Fatwa Kuwait: Tidak Didirikan Solat Jumaat Ketika Berlaku Wabak Korona

Berita online alNahar menyatakan:

"Kuwait memutuskan untuk membatalkan solat Jumaat di semua masjid disebabkan virus Corona"

Hari ini, Jumaat, pihak berkuasa Kuwait mengumumkan keputusan untuk membatalkan solat Jumaat di semua masjid mereka sehingga notis selanjutnya disebabkan virus Korona.

Dalam satu kenyataan rasmi, Jawatankuasa Fatwa di Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait menyatakan arahan tidak diadakan solat Jumaat dan berpada dengan dilaungkan azan sahaja bermula hari ini (13 Mac 2020)sehingga notis selanjutnya.

Arahan ini berdasarkan nasihat dari pihak berkuasa kesihatan di negara ini dan berdasarkan fatwa Jawatankuasa Fatwa di Kementerian.

Dalam kenyataannya itu juga, kementerian Awqaf menambah, "Setiap individu hendaklah menunaikan solat (zohor) di rumah mereka."

Sumber: https://www.ennaharonline.com/الكويت-توقف-صلوات-الجماعة-وا…/

Berita sumber lain menyatakan:

الكويت - 13 - 3 (كونا) -- أصدرت هيئة الفتوى في وزارة الأوقاف والشؤون الإسلامية الكويتية إثر اجتماعها يوم أمس الخميس الفتوى رقم 18/20 بأنه في حال وجود وباء سقط عن المسلمين حضور صلاة الجمعة وتصلى ظهرا في منازلهم (النهاية)

Jawatankuasa Fatwa di Kementerian Awqaf dan Hal-ehwal Islam Kuwait selepas bermesyuarat Khamis kelmarin, mengeluarkan fatwa bil: 18/20 menyatakan bahawa dalam keadaan wujud wabak, gugurlah dari umat Islam (kewajipan) hadir menunaikan solat Jumaat, dan hendaklah ditunaikan solat Zohor di rumah masing-masing.

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam