SDI 1085: Hukum Sengaja Tak Mahu Bayar Saman Trafik

Soalan:
Assalamualaikum ustaz ..apakah hukum jiks sesorang sengaja tidak mahu membayar saman polis trafik wlapun mampu bayar....dan jika dia meninggal...ada kah itu dikira sebagai hutang...dan berdosa ?

Jawapan:

WAJIB bayar saman trafik, dan ia bersifat denda atau hukuman individu yg dibenarkan menurut pandangan sebahagian ulama. Saman trafik gugur dgn kematian org kena saman tersebut, melainkan jika peraturan ada menyatakan sebaliknya. Jika peraturan menetapkan saman tidak gugur dgn kematian org kena saman, maka dia termasuk hutang yg perlu dilangsaikan dr harta simati jika ada. Jika si mati tidak meninggalkan harta, tidak menjadi kewajipan ahli waris melangsaikannya dr harta mereka.

Di bawah ini saya berikan penjelasan ringkas:

Saman lalu-lintas termasuk di bawah bab Ta'zir التعزير بالمال. Para ulama berbeza pandangan, bolehkah kerajaan mengenakan hukuman berbentuk mengambil harta dr org ramai atas kesalahan tertentu yg dilakukan di bawah peruntukan ta'zir.

Majoriti ulama termasuklah keempat2 mazhab fiqh melarangnya.

Suka saya tekankan di sini bahawa, bukan menjadi hak bebas mana2 pemimpin, ketua atau pihak yg memegang urusan masyarakat mengenakan tindakan "ikut suka hati" mereka, kerana beranggapan mereka adalah ketua yg wajib dipatuhi dan ditaati arahannya. Kefahaman ini SALAH sama sekali.

Pemimpin dan ketua bertanggungjawab membuat peraturan utk kemaslahatan umum. Peraturan ini wajib dipatuhi oleh org ramai. Manakala pemimpim dan ketua Haram membuat peraturan utk kepentingan peribadi sehingga menekan org bawahan adalah satu kezaliman.

Justeru menjadi kewajipan setiap pihak mematuhi perintah Allah dan Rasul. Semua peraturan hendaklah atas semangat dan tujuan ini. Bimbang saman digunakan oleh pemerintah utk mengambil harta org ramai secara zalim, menyebabkan majoriti para ulama tidak memvenarkan saman wang ringgit atau harta.

Manakala minoriti ulama termasuklah Abu Yusuf dr mazhab Hanafi, pandangan Qadim bagi alImam alSyafi'ie dan sbhgian ulama mazhab Maliki, dipertahankan oleh Syeikh alIslam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn alQayyim, berpandangan BOLEH pemerintah mengenakan hukuman berbentuk mengambil harta dr org ramai di bawah peruntukan ta'zir bagi menjamin kemaslahatan umum.

Di dalam alMausu'ah alFiqhiyyah dinyatakan:

الأَْصْل فِي مَذْهَبِ أَبِي حَنِيفَةَ : أَنَّ التَّعْزِيرَ بِأَخْذِ الْمَال غَيْرُ جَائِزٍ، فَأَبُو حَنِيفَةَ وَمُحَمَّدٌ لاَ يُجِيزَانِهِ ، بَل إِنَّ مُحَمَّدًا لَمْ يَذْكُرْهُ فِي كِتَابٍ مِنْ كُتُبِهِ . أَمَّا أَبُو يُوسُفَ فَقَدْ رُوِيَ عَنْهُ: أَنَّ التَّعْزِيرَ بِأَخْذِ الْمَال مِنَ الْجَانِي جَائِزٌ إِنْ رُئِيَتْ فِيهِ مَصْلَحَةٌ.وَقَال الشبراملسي: وَلاَ يَجُوزُ عَلَى الْجَدِيدِ ِأَخْذِ الْمَال . يَعْنِي لاَ يَجُوزُ التَّعْزِيرُ بِأَخْذِ الْمَال فِي مَذْهَبِ الشَّافِعِيِّ الْجَدِيدِ، وَفِي الْمَذْهَبِ الْقَدِيمِ : يَجُوزُ.
أَمَّا فِي مَذْهَبِ مَالِكٍ فِي الْمَشْهُورِ عَنْهُ، فَقَدْ قَال ابْنُ فَرْحُونَ: التَّعْزِيرُ بِأَخْذِ الْمَال قَال بِهِ الْمَالِكِيَّةُ . وَقَدْ ذَكَرَ مَوَاضِعَ مَخْصُوصَةً يُعَزَّرُ فِيهَا.

Maksudnya: "Asal di dlm mazhab Hanafi bahawa ta'zir dgn mengambil harta adalah TIDAK BOLEH. Abu Hanifah dan Muhammad (bin Hasan alSyaibani) tidak mengharuskannya, bahkan Muhammad langsung tidak menyentuhnya dlm mana2 kitabnya. Adapun Abu Yusuf telah diriwayatkan drpdnya bahawa ta'zir dgn mengambil harta dr seseorg penjenayah adalah harus jika dilihat ada maslahah pdnya. Berkata alSyibramilsi: "tidak boleh berdasarkan pandangan jadid mazhab syafi'e mengambil harta (sbg hukuman di bawah peruntukan ta'zir), manakala pandangan qadim boleh. Adapun dlm mazhab Malik berdasarkan yg masyhur dr beliau spt yg telah dikatakan oleh Ibn Farhun: "Ta'zir dgn mengambil harta sbg hukuman disebut oleh ulama mazhab Maliki dan telah dinyatakan beberapa tempat khusus yg dikenakan hukuman ta'zir pdnya (dgn diambil harta)."


Cetak  
Wallahu a'lam