Hukum Seorang Pekerja Menggunakan Barangan Awam Untuk Kepentingan Peribadi

Fatwa: Majlis Fatwa dan Kajian Eropah
Penterjemah: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Keputusan

Hukum asal bagi harta awam atau separuh awam (kami maksudkan harta Negara, Institusi Awam dan Syarikat Swasta) adalah tidak boleh digunakan untuk urusan peribadi. Terutamanya apabila nas-nas al-Quran dan al-Sunnah telah menegaskan ancaman yang bersangatan menggunakan harta awam dengan cara yang tidak benar. Para fuqaha pula telah menjadikan harta awam berada pada kedudukan harta anak yatim yang wajib dipelihara dan haram diambil. Namun dikecualikan apa-apa yang telah dipersetujui umum sebagai perkara yang diberi kelonggaran terdiri dari perkara-perkara al-Istihlakiyyah (barang-barang kegunaan), maka dimaafkan perkara seperti ini dengan dianggap ia termasuk suatu keizinan, sekalipun demikian tidak boleh diluaskan ruang ini, kerana meraikan hukum asal yang dilarang, demikian juga bersikap wara’ itu lebih utama bagi seseorang muslim yang bersungguh menjaga agamanya, demikian juga kerana: “Sesiapa yang menjauhi perkara-perkara syubhah, maka telah selamat agama dan maruahnya.” (Nukilan dari Hadis Nukman bin Basyir daripada Nabi SAW, hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Cetak  
Wallahu a'lam