Kenyataan Para Ulama Tentang Kepalsuan Dakwaan Kubur Nabi Hud AS Berada di Hadramaut, Yaman

 

  1. Sejarawan Hadramaut bernama Muhammad bin ‘Abd al-Qadir Ba Mutarrif:

أمَّا القبر الذي يعتقده بعض الحضارمة أنه قبر هود عليه السلام، فهو في حقيقته مُخالفٌ للروايات الأخبارية القديمة، ومنها رواية الأصبغ والهمداني

Maksudnya:  “Adapun kubur yang dipercayai oleh sebahagian orang Hadramaut sebagai kubur Nabi Hud AS, sebenarnya bersalahan dengan riwayat-riwayat sejarah lama, antaranya menyalahi riwayat al-Ashbagh dan al-Hamdani.”  

Beliau juga berkata:

وقد زرت القبر المزعوم سنة 1954م فألفيته عبارة عن كوم مستطيل من الحجارة الصغيرة طوله اثنان وتسعون قدما، وارتفاعه في بعض جوانبه حوالي أربعة أقدام، ويقع في سفح جبل إلى الشرق من بئر برهوت (نسبة إلى البراهيت الحميريين) فلا كثيب أحمر، ولا كهف مشرف مما ذكره الأصبغ بن نباتة ونقله عنه الهمداني

Maksudnya:  “Daku pernah menziarahi kubur yang didakwa tersebut pada tahun 1954 masihi, dan mendapati ia merupakan timbunan longgokan batu-batu kecil yang memanjang pada ukuran 92 kaki, ketinggian sebahagian sisinya mencecah empat kaki. Ia terletak di kaki bukit sebelah timur dari telaga Barhut (nibah kepada Barahit Hamyariyyin), tiada himpunan pasir merah, tiada juga gua yang dimuliakan seperti yang disebutkan oleh al-Asbagh bin Nabatah, yang dinukilkan oleh al-Hamdani.” (al-Sufiyyah Fi Hadramaut, hal: 844)    

  1.  al-Syeikh Muhammad bin ‘Ali Ba Fadhal al-Hadrami (w1404H) berkata:

زيارة أهالي تريم وسيون وغيرهم للقبر الذي يُقال بأنه لنبيِّ الله هود عليه السلام فعادةٌ صوفية، وهودٌ هو نبيُّ عادٍ، وعاد أول أُمَّةٍ بعد قوم نوح، وتاريخهم مجهول. وأما التسليم على الأنبياء بعد الوقوف على البئر لاعتقادهم بأنَّ أرواح الأنبياء فيها، فأمرٌ يدعو إلى العجب والاستغراب؟؟ ومن أين لهم العلم بأن أرواح الأنبياء حُشرت فيها، وبحقٍ أقول: بأن القوم لا يتبعون في ذلك إلا الظنَّ الخاطئ، وإلا التقليد الأعمى لا غير!، حتى لو فُرض بأن هوداً عليه السلام هُنا: فلا يسوغ وُجوده إقامة هذه الزيارة كموسمٍ في كلِّ عامٍ، وفي شهر شعبان بالذات؟ وإننا إذا وجدنا للعامة عُذراً لجهلهم مثلاً، فسوف لا نجدُ عذراً للعلماء الذين يتزعمون هذه الزيارة وأمثالها، بل إننا نُلقي اللوم عليهم ونعصبه برؤوسهم!! نعم يجب علينا الإيمان بنبوَّة هود عليه السلام، وبأنه مُرسلٌ إلى قومه عاد بالأحقاف، وذلك لقوله تعالى﴿ وَاذْكُرْ أَخَا عَادٍ إِذْ أَنذَرَ قَوْمَهُ بِالْأَحْقَافِ ﴾ [الأحقاف 21]، ولقوله تعالى﴿ وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا ﴾ [ الأعراف 65].

هذا وما عُرفت قصة هود عليه السلام وقومه إلاَّ من القرآن؟ وأنها لو لم تُذكر في القرآن لَما عرفنا عنها شيئاً، وذُكرت في القرآن وسيقت للعبرة فقط؟ هذا ما يُمكننا القول به. هذا وكم سمعتُ من أفواه علماء بأن هذا الأمرَ قائمٌ على ما يُسمُّونه الكشف، أي كشف الصوفية على الأمور الغيبية بزعمهم، ...  من هنا تعلمأن العلم بهود عليه السلام كونه بهذا المكان لم يأت إلا من طريق الكشف، لا عن طريق العلم والبحث، هذا هو دليلهم لا غير

Maksudnya: “Ziarah yang dilakukan penduduk Tarim, Seiyun dan lainnya ke kubur yang dikatakan kubur Nabi Allah Hud AS adalah perbuatan kebiasaan golongan sufi. Hud adalah seorang Nabi kepada kaum ‘Ad selepas kaum Nabi Nuh. Tidak diketahui secara terperinci sejarah mereka. Adapun ucapan salam kepada para nabi yang dilakukan selepas berwukuf di telaga yang menurut kepercayaan mereka bahawa ruh-ruh pada nabi berada di telaga tersebut, merupakan perkara yang menimbulkan kehairanan. Dari mana mereka mengetahui ruh para nabi dihimpunkan di situ. Dengan benar saya katakan bahawa, mereka tidak memiliki sebarang bukti melainkan salah faham dan taklid buta, tiada yang lain.  Sehinggakan jika diandaikan benar kubur Nabi Hud AS berada di situ, ia tetap tidak wajar untuk diadakan upacara menziarahinya setiap tahun, khusus pada bulan Sya’ban. Jika kita berikan keuzuran kepada orang awam disebabkan kejahilan mereka (melakukan upacara ini), kita tidak akan dapati sebarang keuzuran untuk para ulama yang mengetuai upacara ziarah ini dan seumpamanya. Bahkan kita akan mencela tindakan mereka itu dan mereka yang menjadi pemimpin kepada orang-orang awam yang jahil tersebut. Benar, kita semua wajib beriman akan kenabian Hud AS, bahawa baginda adalah seorang yang diutuskan menjadi rasul kepada kaum ‘Ad di Ahqaf, Kerana itu Allah Taala berfirman: “Dan ingatlah saudara kaum ‘Ad (Nabi Hud), ketika dia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah Ahqaf.” al-Ahqaf: 2, dan firman Allah Taala: “Dan kepada kaum ‘Ad, saudara mereka Nabi Hud.” al-A’raf: 65  Inilah yang diketahui tentang kisah Hud AS dan kaumnya, tidak lain melainkan dari al-Quran. Kisah tersebut jika tidak disebut dalam al-Quran sudah pasti kita tidak mengetahui tentangnya sedikitpun. Kisah tersebut disebut di dalam al-Quran adalah untuk diambil pengajaran semata-mata. Inilah yang dapat kita nyatakan. Saya dengar dari ramai ulama, perkara yang dilakukan di Hadramaut itu hanyalah berdasarkan apa yang dinamakan sebagai kasyaf, iaitulah kasyaf golongan sufi untuk perkara-perkara ghaib menurut dakwaan mereka… Dari sini dapat diketahui bahawa, maklumat tentang keberadaan kubur Hud AS di Hadramaut hanya dakwaan berdasarkan kasyaf, tidak melalui maklumat pasti berdasarkan kajian. Inilah bukti yang ada pada mereka, tiada bukti lain.”  (Dakwah al-Khalaf Ila Tariqah al-Salaf, hal: 321-322)

  1. Kata al-Syeikh Ahmad al-Mu‘allim al-Yamani (أحمد المعلِّم اليماني)

من أشهر تلك القبور في اليمن على الإطلاق القبر المنسوب إلى رسول الله هود عليه السلام شرقي حضرموت، وهو أشهرها وأكثرها زواراً، وأكثرها كذلك فضائل وكرامات مزعومة، بل إنه من أعجب وأغرب القبور المعظَّمة في العالم، حيث لزيارته مناسك مكانية مُرتَّبة، ومناسك زمانية محدَّدة، وحوله من المآثر المزعومة ما لا يوجد عند أي قبر من القبور، إلاَّ أن يكون قبور أئمة الشيعة في العراق وإيران، فهناك نهرٌ من أنهار الجنة على حسب زعمهم وبئرٍ مُعطَّلة تضمُّ أرواح الأنبياء والأولياء على حسب زعمهم وناقة هود المتحجرة التي هي عبارة عن صخرة ضخمة جداً، ومُعظَّمة جداً عند القوم، حتى لقد مهَّدوا ما حولها ووسعوه وجعلوه موضع صلاتهم، وموقع تعبُّدهم الجماعي عندما يُقيمون صلاتهم وسماعهم وموالدهم ومواعظهم، وتحتها في الطريق إليها صخرة صغيرة مقعرة، قالوا: إنها موطئ قدم هود عليه السلام، كما أن في مكة حول الكعبة مقام إبراهيم عليه السلام الذي فيه موطئ قدميه، أما المناسك الزمانية والعمليةفهي تجمُّعٌ عند مشاهد أبي بكر بن سالم وبنيه عند نيَّة التوجُّه إلى شعب هود، ثمَّ المرور بـ « المحذفة »، أي: المرجم الذي يرجمه جموعٌ من الزوار، ثمَّ المرور بقبر الكافرة الذي يُسبُّ ويُشتم ويُتفل عليه، ثمَّ الوصول إلى الشعب والاغتسال في نهر هود الذي هو في زعمهم من أنهار الجنة، ثمَّ الصلاة عند « حصاة » عمر المحضار، أي: الموقع الذي كان يَتعبَّد ويُصلِّي فيه ذلك الصوفي الكبير المقدَّس عندهم... ثمَّ الوقوف على البئر المعطَّلة، والسلام على الأرواح التي فيها، وهي أرواح الأنبياء والأولياء، ثمَّ الوقوف على القبر المزعوم، ثمَّ النزول إلى تحت الصخرة المقدَّسة « الناقة المتحجرة » - كما يزعمون وعند العودة إلى تريم، يختمون بالطواف سبعة أشواط حول مقابر تريم الثلاث المسمَّاة: بشار.

 Maksudnya: “Termasuk kubur yang paling masyhur di Yaman secara umum adalah kubur yang dinisbahkan kepada utusan Allah, Hud AS, timur Hadramaut. Inilah kubur yang paling masyhur dan paling ramai mereka yang menziarahinya, demikian juga kubur yang paling banyak kelebihan dan keramat seperti yang didakwa. Bahkan sebenarnya kubur tersebut yang paling pelik dalam kubur-kubur yang diagungkan seluruh dunia, dari sudut upacara menizrahinya terdapat upacara yang berkait dengan tempat-tempat tertentu, demikian juga upacara yang terkait dengan masa tertentu. Sekitarnya juga didakwa memiliki upacara tertentu yang tidak ada di mana-mana kubur di seluruh dunia – seperti yang mereka dakwa – Telaga Mu‘attalah, tempat berhimpunnya segala ruh para nabi dan wali – menurut dakwaan mereka – Unta Hud yang berupa seketul batu yang amat besar, benar-benar diagungkan oleh mereka, sehinggakan mereka siap meluaskan kawasan sekitarnya dan dijadikan tempat menunaikan solat, tempat melakukan ibadah secara berjemaah, tempat menunaikan solat, majlis muhadharah, sambutan maulid dan tempat majlis memberi peringatan. Di bahagian bawahnya, terdapat seketul batu kecil berlubang, mereka mendakwa di situ merupakan tempat kaki nabi Hud AS sama seperti di Mekah sekitar Kaabah terdapat maqam Ibrahim AS, tempat dua tapak kaki baginda. Adapun manasik zamaniyyah dan amaliyyah iaitulah perhimpunan yang dilakukan sekitar kubur Abu Bakar bin Salim dan anak-anaknya ketika berniat menuju ke Sy’b Hud. Kemudian bergerak menuju ke Muhazzafah iaitulah tempat melontar untuk semua yang datang berziarah. Kemudian bergerak menuju ke kubur kafirah untuk mencela dan meludahnya. Kemudian sampai ke al-Sya’b dan mandi di sungai Hud yang didakwa dari sungai syurga. Kemudian menunaikan solat di Hasha Umar al-Mihdhar, yang asalnya adalah tempat solat dan tempat ibadah ‘Umar al-Mihdhar, seorang sufi agung dan dimuliakan pada mereka… kemudian wukuf di telaga Mu‘attalah, menyampaikan salam kepada ruh-ruh yang berada di situ, terdiri dari ruh-ruh para nabi dan para wali. Setelah itu wukuf di sekitar kubur (nabi Hud) yang didakwa. Kemudian turun ke bahagian bawah batu berbentuk unta yang dimuliakan, seperti yang mereka dakwa ketika kembali pulang ke Tarim. Mereka tutup upacara ini dengan melakukan tawaf tujuh kali pusingan sekitar tiga kubur di Tarim yang dinamakan Bassyar.” (al-Quburiyyah: Nasy-atuha wa Atharuha, hal: 365)       


Cetak  
Wallahu a'lam