Al-Imam al-Syatibi di dalam kitabnya al-I’tisam menukilkan keadaan para sahabat ketika mengingati Allah, beliau menyebut:
وخرج سعيد بن منصور في تفسيره عن عبدالله بن عروة بن الزبير؛ قال: قلتُ لجدتي أسماء: كيف كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قرؤوا القرآن؟ قالت: كانوا كما نعتَهم الله: تدمع أعينهم، وتقشعرُّ جُلودهم، قلتُ: إن ناسًا ها هنا إذا سمعوا ذلك تأخذهم عليه غشية، فقالت: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Maksudnya: “Sa’ied bin Mansur mengeluarkan di dalam tafsirnya (satu riwayat) daripada ‘Abdullah bin ‘Urwah bin al-Zubair yang berkata: “Aku berkata kepada nenekku Asma: “Bagaimana dahulunya para sahabat Rasulullah SAW ketika membaca al-Quran?” Beliau menjawab: “Mereka semua seperti yang disifatkan oleh Allah: menangis dan gerun ketika membaca al-Quran.” Aku berkata: “Sesungguhnya orang ramai di sini apabila mendengar ayat al-Quran mereka akan jatuh pengsan.” Lalu nenekku berkata: “A’uzubillahi minas Syaitanir Rajim.”
Abu ‘Ubaid pula mengeluarkan salah satu hadis dari hadis-hadis Abi Hazim, katanya:
مر ابن عمر برجل من أهل العراق ساقط والناس حوله ، فقال : ما هذا ؟ فقالوا : إذا قرئ عليه القرآن أو سمع الله يذكر ؛ خر من خشية الله . قال ابن عمر : والله إنا لنخشى الله ولا نسقط !
Maksudnya: “Ibn ‘Umar melalui seorang lelaki ‘Iraq yang jatuh pengsan di khalayak ramai. Lalu beliau bertanya: “Mengapa dengan dia ini?” orang ramai menjawab: “Jika dibacakan kepadanya al-Quran atau dia mendengar nama Allah disebut seseorang, dia akan jatuh kerana takutkan Allah.” Kata Ibn ‘Umar: “Demi Allah sesungguhnya kami (para sahabat Nabi SAW) benar-benar takutkan Allah namun kami tidak sampai jatuh pengsan.”
Pernah juga dikatakan kepada ‘Aisyah RA:
إن قومًا إذا سمعوا القرآن يُغشى عليهم، فقالت: إن القرآن أكرم من أن تنزف عنه عقول الرجال، ولكنه كما قال الله تعالى: ﴿ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ﴾[الزمر: 23].
Maksudnya: “Sesungguhnya ada satu kaum yang apabila mereka mendengar al-Quran, mereka akan jatuh pengsan.” Jawab ‘Aisyah: “Sesungguhnya al-Quran adalah lebih mulia dari menghilangkan akan orang-orang lelaki. Akan tetapi seperti firman Allah SWT:
“Gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati di waktu mengingati Allah…” (al-Zumar: 23)
Abu Nu’aim pula mengeluarkan daripada Jabir bin Abdillah bahawa Ibn al-Zubair RA berkata:
جئت أبي ، فقال : أين كنت ؟ ، فقلت : وجدت أقواما يذكرون الله ، فيرعد أحدهم حتى يغشى عليه من خشية الله ، فقعدت معهم ، فقال : لا تقعد بعدها . فرآني كأني لم يأخذ ذلك في ، فقال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يتلو القرآن ، ورأيت أبا بكر وعمر يتلوان القرآن ، فلا يصيبهم هذا ، أفتراهم أخشع لله من أبي بكر وعمر ؟ ! فرأيت ذلك كذلك ، فتركتهم
Maksudnya: “Aku mendatangi bapaku, dia berkata: “Kemana kamu?” aku menjawab: “Aku dapati ada beberapa golongan berzikir kepada Allah, salah seorang daripada mereka menggeletar sehingga pengsan kerana takutkan Allah, maka aku duduk bersama dengan mereka.” Jawab bapaku: “Jangan kamu duduk lagi selepas itu.” Dia melihat aku dan berkata: “Aku telah melihat Rasulullah SAW membaca al-Quran, aku juga melihat Abu Bakr dan ‘Umar membaca al-Quran. Tidak pernah berlaku kepada mereka seperti ini, apakah kamu menyangka mereka lebih khusu’ kepada Allah berbanding Abu Bakar dan Umar?” (selepas itu) apabiila aku lihat perkara itu seperti itu juga, lalu aku meninggalkan mereka.” (Al-I’tisom. 1/353. Cetakan Dar Ibn ‘Affan, tahun: 1412H/1992M)