Pendahuluan
Oleh: Fadhilah al-Syeikh al-‘Allamah
Soleh bin Fauzan bin ‘Abd Allah al-Fauzan
الحمد لله رب العالمین یقذف بالحق على الباطل فیدمغه فإذ هو زاهق: وَقُلْ جَآءَ الحَقُّ وَزَھَقَ البَاطِلُ إِنَّ البَاطِلَ كَانَ زَھُوقاً، والصلاة والسلام على نبینا محمد الذي أخرج الله به الناس من الظلمات إلى النور وترك أمته على البیضاء لا یزیغ عنها إلا هالك.
وبعد:
Diantara hikmah Allah s.w.t, Dia akan menguji Ahli Kebenaran untuk berhadapan dengan Ahli Kebatilan, agar mereka memperolehi (pahala) jihad pada jalan Allah melalui senjata, pena, dan lidah sebagai mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan. Alllah s.w.t. berfirman:
Maksudnya: “…Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan Yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu…” Muhammad: 4)
Sesungguhnya di zaman kita ini adanya (خُلُوْفٌ) orang-orang jelek[1] yang memuji secara berlebih-lebihan terhadap perkara yang tidak dia ketahui, dengan menjaja pandangan-pandangan golongan yang menyerang kebenaran yang ingin menutup mentari kebenaran, mereka sama-sekali tidak akan mampu. Mereka akan mati dalam keadaan kemarahan mereka itu masih di dada mereka. Orang-orang yang jelek ini mahu mengulangi semula pembelaan terhadap orang-orang yang lebih awal dari mereka agar dapat menghilangkan rasa marah mereka. Akan tetapi semuanya terlalu jauh kerana penyeru kebenaran memiliki pengawasan, dan bukti dari al-Quran juga al-Sunnah untuk diajukan kepada mereka. Sesungguhnya pasti – dengan keizinan dari Allah – usaha mereka ini akan mengikut jejak langkah usaha orang-orang sebelum mereka. Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya: “Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka). Kemudian Kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, darii) kaum-kaum yang datang kemudian. Demikian Kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (Apa Yang Kami janjikan)!” (al-Mursalat: 16-19)
Sesunggung termasuk dari kalangan orang-orang yang telah tewas itu ialah seorang lelaki yang bernama Hasan ‘Ali al-Saqqaf yang berusaha mendatangkan kekaburan dalam penulisannya dengan hujah-hujah dangkal dan batil bertujuan menutup kebenaran, menyebarkan kebatilan dan menghidupkan tradisi menentang kebenaran. Antara rancangannya untuk menentang Akidah Tauhid, dengan bukunya yang diberi nama al-Tandid biman ‘Addada al-Tauhid, Ibtal Muhawalah al-Tathlith fi al-Tauhid wa al-‘Aqidah al-Islamiyah – Kritikan Kepada Sesiapa Yang Menjumlahkan Tauhid, Membatalkan Percubaan Menjadikan Tauhid dan Akidah Islamiah Kepada Tiga – demikianlah iramanya, seolah-olah irama mentera tukang dukun. Sebaliknya dia sama-sekali tidak datangkan di dalam penulisannya itu melainkan keaiban ke atas dirinya sendiri. Seandainya dia mendiamkan diri (tidak menulis apa-apa), perkara itu lebih baik untuknya dan lebih menutup kejahilannya. Akan tetapi Allah tidak mahu (kepada golongan batil) melainkan untuk membuka kebatilan mereka dan untuk membantu golongan yang benar. Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka.” (al-Taubah: 32)
Mudah-mudahan dia mahu mengambil pengajaran dari golongan kebenaran yang telah menjawab golongan batil terdahulu, cukuplah pengajaran untuknya dari ungkapan Zuhair yang berkata:
كائن من صامت لك معجب, زيادته أو نقصه في التكلم
Maksudnya: “Seseorang yang senyap (kebiasaannya) menjadikan engkau kagum kepadanya, (akan tetapi) kelebihan dan kekurangannya kelihatan dari percakapannya.”
Sesungguhnya pejuang kebenaran Dr. ‘Abdul Razzak bin ‘Abdul Muhsin al-‘Abbad telah menjawab kebatilan-kebatilan dan merungkaikan kekeliruan-kekeliruan Hasan ‘Ali al-Saqqaf. Beliau telah menyenaraikan syubhat-syubhat terpenting yang terdapat di dalam penulisan Hasan ‘Ali al-Saqqaf, sekaligus menjawab dengan hujah-hujah dan bukti-bukti yang menunjukkan penulisnya seorang yang jahil dan keras kepala. Demikianlah, tidak bertemu pejuang kebenaran dengan pejuang kebatilan melainkan kemenangan itu berada pada pejuang kebenaran seperti firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “Dan bahawasanya tentera Kami (Pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang akan memperoleh kemenangan.” (al-Saffaat: 173)
Saya telah membaca jawapan al-Syeikh Dr. ‘Abdul Razzak itu, dan saya dapati – segala pujian untuk Allah – jawapan yang tepat dan memenuhi maksud, disokong dengan hujah-hujah yang kukuh mengikut manhaj al-Salaf al-Soleh dari kalangan Ahli Ilmu, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ahmad di dalam khutbahnya:
“Segala pujian untuk Allah yang telah menjadikan pada setiap zaman Fatrah dari para Rasul (zaman ketiadaan Rasul), adanya para Ahli Ilmu yang menunjukkan jalan kepada orang yang dalam kegelapan dan menghidupkan Kitab Allah yang telah ditinggalkan dan menolak penyelewengan golongan batil dan takwilan golongan jahil…”
Ini termasuk di dalam rahmat Allah sebagai membenarkan sabdaan Nabi s.a.w.:
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين، لا يضرهم من خذلهم و لا من خالفهم حتى يأتي أمر الله تبارك وتعالى وهم على ذلك
Maksudnya: “Sentiasalah ada satu golongan dari kalangan umatku berada di atas kebenaran yang terserlah, tidak dapat memudharatkan mereka sesiapa yang menentang dan menyalahi mereka sehinggalah datangnya keputusan (hari kiamat) Allah yang maha berkat dan maha tinggi, dan mereka berterusan dengan keadaan itu.”
Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada Dr ‘Abdul Razzak terhadap apa yang telah dilakukannya dalam usaha membela kebenaran dan menolak kebatilan. Demikian juga semoga Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang telah tersesat dari kebenaran supaya kembali kepadanya. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Soleh al-Fauzan bin ‘Abdillah al-Fauzan
15/3/1414 H
[1] خٌلُوْفٌ dengan dibaca Dhommah pada huruf Kha’ ialah kata jamak kepada خَلْفٌ iaitulah pengganti atau pewaris perkara-perkara buruk. Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya: “Maka datanglah sesudah mereka (خَلْفٌ) pengganti (yang buruk) yang melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”