Soalan:
Apa komen dan nasihat ustaz kpd para pendakwah, ustqz dan para doktor yg letak harga mahal jika dijemput berceramah? Nampak lebih nakkan habuah dunia.
Jawapan:
1. Pertama sekali saya nasihatkan kpd org ramai supaya berhenti dr mengaibkan para pendakwah, para ustaz yg meminta harga yg agak tinggi atas ceramah mereka, selagi para pendakwah tersebut bermanfaat kpd org ramai. Sedarlah diri, anda sendiri tidak mampu melaksanakan apa2 yg mereka lakukan.
Seorg yg penuh dan ketat jadual ceramahnya spt mereka2 yg popular dlm medan dakwah ini, menuntut perbelanjaan yg besar yg tak difahami oleh org yg hanya reti mengutuk dan mengaibkan.
Mudah2an mereka ikhlas dan memperbaiki lagi maklumat dakwah mereka, supaya manfaat mereka lebih meluas lagi.
Tidakkah ajaib, anda yg menjemput mereka, kenapa anda pula yg merungut? Kenapa pula perlu diceritakan dlm gambaran mengaibkan mereka? Klu tak setuju, jemputlah pendakwah atau penceramah lain. Bukankah selesai masalah?
2. Para ulama berbeza pandangan berkaitan hukum mengambil upah dr pengajaran ilmu dan dakwah. Majoriti ulama termasuk mazhab alSyafie membenarkannya. Kata alNawawi RH ketika mensyarahkan hadis sahabat mengambil upah atas jampian ketua kampung yg dipatuk binatang berbisa berkata:
هذا تصريح بجواز أخذ الأجرة على الرقية ، بالفاتحة ، والذِّكر , وأنها حلال لا كراهة فيها , وكذا الأجرة على تعليم القرآن , وهذا مذهب الشافعي ، ومالك ، وأحمد ، وإسحاق ، وأبي ثور ، وآخرين من السلف , ومَن بعدهم
Maksudnya: "hadis ini terdspat penjelasan akan keharusan mengambil upah dr jampian menggunakan alFatihah dan zikir. Ia adalah halal tanpa ada hukum makruh. Demikian juga upah di atas mengajarkan alQuran. Inilah mazhab alSyafie, Malik, Ahmad, Ishak, Abi Thaur dan selain mereka dr kalangan Salaf dan selepas salaf." (Syarah Muslim 14/188)
3. Nasihat saya kpd para pendakwah dan penceramah, usaha betulkan niat kita, supaya habuan akhirat kita perolehi. Perbaiki isi syarahan dan pengajaran supaya manfaatnya lebih meluas.