Muhib Khouli Gagal Mengurus Kritikan & Pujian Ulama al-Jarh wa al-Ta'dil Terhadap Seseorang Tokoh

 

Mohib Khouli gagal memahami dengan baik hatta pada riwayat pertama yang dibawanya untuk mengkritik Imam Abu Hanifah, dari kitab al-‘Ilal  oleh Abdullah bin Ahmad RH, riwayat bilangan 760 daripada Raqabah yang berkata:

سَمِعت أبي يَقُول مر رجل بِرَقَبَة فَقَالَ لَهُ رَقَبَة من أَيْن جِئْت قَالَ من عِنْد أبي حنيفَة قَالَ كَلَام مَا مضغت وَترجع إِلَى أهلك بِغَيْر ثِقَة

Terjemahan Muhib Khouli: "... Engkau akan kembali kepada keluarga engkau tanpa ilmu daripada thiqah."

Riwayat ini bukan semestikan satu kritikan dari Raqabah kepada Abu Hanifah jika Mohib Khouli dapat memahaminya dengan baik dan mahu melihat ulasan para ulama.

Maksud sebenar kepada ungkapan ini ialah: "engkau kembali kepada keluarga membawa pandangan (الرأي) Abi Hanifah yang mungkin dia akan mengubah pandangannya." Ini bukan satu celaan kepada Abu Hanifah di sisi ‘Abdul Rahman al-Mu’allimi al-Yamani RH.

Abu Hanifah sememangnya biasa menukar pandangannya apabila jelas kepadanya kebenaran sebenar. Perkara ini biasa di kalangan ulama yang sezaman dengannya. Kerana tu ada riwayat dari Zufar, salah seorang sahabat Abu Hanifah yang berkata:

كنا نختلف إلى أبي حنيفة ... فقال يومًا أبو حنيفة لأبي يوسف: ويحك يا يعقوب لا تكتُبْ كلَّ ما تسمعه مني، فإني قد أرى الرأي اليومَ فأتركه غدًا، وأرى الرأي غدًا فأتركه بعد غد

Maksudnya: "Kami berulang-alik menemui Abu Hanifah... Satu hari Abu Hanifah berkata kepada Abu Yusuf: "Teruk kamu ini wahai Ya'qub. Jangan kamu tulis setiap yang kamu dengar daripadaku. Sesungguhnya mungkin aku memberi satu pandangan pada hari ini, kemudian aku meninggalkannya keesokan harinya. Mungkin juga aku memberi satu pandangan pada esok hari, aku tinggalkan pula pandangan itu pada lusanya. "

Lihat: التنكيل بما في تأنيب الكوثري من الأباطيل oleh ‘Abdul Rahman al-Mu'allimi al-Yamani 10/ 425.

Ini adalah satu bukti Mohib Khouli gagal berinteraksi dengan bahan para ulama. Bukan tiada jawapan untuk setiap fitnah beliau kepada Imam yang mulia Abu Hanifah RH. Akan tetapi bukan semua orang sanggup korbankan masa berharganya untuk melayan satu² fitnah disebabkan kejahilannya.


Cetak  
Wallahu a'lam