Tuesday, April 1, 2008
Penilaian Semula Terhadap Dakwaan Ustaz Nuruddin
Jawapan Kepada Posting gujiks di dalam al-Ahkam.net dan Tranungkite
Oleh : Bin Sahak
Kita telah membaca posting dari gujiks, tetapi kita tidak tahu apakah sinar mentari yang dimaksudkannya. Kita merasakan ragu apakah mentari yang dimaksudkan oleh gujiks itu mentari yang sebenarnya mentari atau mentari yang menumpang cahaya lain, lebih malang cahaya yang ditumpangnya itupun tidak diketahui sumbernya.
Terima kasih kepada gujiks kerana memasukkan sanad hadith al-Musalsal bi al-Musafahah al-Mu’ammariyah. Benar kata beliau, apabila beliau memasukkan sanad hadith tersebut, kita seolah-olah terkasima. Terkasima kerana beberapa perkata :
Pertama : Kita terkesima kerana gujiks yang mendatangkan sanad hadith tersebut dalam bahasa Arab, kemudian kita pula diminta menterjemahkannya. Buku itu tidak disertakan dengan bahasa melayu ker gujiks??? Kita merasakan tidak patut jika tidak disertakan sama dengan bahasa melayu memandangkan majority yang mengambil hadith tersebut di Malaysia ini adalah orang melayu yang tidak mampu memahami bahasa Arab. Lalu mereka tidak berkesempatan menatap perkataan ulama hadith terhadap hadith tersebut.
Kedua : Kita terkasima setelah melihat sanad-sanad hadith tersebut. Kita terkasima mencari-cari apakah sebab munasabah yang membawa ustaz Nuruddin al-Banjari meriwayatkan hadith al-Musalsal bi al-Musafahah al-Mu’ammariyah itu. Malang kita tidak memporolehinya melainkan satu alasan sahaja, iaitulah untuk mengambil berkat dan berbaik sangka dengannya. Persoalan yang lebih besar bermain di fikiran kita, kita terkasima…. antum mengambil dan mengharapkan berkat dari sepotong hadith yang palsu, batil, tidak ada asal baginya dan suatu yang tidak wujud???, antum juga berbaik sangka dengan hadith yang para ulama hadith lainnya menghukumkannya sebagai batil dan palsu??? Ya ALLAH amat pelik baik sangka dan jalan mengambil berkat dari antum semua ini. Lebih malang apabila perkataan yang dikatakan sebagai perkataan ustaz Nuruddin al-Banjari itu sendiri sebenarnya bukanlah perkataan beliau. Telah berlaku pengkhianatan ilmu di sini. Kita akan buktikan pengkhianatan tersebut di bawah nanti.
Sanad-Sanad Hadith al-Musalsal bi al-Musafahah
Kesemua sanad hadith al-Musalsal bi al-Musafahah yang termuat di dalam buku ustaz Nuruddin al-Banjari yang beliau gunakan ketika menyampaikan hadith ini tidak menaikkan sama sekali darjat hadith tersebut. Walaupun beliau mendatangkan dalam bentuk riwayat yang berbagai, bersama dengan tahwilnya (huruf ح yang ada di dalam sanad menunjukkan al-Tahwil, secara mudah ia menunjukkan periwayatan pada rawi tersebut terpecah kepada dua).
Ini kerana semua sanad tersebut datangnya dari individu atau rawi yang satu, iaitu yang telah dituduh oleh para ulama hadith sebagai dusta, pembohong, dajjal dan seumpamanya. Rawi tersebut ialah al-Mu’ammar. Rawi atau periwayat yang bernama Mu’ammar inilah yang mendakwa dia telah bersalam dan mengambil hadith tersebut dari Nabi saw. Saya tegaskan sekali lagi bahawasanya banyaknya rantaian sanad tidak dapat mengangkat darjat sesuatu hadith, jika semua sanad tersebut datang dari seorang rawi atau periwayat yang di tuduh dusta. Ini suatu yang diketahui oleh semua yang mempelajari hadith.
Pengkhianatan Dalam Buku Ustaz Nuruddin al-Banjari
Seperti yang saya sebutkan di atas, jika berpandukan posting dari gujiks, terdapat pengkhianatan atau tindakan tidak amanah di dalam buku ustaz Nuruddin al-Banjari (محمد نور الدين مربو البنجرى المكى و الأحاديث المسلسلة), iaitulah pada point :
ثم أقول (محمد نور الدين مربو البنجرى ) : إن تلك المصافحة وان لم يجزموا بصحتها . وكل المحدثين أوجلهم على إبطالها والطعن فيها فلا وجه للجزم بعدم الصحة أيضآ . بناء على حديث انخرام القرن بتصريح جمع انه عام أريد به الخصوص . بتفسير لا يشمل الخضر، والمعمر ، وشمهورش الجنى وغيرهم من المنظرين .
فلا بأس بناء على تحسين الظن بذكرها واسناد طرقها للتبرك . إنتهى

Perkataan ini didakwa daripada ustaz Nuruddin al-Banjari sebagai ulasan beliau setelah menyertakan komentar para ulama hadith terhadap hadith al-Musalsah bi al-Musafahah tersebut. Ulasan yang dikatakan dari ustaz Nuruddin ini lebih kurang bermaksud :
“Kemudian aku (iaitu Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari) berkata: Sesungguhnya hadith-hadith tentang al-Musafahah ini, sekalipun tidak dipastikan kesahihannya. Dan setiap Muhaddithin (para ulama hadith) atau kebanyakan mereka (menghukumkan) atasnya sebagai BATIL dan MENCERCANYA, akan tetapi tidak dalam bentuk kepastian ketiadaan kesahihannya juga. Berdasarkan hadith “Inkhiram al-Qarn” yang menjelaskan merangkumi semua, bahawasanya ia adalah am yang membawa maksud khusus. Dengan penafsiran tidak termasuk al-Khidr (Nabi Khidr), al-Mu’ammar (rawi hadith al-Musalsal bi al-Musafahah) dan Syamhurish dari kalangan jin dan selain mereka yang dipanjangkan umurnya. Maka tidak mengapa berdasarkan atas sangkaan baik dengan menyebutnya beserta sanad dan jalan-jalannya untuk mengambil berkat”
PERKATAAN INI SEBENARNYA BUKANLAH ULASAN DARI USTAZ NURUDDIN AL-BANJARI. SEBALIKNYA IA ADALAH ULASAN ATAU PERKATAAN IBN al-TAYYIB (ابن الطيب) atau nama sebenarnya (شمس الدين محمد بن الطيب الفاسي المغربي المدني) Syam al-Din Muhammad bin al-Tayyib al-Fasi al-Maghribi al-Madani, lahir 1110 dan meninggal 1170 H di Madinah. (Lihat al-Muqizah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith, ms 105). Perkataan ini diciplak 100% dari buku al-Fadhl al-Mubiin fi al-Musalsali min hadith al-Nabiy al-Amin (الفضل المبين في المسلسل من حديث النبي الأمين) yang dimuatkan diruangan ta’lik oleh Maulana Muhammad ‘Aasyiq ilahi Baland Syahri (مولانا محمد عاشق الهي بلند شهري), m.s. 203, edaran Dar al-Kitab Deoband atau perkataan tersebut di ambil dari kitab al-Musalsalat susunan Ibn Tayyib itu sendiri.
Kita tidak tahu siapakah yang tidak amanah dalam membuat petikan ini. Samaada gujiks sebagai orang yang menukilkan dari Ustaz Nuruddin ataupun Ustaz Nuruddin sendiri yang tidak amanah menukilkan perkataan Ibn Tayyib di dalam buku tersebut lalu mendakwa perkataan itu adalah perkataannya. Yang jelas penyelewengan telah berlaku. Hanya gujiks dan ustaz Nuruddin sahaja yang tahu hakikat penyelewengan ini. Kepada ALLAH kembali semua urusan.
Perkataan Ibn al-Tayyib di atas yang dinukilkan secara tidak amanah, menyebut hadith Inkhiram al-Qarn iaitu sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abdullah bin Omar :
صلى بنا النبي صلى الله عليه وسلم العشاء في آخر حياته ، فلما سلم قام ، فقال : أرأيتكم ليلتكم هذه ، فإن رأس مائة سنة منها ، لا يبقى ممن هو على ظهر الأرض أحد
Maksudnya: “Telah bersembahyang Isyak bersama kami Nabi saw ketika penghujung hayat baginda, setelah beginda memberi salam, baginda bangun lalu bersabda : “Apakah kamu semua melihat malam ini ? Sesungguhnya tidak akan kekal (hidup) di atas muka bumi seseorang lebih dari 100 tahun.”
Dari hadith ini Ibn al-Tayyim mendakwa hadith ini am yang membawa maksud khusus. Lalu dia mengecualikan beberapa orang seperti Khidr, al-Mu’ammar (periwayat hadith al-Musalsal bi al-Musafahah) dan Jin yang bernama Shamhurish. Beliau mendakwa mereka ini adalah orang-orang yang hidup lebih daripada 100 tahun.
Sebenarnya peribadi rawi yang bernama al-Mu’ammar ini adalah satu peribadi yang misteri sehingga ada yang mengatakan dia hidup sehingga 400 tahun. Al-Imam Ibn Hajar di dalam al-Isobah berkata :
“al-Mu’ammar seorang yang direka namanya oleh pendusta-pendusta daripada Maghribi…” Ibn Hajar menyambung : “Dia ini dari jenis ratan (رتن)…”
Al-Imam al-Zahabi di dalam Mizan al-I’tidal seperti yang dinakalkan oleh Maulana Muhammad ‘Aasyiq ilahi Baland Syahri berkata tantang rotan :
“Ratan al-Hindi, dan apakah yang kamu tahu tentang Ratan ? (dia ialah) SYEIKH DAJJAL tanpa ragu, zahir selepas 600 tahun (kematian Nabi saw), lalu mendakwa bersahabat (dengan Nabi saw)” (Juz 2, ms. 450)
Demikian juga rawi yang mengambil hadith al-Musalsal bi al-Musafahah dari al-Mu’ammar ini yang bernama Abu ‘Abbas al-Mulaththam (أبو العباس الملثم). Al-Sya’rawi di dalam Tabaqatnya berkata :
“Dan telah berbeza pendapat (ulama) tentang umurnya (Abu ‘Abbas al-Mulattham) : (sebahagian mengatakan) sesungguhnya dia dari kaum Nabi Yunus as. Dan berkata pula yang lain, bahawasanya ia telah melihat al-Imam al-Syafie dan pernah bersembahyang belakangnya… berkata pula muridnya Abd al-Ghaffar al-Qusi, aku bertanya tentang umurnya, katanya : “LEBIH KURANG 400 TAHUN.” (al-Fadhl al-Mubin fi al-Musalsal… ms. 201)
Inilkah rupanya peribadi rawi yang diharapkan keberkatan dari hadith yang diriwayatkannya ??? dua peribadi misteri, dikatakan hidup beratus-ratus tahun.
Bantahan Terhadap Perkataan Ibn al-Tayyib
Setiap orang yang membaca secara sedar, penuh dengan rasa sayangkan agama, cinta kepada Nabi saw, pasti akan mendapati perkataan Ibn al-Tayyib di atas yang dikatakan sebagai perkataan ustaz Nuruddin al-Banjari mengandungi kesalahan yang amat ketara. Antaranya :
Pertama : Perkataan tersebut memusnahkan kaedah-kaedah yang disusun oleh para ulama hadith untuk memelihara hadith Nabi saw.
Bayangkan bagaimana boleh terjadi hadith al-Musalsal bi al-Musafahah yang telah dihukumkan oleh sekian banyak ulama hadith sebagai palsu, batil, tidak ada asal baginya, periwayatya dajjal dan seumpamanya boleh dikatakan tidak menafikan akan kesahihan hadith tersebut ? Perkataan apakah ini ?
Jika kita menerima perkataan Ibn al-Tayyib ini, bermakna semua hukuman hadith yang dilakukan oleh para ulama tidak memberi manfaat lagi. Semua orang boleh membuat dakwaan bahawa setiap hadith yang telah dihukumkan sebagai palsu oleh para ulama tidak pula menafikan kesahihannya. Maka manusia akan mengambil semua orang bebas mensahih dan memalsukan sesuatu hadith.
Kedua : Membuka pintu kepada sikap bermain-main dengan agama.
Islam dan amalannya dibina berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Untuk memastikan sesuatu hadith itu sahih atau sebaliknya, para ulama telah menyusun kaedah penapisan dan kajian yang terbukti berjaya memelihara hadith Nabi saw dari dipalsukan. Dari kaedah tersebut dapat dibezakan juga hadith-hadith yang sahih dan hasan dari yang lainnya, perkataan Nabi saw dari perkataan lainnya. Jika sesuatu hadith yang telah dihukumkan dengan jelas oleh para ulama hadith sebagai hadith yang palsu, bagaimanakah ada individu lain mengatakan ketiadaan kesahihan hadith tersebut masih belum dipastikan ? manakah bentuk jalan mendapatkan kepastian di sisi mereka ? Apakah golongan ini menganut fahaman yang sama seperti golongan sesat yang mendakwa mereka mendapat ilham terus dari ALLAH swt untuk memastikan kesahihan atau kelemahan sesuatu hadith ? Hanya ALLAH yang memberi pentunjuk ke jalan yang lurus.
Menyebut Hadith al-Musalsal bi al-Musafahah al-Mu’ammariyah Untuk Tabarruk (Mengambil berkat)
Urusan tabaruk atau mengharapkan berkat sesuatu perkara dikembalikan kepada ALLAH dan Rasul. Jika ada isyarat atas keberkatan sesuatu perkara tersebut dari ALLAH dan Rasul, maka kita mengharapkan keberkatan darinya.
Dalam persoalan hadith al-Musalsal bi al-Musafahah al-Mu’ammariyah yang telah dihukumkan sebagai palsu dan batil oleh para ulama, bagaimana hendak mengharapkan berkat darinya ? dari jalan manakah keberkatan itu datang ?
Tidak dapat diterima langsung dari sudut agama dan akal yang waras menganggap keberkatan boleh diperolehi dari sesuatu pembohongan apatah lagi pembohongan atas Nama Nabi saw. Jangan untuk mengharapkan keberkatan dari perbuatan ini sebaliknya kemurkaan dari ALLAH yang mereka tempah. Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah berkata :
“TIADA KEBERKATAN bagi pendustaan dan pembohongan (hadith ini) ke atas Nabi saw tidak dikira ibadat menulis cerita dongeng ini melainkan dengan niat untuk memusnahkannya”. (m.s. 273, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Damsyik).
Berkenaan berbaik sangka dengan hadith tersebut al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah berkata :
“Sepatutnya juga aku tunjukkan di sini, bahawa adanya beberapa pemilik-pemilk al-Athbaat wal Mursalsalaat, dari orang yang aku nakalkan daripada mereka, yang berpendapat akan keharusan orang-orang seperti al-Mu’ammar, Abi Sa’id al-Habashi, Ratan (maksudnya seperti yang telah diterangkan di atasi) dan Shamhurish yang berbangsa jin untuk menjadi sahabat (nabi saw). (pendapat yang mengatakan) keharusan ini adalah BATIL, tidak berdasarkan dalil yang sahih. Bahkan alasan untuk meluaskan ruang berbaik sangka yang digunakan oleh mereka adalah tertolak disebabkan telah tertegaknya dalil sahih yang menyalahinya (pendapat mereka)” (Zofar al-Amani, ms 276)
Seperti yang saya sebut dalam tulisan saya yang pertama dalam isu ini, al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah yang saya nakalkan perkataannya di atas bukanlah seorang tokoh dari aliran salafi. Sebaliknya beliau beraqidah dengan aqidah Asya’irah, sentiasa tidak sependapat dengan al-Syeikh Nasiruddin al-Albani, demikian juga beliau sentiasa memuji gurunya al-Kauthari yang telah menyesatkan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah.
Mari kita lihat apa pula kata al-Kauthari yag telah menyesatkan Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah terhadap hadith al-Musalsal bi al-Musafahah al-Mu’ammariayh ini. Kata al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah :
“Semoga ALLAH merahmati syeikh kami al-Imam al-Kauthari, apa yang telah diusahakannya untuk memelihara sunnah dari dimasukkan sesuatu yang bukan darinya. Sesungguhnya (al-Kauthari) telah mengambil janji atas setiap yang mengambil ijazah darinya untuk mereka menjauhi dari al-Musalsal ini (al-Mursalsalat al-Mu’ammariyah) dan yang seumpama dengannya dari berita-berita BATIL, KHURAFAT YANG DIREKA. Dia (al-Kauthari) berkata pada pembukaan kitabnya (ثبته) yang dinamakan sebagai al-Tahrir al-Wajiz fima yabtaghihi al-Mustajiz dalam muka surat 4 dari cetakan yang pertama dan muka surat 7 cari cetakan yang kedua (katanya) :
“……. Aku ijazahkannya untuk dia riwayatkan dari ku….., untuk dia mengambil kira syarat pengthabitan dan ketepatan dalam semua yang dia riwayatkannya dari aku, tanpa dia meriwayatkan sesuatu dengan jalan ku dari jin-jin, dari orang-orang yang menyangka mereka hidup lama (al-Mu’ammarin), dan dari sikap mengambil mudah kebanyakan pemilik-pemilik al-Athbaat kesemuanya, dengan alasan untuk mengharapkan berkat. Akan tetapi (yang sebenarnya) tiada keberkatan (walau) dengan sanad yang ‘Ali dari jalan yang padanya ada celaan. Dan maha suci ALLAH, kita memohon untuk DIA memelihara kita daripada sebab yang membawa kebinasaan, dan menghidayahkan kita jalan yang lurus.”
Sambung al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah : “Sesungguhnya rahimahullah (al-Kauthari) telah menulis satu kitab yang dia himpunkan di dalamnya al-Mu’ammarin (orang-orang yang mendakwa umurnya panjang), sebagai memberi peringatan dari terjebak menerima riwayat mereka dan bergembira dengannya seperti sebahagian orang-orang yang mengambil mudah dan orang-orang (yang mengambil mudah dalam urusan) mengharapkan berkat. Dia (al-Kauthari) menamakan kitabnya itu sebagai (عتب المغترين بدجاجلة المعمرين – (maksudnya) Cercaan Kepada Orang-Orang Yang Terpedaya Dengan Kedajalan al-Mu’ammarin) yang tidak dicetak. Sila lihat taklik ku (Abdul Fattah Abu Ghuddah) kepada al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’ oleh al-’Allamah ‘Ali al-Qari fi Butlaan (al-Musafahaat al-Musalsalah bi al-Mu’ammarin) 269 – 271.” (Zohar al-Amani, ms. 277)
Inilah petikan kata-kata dari Abdul Fattah Abu Ghuddah dan gurunya al-Kauthari sebagai jawapan kepada mereka yang memejamkan mata dari melihat sesuatu kebenaran itu sebagai kebenaran walau dari mana sahaja kebenaran itu datang. Kita memohon kepada ALLAH swt supaya menjauhkan kita dari sikap buruk menganggap kebenaran itu hanya darang dari puak sendiri sahaja.
Penutup
Kami telah usahakan sedaya yang termampu untuk menjelaskan semua perkara ini dengan tujuan yang satu iaitulah memelihara sunnah Nabi saw dari dipermain-mainkan. Kami menyeru juga kepada semua para penuntut ilmu supaya sama-sama kita memperbaharui azam membela sunnah Nabi saw dari dirosak dan dicemari kekarutan.