Penyelewengan Pemikiran Agama Hari Ini (1)

Kesesatan dan penyelewengan pemikiran agama hari ini lebih merbahaya. Ia melaungkan ungkapan2 yg dipersetujui bersama, ungkapan umum yg ringkas namun samar. Ia kelihatan tidak mempersembahkan kesesatan dan kebatilan yg ditolak oleh semua muslim, sebaliknya kebatilan dan kesesatan itu disulam dgn cermat dan berhati2, berselindung di bawah slogan2 keagamaan. Lantaran itu ramai yg terpedaya tanpa sedar.

Fokus penyelewengan pemikiran hari ini tertumpa kpd titk2 penting:

1. Mengabaikan sumber ambilan agama dan kaedah pendalilan.
2. Mengabai dan mengingkari sebahagian drpd asas dan hukum-hakam syara' yg telah pasti.
3. Menerima sebahagian pemikiran2 yg ada hari ini yg berlawanan dgn perkara2 qat'ie syarak.
4. Meringan2kan keperluan beriltizam dgn hukum-hakam syarak.
5. Melemahkan keyakinan agama telah sempurna.

Musibah terbesar yg ditinggalkan dr penyelewengan pemikiran ini iaitulah penyelewengan pemahaman sehingga menjadikan seseorg itu merasa ringan mengabaikan hak2 Allah, mencabut rasa bersalah atas perbuatannya, seterusnya mencampakkan dia ke dalam lembah merasai tidak bersalah.

Pemikiran ini lebih berbahaya berbanding seorg pelaku maksiat yg menyedari maksiat yg dilakukannya. Krn merasai diri berbuat dosa, akan mendorong diri utk bertaubat.

Hilang rasa diri berada dlm lembah mengikut hawa nafsu, menutup jalan memperbaiki diri supaya segera ke taman kebenaran. Kerana ia telah dikuasai FITNAH SYUBHAH (kesamaran) yg jika terjebak ke dalamnya amat sukar utk keluar drnya berbanding FITNAH SYAHWAH. Lebih bahaya apabila fitnah syubhah itu disulami dgn syahwah, sehingga sebahagian syahwah itu diliputi pula oleh syubhah. Sempurnalah anasir kesyaitanan bagi menolak jauh keimanan. Hilang dan gugurlah keinginan muhasabah semula apa yg telah dilakukan bagi membezakan antara kecenderungan individu dan perintah wahyu.

Lahir rasa di dlm diri, perbincangan ilmu (islami) untuk menghakis syubhah dan menzahirkan iman merupakan salah satu contoh perbincangan yg sia-sia, merendah-rendahkan ilmu dan penemuan moden.

Pemikiran yg menyeleweng ini sering kali menggunakan ungkapan2 yg mudah dan straightforward, kerana ia mampu memberi kesan yg kuat dlm kalangan masyarakat yg berbagai, disebabkan masyarakat awam dapat memahami dgn mudah asas ungkapan tersebut. Namun perinciannya mereka kabur bahkan sebahagian besar mereka tidak tahu langsung.

Ungkapan2 mudah dan straightforward yg digunakan tersebut berjaya mempengaruhi org ramai. Namun jika diperhalusi dan diselidiki, terserlahlah kepincangan dan penyelewengannya, tersingkaplah rupanya yg merosakkan.

Inilah hakikat yg berlaku pd kebanyakan slogan2 yg nampak hebat dan diterima ramai. Namun hakikatnya ia mengabaikan displin2 berhujjah dan pendalilan yg sebenarnya.


Cetak  
Wallahu a'lam