SDI 1185: Kenapa Tak Buat Solat Hajat Bagi Menghadapi Virus Korona?

Kenapa kita tak buat solat hajat shj? Bukankah berkumpul di masjid lebih baik berbanding meninggalkan masjid dlm situasi wabak korona ni?

Jawapan:

Menganjurkan majlis perhimpunan akan lebih membantu penularan wabak. Selain dari itu situasi wabak pernah berlaku di zaman dahulu, termasuk di zaman 'Umar bin alKhattab RA. Namun tidak ada walau seorg sahabat yg menganjurkan perhimpunan solat hajat bagi menghadapi wabak menular.

Pernah berlaku wabak Taun 'Amawas (طاعون عمواس) di zaman pemerintahan 'Umar alKhattab. alImam Ibn Kathir meriwayatkan surat 'Umar kpd Abu 'Ubaidah sebagai gabenor di Sham ketika itu yg menjadi tempat dilanda wabak Taun 'Amawas agar membawa umat Islam ke kawasan tanah berhampiran dengan air. Manakala yg telah terkena wabak Taun 'Amawas dibawa ke tanah tinggi (bukit-bukau) dipisahkan dr masyarakat. Namun tindakan ini tak sempat dilaksanakan oleh Abu 'Ubaidah alJarrah kerana beliau sendiri diserang Taun 'Amawas dan gugur syahid kerananya.

Ada riwayat menyatakan 'Amr bin al'Ash yang sempat membawa semua orang diserang Taun 'Amawas ke atas bukit dan diperintahkan mereka tidak duduk beramai-ramai sehingga kesemua mereka syahid di atas bukit, lalu wabak tersebut berjaya dibendung.

Kisah ini boleh dijadikan panduan penting iaitulah wabak ditanggapi dengan melakukan usaha pencegahan. Bukan dgn pergi ke masjid berhimpun dan solat hajat. Apatah lagi solat hajat boleh dilakukan bersendirian di rumah tanpa perhimpunan yang sudah tentu akan menambahkan lagi kegusaran. Suatu yang jelas, anjuran berhimpun utk solat hajat dlm krisis wabak Korona adalah bertentangan dengan contoh sahabat Nabi SAW dan berlawanan dengan saranan pihak berautoriti spt KKM dan disokong oleh Majlis Fatwa.

WA

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam