Hak Dan Kewajipan Warganegara Bukan Islam Dalam Negara Islam Serta Tahap Penerapan Hukum Syariah Terhadap Mereka
Majma' Fiqh Islam Antarabangsa, yang merupakan sebahagian daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dalam sesi ke-22 yang diadakan di Negara Kuwait pada 2-5 Jumada al-Akhirah 1436H, bersamaan 22-25 Mac 2015,
Setelah meneliti kertas kerja yang dibentangkan kepada majlis mengenai hak dan kewajipan warganegara bukan Islam di negara Islam serta tahap penerapan hukum syariah ke atas mereka, dan setelah mendengar perbincangan yang berlangsung mengenainya.
Keputusan Majlis Majma' Fiqh Islam Antarabangsa adalah seperti berikut:
Pertama:
Syariah Islam menjamin hak-hak umum dan khusus bagi bukan Islam yang tinggal di negara Islam, sebagaimana ia menjamin hak-hak tersebut kepada umat Islam. Mereka memiliki hak yang sama dengan warganegara Muslim dan memikul tanggungjawab yang sama. Mereka setara dalam hak dan kewajipan.
Kedua:
Bukan Islam mempunyai hak untuk melaksanakan hukum agama mereka dalam urusan ibadah dan ahwal syakhsiah mereka. Mereka juga boleh melantik hakim daripada kalangan mereka untuk menyelesaikan pertikaian sesama mereka, dan negara akan melaksanakan keputusannya. Selain daripada itu, undang-undang negara akan diterapkan.
Ketiga:
Masyarakt Bukan Islam yang tinggal di negara Islam diwajibkan mematuhi peraturan awam dan norma masyarakat, sama seperti umat Islam. Mereka dilarang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan ini dan mesti menunjukkan kesetiaan (al-wala’) kepada negara tempat mereka tinggal dan memegang kerakyatannya.
Keempat:
Media dalam semua bentuknya perlu memberi perhatian untuk menjelaskan hak-hak bukan Islam dalam negara Islam sebagaimana yang dijamin oleh syariah Islam. Ini bertujuan menyebarkan budaya Islam, menzahirkan sikap toleransi dan keadilan Islam, serta menzahirkan elemen ini dalam kurikulum pendidikan.
Kelima:
Menjadi kewajipan pihak Media dalam semua bentuknya mengelak dari menimbulkan sebarang fitnah dan ketegangan kaum dalam kumpulan masyarakat yang berbeza demi menjaga keselamatan dan keharmonian negara.
-----------------------------
Teks Asal Fatwa: https://iifa-aifi.org/ar/3986.html
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد خاتم النبيين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
بشأن حقوق وواجبات المواطنين غير المسلمين في الدول الإسلامية،
ومدى تطبيق أحكام الشريعة الإسلامية عليهم
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة التعاون الإسلامي، المنعقد في دورته الثانية والعشرين بدولة الكويت، خلال الفترة من: 2-5 جمادى الآخرة 1436هـ، الموافق: 22-25 مارس 2015م،
بعد اطلاعه على البحوث المقدمة إلى المجمع بخصوص موضوع حقوق وواجبات المواطنين غير المسلمين في الدول الإسلامية، ومدى تطبيق أحكام الشريعة الإسلامية عليهم، وبعد استماعه إلى المناقشات التي دارت حوله،
قرر ما يأتي:
أولًا: أن الشريعة الإسلامية تَكْفُل لغير المسلمين المقيمين في الدولة الإسلامية حقوقَهم العامة والخاصة، التي تكفلها للمسلمين، فلهم ما للمسلمين المواطنين وعليهم ما عليهم، فهم متساوون في الحقوق والواجبات.
ثانيًا: لهم حق تحكيم شريعتهم في عباداتهم وأحوالهم الشخصية، ويجوز تعيين قاض منهم للحكم فيما بينهم، وتنفذ الدولة أحكامه، وفيما عدا ذلك يطبق قانون الدولة.
ثالثًا: يجب على غير المسلمين المقيمين في البلاد الإسلامية، ما يجب على المسلمين من مراعاة النظام العام والآداب العامة في الدولة، وعدم ارتكاب ما يخالفه، وأن يكون ولاؤهم للدولة التي يقيمون بها، وينتسبون إليها.
رابعًا: على وسائل الإعلام بأنواعها، الاهتمام ببيان حقوق غير المسلمين في الدولة الإسلامية، التي تكفلها الشريعة الإسلامية لهم، نشرًا للثقافة الإسلامية وإظهار سماحة الإسلام وعدله،وإبراز ذلك في المناهج الدراسية.
خامسًا: على وسائل الإعلام بأنواعها عدم إثارة الفتن والنعرات الطائفية بين الفئات المختلفة في المجتمع حفاظًا على أمن البلاد.
والله تعالى أعلم؛؛