segera menziarahiku. Apabila pemikiran ini dibangunkan dan ketikamana bermula pemikiran ini padanya, beliau mula berusaha melakukan kejahatan dalam menyakitiku, mencela dan memakiku. Mengeluarkan aku dari agama dan salafiah selama lebih 30 tahun. Beliau telah menulis 2 buah buku mencelaku. Demi Allah aku tidak ketahui yang aku ada berbeza pada keyakinan dan amalan seperti ketika mengambil ilmu di Universiti Islamiah (Madinah) melalui syeikh kami Ibn Baz, Ibn Uthaimin dan seorang alim yang mulia Mubammad Amin alSyanqiti RH kesemuanya. Aku pernah katakan kepada alSyeikh Rabi' dan orang-orang mereka yang menyerangku: "datangkan kepadaku satu bukti dari perkataan ku yang termasuk di dalam bidaah yang boleh mengeluarkan aku dari agama atau salafiah." Mereka menjawab: "(buktinya) pandangan kamu berkaitan jemaah-jemaah." Aku jawab: "Pandangan ku sama seperti pandangan Bin Baz RH, mengapa kamu semua tidak membidaahkan Bin Baz?" Mereka juga berkata: "Pandangan kamu terhadap politik." Aku jawab: "Pandanganku itu sama dengan pandangan ibn baz dan ibn uthaimin RH. Mengapa kamu semua tidak membidaahkan ibn baz dan ibn uthaimin?"
Ketikamana pemikiran-pemikiran mereka ini membawa kepada membatalkan ilmu-ilmu ahli Islam dan membidaahkan pembesar-pembesar ulama yang mereka tidak mampu buktikan, maka mereka melakukan pendustaan.
Aku memuji Allah SWT, apa yang mereka nyalakan terhadap umat islam dan ahli sunnab wal jamaah telah memakan diri mereka sendiri sebelum orang lain. Ke atas AlSyeikh Rabi' sahaja, beratus kitab yang telah ditulis mencela dan mengeluarkannya dari agama dan salafiah.
Terutamanya dari mereka yang dahulunya bersama beliau berada dalam jalan yang gelap ini. Aku memohon kepada Allah SWT agar mematikan bidaah mereka dan menolak kejahatan mereka dari umat Islam. Agar Allah mengembalikan sesiapa yang dikehendakiNya kepada kebenaran dari kalangan mereka. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah, Dialah yang cukup bagiku dan sebaik-baik tempat berserah.