SDI 1184: Kenapa Perlis Shj Yang Keluarkan Arahan Tak Payah Solat Jumaat?

Ustaz, kenapa perlis shj yg keluarkan arahan tak payah didirikan jumaat? Negeri lain nper tak kuarkn arahan yang sama?

Jawapan:

1. Wabak Korona adalah isu semasa. Ia menuntut para ulama kita merenung dan berijtihad. Sudah tentu akan menatijahkan perbezaan pandangan.

2. Perlis tidak bersendirian dgn pandangan tidak dilaksanakan solat Jumaat pd 13 Mac lalu. Kebanyakan fatwa negara2 Arab, spt UAE, Mesir, Kuwait dan lainnya sama dgn pandangan fatwa Perlis. Bahkan fatwa dari Kesatuan Antarabangsa Ulama Umat Islam yang diterajui oleh Dr. Raisuni juga menyatakan pandangan yang sama dgn pandangan fatwa Perlis. Sila lihat terjemahan fatwa tersebut di sini: https://www.facebook.com/492407374275152/posts/1459942774188269/

3. Kita sepatutnya bersabar, memohon petunjuk dan bimbingan Allah agar ditunjukkan jalan keluar terbaik dlm masalah ini. Dalam masa yang sama patuh kpd arahan pihak berwajib. Allah SWT berfirman:

وَإِذَا جَآءَهُمۡ أَمۡرٞ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُواْ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّيۡطَٰنَ إِلَّا قَلِيلٗا

Maksudnya: "Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." (alNisa': 83)

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam