SDI 1182: Hukum Lompat Parti & Kerajaan Yg Dikatakan Pintu Belakang

Apa hukum lompat parti ustaz? Apakah dianggap satu pengkhianatan yg haram atau tidak?

Jawapan:

Waktu sekarang, bukan isu ia satu pengkhianatan atau tidak. Bukan isu mana satu haram dan mana satu halal.

Isu sekarang ialah semua pihak WAJIB mengembeleng tenaga mengurus dan mentadbir negara ke arah yg lebih harmoni dan cemerlang.

Bukan semua perkara perlu diletakkan hukum, apatah lagi jika hukum itu ditanya hanya kerana setiap pihak nak serang pihak lawannya.

Sudah tentu, hukum yg dikeluarkan dlm suasana spt ini tidak menatijahkan maksud sebenar dari penjelasan hukum. Sebaliknya ia akan menjadi sebab perpecahan dan perbalahan yg tidak sudah.

Dalil dalam perkara ini berdasarkan hadis Muaz bin Jabal RA yg berkata:

كُنْتُ رِدْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حِمَارٍ يُقَالُ لَهُ : عُفَيْرٌ ، قَالَ : فَقَالَ : ( يَا مُعَاذُ ، تَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ ، وَمَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ ؟ ) قَالَ : قُلْتُ : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : ( فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ ، أَنْ يَعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا، وَحَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، أَنْ لَا يُعَذِّبَ مَنْ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا ) ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَفَلَا أُبَشِّرُ النَّاسَ ؟ ، قَالَ : ( لَا تُبَشِّرْهُمْ فَيَتَّكِلُوا

Maksudnya: "Daku pernah membonceng Rasululkah SAW di atas kaldai yg sama digelar 'Ufair. Rasulullah bersabda: "Wahai Mu'az, kamu tahu apa hak Allah terhadap hambanya dan apa pula hak hamba terhadap Allah?" Jawab Mua'az: "Allah dan RasulNya shj yg lebih mengetahui." Sabda baginda: "sesungguhnya hak Allah terhadap hambaNya ialah hendaklah mereka semua (para hambaNya) beribadah kpd Allah dan tidak mempersekutukanNya dgn sesuatu apapun. Manakala hak para hamba terhadap Allah Azza wa Jalla pula ialah Allah tidak akan mengazab sesiapa yg tidak mensyirikkannya dgn sesuatu." Kata Mu'az: "Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan hadis ini sebagai khabar gembira kpd org ramai?" Jawab baginda: "JANGAN kamu sampaikan kpd orag ramai, nanti mereka akan berpada dgnnya shj (tanpa beramal)."

Dalam riwayat lain dinyatakan: Mu'az menyampaikan hadis ini ketika beliau hampir meninggal dunia kerana bimbangkan dosa menyembunyikan ilmu.

Hadis ini mengandungi pengajaran penting yg boleh diambil, sesuai dgn isu yg ditanya, iaitulah: Ada perkara yg tidak boleh dan tidak perlu disampaikan, terutama jika ia akan mendatangkan kerosakan. Demikian juga tindakan Mu'az menyampaikan hadis ini di akhir hayat beliau menunjukkan beliau memahami tegahan itu berkait rapat dgn keadaan, individu, masa atau seumpamanya. Justeru berikan tumpuan kpd negara yg lebih sejahtera dan saling hormat-menghormati.

WA

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam