Hakikat sebenarnya, Dr Rabi’ memiliki manhaj tersendiri dalam mengkritik orang lain, beliau telah menyusun sebahagian kaedah-kaedah “manhajnya” dalam mengkritik beberapa tokoh, dan beliau mempraktikkannya dalam sebahagian buku tulisan beliau terutama di dalam bukunya al-Adhwa (yang bermaksud beberapa cahaya), dan sebenarnya bukunya itu bukanlah cahaya (al-Adhwa). Beliau menyandarkannya pula kepada Islam, sebaliknya ia bukanlah dari Islam! Sebagaimana sebahagian orang yang telah menyeleweng lalu berdusta terhadap Allah dan mereka menisbahkan penyelewengan mereka kepadaNya, kerana itu Allah Azza wa Jalla berfirman:
Mafhumnya: “dan mereka pula berkata: "(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).” (Ali Imran: 78)
Maka demikianlah juga, tidak mungkin dakwaan-dakwaan yang terkandung di dalam fasal-fasal buku al-Adhwa untuk dikatakan dari Islam, sebaliknya ia dibina di atas dasar sangkaan, tertegak di atas perasangka, Allah Taala berfirman:
Mafhumnya: “Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.” (al-Hujurat: 12)
Jika sangkaan itu sebahagian adalah dusta, maka bagaimana pula dengan prasangka? Maka penisbahan I’tikad Keazalian Ruh kepada Syed Qutb adalah satu prasangka yang bahaya, Demi Allah saya tidak tahu bagaimana ia boleh datang dari Dr. Rabi' dan dari penanya. Sesungguhnya yang lebih berhati-hati untuk beliau dan lebih bermanfaat kepada para pelajar beliau adalah dengan beliau berdiam-diri, agar beliau tidak memberi rangsangan kepada para pelajarnya menyentuh maruah orang lain, sehingga beliau menjadi contoh buruk kepada para pelajarnya dan seorang syeikh yang tersesat jalannya, lalu beliau memikul kesalahannya dan kesalahan anak-anak muridnya.
Hal ini merupakan harapan kami, hanya (agar beliau) berdiam diri kerana tiada sesuatu yang boleh menjadi saksi (akan kebenaran) dakwaan besar tersebut. Dan kami juga tidak bercita-cita dari Dr. Rabi' agar beliau berbaik sangka, kerana sesiapa yang biasa dengan bukunya akan mendapati sangkaan baik beliau dengan orang lain hanya bagaikan sehelai bulu putih yang berada pada kulit lembu hitam.
Kitab al-Adhwa’ mengandungi sejumlah dakwaan-dakwaan yang besar, sekalipun dakwaan-dakwaan tersebut berkaitan Syad Qutb – dalam masa yang sama Syed Qutb berlepas diri dari kebanyakan dakwaan tersebut – cumanya manhaj yang ditempoh oleh Dr. Rabi' merupakan beberapa contoh dan misal yang dibina di atas sangkaan-sangkaan dan khayalan-khayalan. Manhaj ini jika ditempoh oleh orang ramai dalam melakukan kritikan, ia akan mengaitkan majoriti umat Islam dan tidak akan ada yang terselamat dari kejahatannya melainkan sedikit, bahkan inilah sebenarnya yang berlaku. Sehingga sebahagian mereka ada yang sanggup terbang dari UAE bermusafir ke Amman ibu Negara Jordan untuk bertanya kepada sebahagian ulama yang mulia tentang keharusan memohon rahmat untuk para pembuat bid’ah seperti al-Nawawi, Ibn al-Jauzi, Ibn Hazm, Hasan al-Banna dan Syed Qutb! Anda sendiri saksikan bagaimana perkara ini bukan hanya berkaitan dengan seseorang manusia, yang baginya balasan baik bagi perlakuan baiknya dan balasan buruk bagi perlakuan buruknya, akan tetapi ia telah berubah kepada manhaj mengkritik/mencela yang memperbaharui dan menghidupkan manhaj Khawarij yang telah menguasai umat Islam, dengan dakwaan mereka juga menghendaki hukum Allah – dengan menyangka – tiada hukuman manusia. mereka (golongan Khawarij dahulu) juga tidak menyebut sandaran dalam hukuman mereka ke atas apa yang berlaku antara ‘Ali dan Mu’awiyah RA bukan hukum Allah, sebaliknya mereka melontarkan tohmahan kosong, seterusnya mereka berpaling untuk mengasah sebanyak mungkin pedang (untuk dihunuskan kepada mangsa-mangsa celaan mereka)! Ketikamana sampai ke pengetahuan ‘Ali, beliau berkata: “Antaraku dan dan mereka semua ada Kitab Allah Taala, Allah berfirman di dalam kitabNya:
Mafhumnya: “Maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan.” (al-Nisak: 35)
Maka umat Muhammad adalah lebih agung dari hak dan kehormatan seorang lelaki mahupun seorang perempuan[1], bukan hanya dengan dakwaan-dakwaan yang tidak memiliki bukti yang dapat menetapkan hukum-hakam.
Maka perkara sebegini mengembalikan semula manhaj Khawarij yang membunuh pada zaman ini, sama sahaja (وسيانِ), sama ada menyembelih dengan pisau atau dengan bahasa, kedua-duanya keluar dari manhaj dan membawa kepada natijah yang satu, sekalipun berbeza sebab tetapi yang terbunuh itu satu.!
Sesungguhnya ia merupakan satu manhaj seperti yang dikatakan oleh Ibn al-Jauzi di dalam Said al-Khatir: “(perkara sebegini) dibina di atas sangkaan jahat terhadap orang lain, dan bakhil terhadap orang yang berbeza, sekalipun untuk mendoakan rahmat untuk mereka.”
Sama seperti perlakuan orang-orang yang bertanya kepada Fadhilah al-Syeikh al-Albani RH tentang persoalan jika harus memohon rahmat kepada orang-orang yang mereka namakan sebagai pembuat bid’ah, lalu dengan kebijaksanaan al-Syeikh al-Albani menjawab: “Sesungguhnya rahmat harus/boleh (dipohon untuk) semua orang Islam, tidak boleh untuk semua orang kafir.”
Dan nyata jawapan ini tidak dapat melembutkan golongan ini, lalu mereka membantah bahawa al-Salaf tidak pernah memohon rahmat untuk ahli bid’ah! Dan ini juga merupakan salah satu dakwaan dari manhaj yang salah ini.
Sesungguhnya al-Syeikh (al-Albani) telah memberi peringatan terhadap kesalahan mereka secara berperingkat-peringkat, sedikit-sedikit. Kalaulah beliau mahu mencela mereka sama seperti cara mereka sudah tentu beliau mampu melakukannya, kerana telah jelas manhaj bermuamalah (berinteraksi) dengan umat Islam dengan cara ini adalah satu bid’ah, lalu Fadhilah al-Syeikh (al-Albani) berkata: “Kamu semua dengan mazhab sebegini, Aku berhak untuk menamakan kamu semua pembuat bid’ah, akan tetapi aku tidak akan menyalahi mazhabku.” [2]
Beliau (al-Albani) memaksudkan bukanlah setiap orang yang melakukan bid’ah, dinamakan sebagai pembuat bid’ah dan berlaku kepadanya hukum-hakam ke atas pembuat bid’ah yang sebenarnya!
Saya tidak tahu apakah golongan yang bertanya kepada al-Syeikh al-Albani ini dari “al-Madrasah al-Rabi’iyyah” atau terdiri dari orang-orang yang terpengaruh dengan manhajnya yang tersendiri ini. Ini kerana beliau (Dr. Rabi’) di dalam keseluruhan kitabnya al-Adhwa’, berhadapan dengan Syed Qutub secara keras dan kasar, beliau bersikap bakhil untuk mendoa dan memohon rahmat untuk Syed Qutb walaupun sekali! Sekalipun demikian keadaannya, Syed Qutb telah pergi bertemu Tuhan Yang Maha Penyayang, beliau tidak memerlukan doa dari Dr. Rabi’ dan dari orang-orang yang semazhab dengan beliau, bahkan telah begitu ramai dari kalangan orang-orang mulia yang memuji dan memohon rahmat untuk Syed Qutb. Lihatlah Syeikh Ibn Baz yang berkata: “Berkata al-Syed[3] Qutb Rahimahullah[4]” dan banyak contoh yang lain lagi.
bersambung ke siri (4)
[1] Tarikh al-Islam: ‘Ahd al-Khulafa’ al-Rasyidin oleh al-Imam al-Zahabi. Hal: 591
[2] Secara ringkas dengan sedikit susunan semula dari rakaman suara, bil: 109, siri rakaman al-Hidayah al-Quraniah, Fas, al-Maghrib.
[3] Beliau menyebut dengan al-Ma’rifah
[4] Beliau menyebutnya di dalam munaqasah beliau berkaitan pergerakan matahari dan bumi. Dan al-Syeikh (Bin Baz) ada pandangan seperti yang diketahui, iaitu berbeza dengan Syed Qutb dan lainnya. Dalam masa yang sama beliau tidak menisbahkan sesuatu kepada Syed Qutb seperti yang ada dalam al-Adhwa’, saya berlindung kepada Allah, dari beliau (Bin Baz) memuji Syed Qutb, sedang beliau tidak mengetahui (tentang Syed Qutb), seleps itu Bin Baz juga mensifatkan Syed Qutb sebagai seorang yang memiliki keluasan ilmu dan pemerhatian. Saya berlindung kepada Allah juga dari Bin Baz telah memerhatikan keyakinan-keyakinan yang batil yang dianuti oleh Syed Qutb, lalu beliau menyembunyikannya kerana mengkhianati Islam dan umat Islam. Dimanakah Dr. Rabi’ dari semua perkara ini?!