Kategori
SDI 1166: Kenapa Mufti Wilayah Kata Batal Wudhu Jika Bersetuhan Suami Isteri
- Soalan:
SDI 1166: Mufti Wilayah Kata Batal Wudhu Jika Bersetuhan Suami Isteri
Assalamualaikum Ustaz, kenapa Mufti Wilayah Persekutuan cakap batal wuduk jika suami isteri bersentuhan? Bukan ke dah ada nas isteri nabi tersentuh kaki nabi ketika nabi sedang solat dan nabi terus saja solat
Jawapan:
Wsalam warahmatullah.
Isu ini termasuk dlm isu yg para ulama tidak sependapat.
Pandangan yg disebut oleh SS Dato Mufti itu berdasarkan pandangan mazhab alSyafi'ie. Ulama mazhab Syafi'ie mengandaikan atau mentakwilkan hadis2 yg ada menyebut ttg persentuhan antara baginda dgn isteri adalah persentuhan yg berlapik.
Kenapa mereka mengandaikan sedemikian? Antara sebabnya ialah krn mereka tidak mahu mentakwilkan ayat alQuran keluar dr zahirnya. Lalu mereka memegang kpd zahir ayat alQuran yg menyatakan: "atau jika kamu bersentuhan dgn isteri" adalah bersentuhan kulit dengan kulit, kerana itulah maksud asal kalimah لمس. Di sisi ulama mazhab alSyafie, memahami ayat ini memaksudkan persetubuhan adalah perbuatan berpaling dr zahir ayat kpd maksud yg sebaliknya. Ini yg cuba dielakkan oleh mereka.
Soalan:
Tapi yg nas ni mmg sahih kan ustaz yg isteri nabi bersetuh kaki nabi ketika nabi solat.Jawapan Bin Sahak:
Ya sahih.Ada hadis lain ttg nabi pernah mencium 'aisyah, namun dhaief di sisi alImam alSyafie spt yg dinyatakan oleh Ibn Hajar dlm Bulugh alMaram.
Kesua hadis2 dlm persoalan ini sememangnya dikuasai oleh ulama mazhab alSyafie. Namun meerka menempoh jalan "takwil" dlm memahami hadis ini bagi selari dgn maksud zahir ayat alQuran yg saya sebut tadi.
Manakala Ulama yg berpegang dgn hadis ini, mereka mengambil zahir hadis tanpa mengandaikan atau mentakwilnya. Ayat alQuran ttg sentuhan itu pula mereka andaikan kpd maksud jima' atau persetubuhan.
Perbezaan pendapat ini berlaku hasil dr usaha hendak mematuhi Allah SWT dan Rasul SAW. Justeru para ulama bukan shj mendapat pahala mengamalkan perintah agama, bahkan mereka juga memperolehi pahala hasil curahan tenaga dan masa utk memahami teks2 agama.
Yg berdosa ialah mereka yg berkelahi dan saling memperlekehkan antara satu sama dgn yg lain dlm isu2 seumpama ini.
WA
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1422511331264747&id=492407374275152
- Wallahu a'lam