Jawapan:
Haiwan yg memakan najis terbahagi kpd 3:
- Kebanyakan makanannya adalah yg bersih, melainkan sedikit sahaja yg najis. Haiwan seperti ini tidak dikategorikan sbg alJallalah الجلالة. Tiada hukum makruh memakannya. (Lihat alKhattabi di dlm Ma'alim alSunan 4/244)
- Haiwan yg banyak memakan najis dan sedikit yg bersih sehingga menghasilkan bau busuk pada badan dan dagingnya. Ia tergolong haiwan alJallalah, tidak boleh memakannya daging, telur dan susunya. (Lihat Badai-i' alSona-i' 5/40)
- Memakan najis lebih banyak dr yg bersih. Namun tidak menjadikan bau busuk pada badan dan dagingnya. Utk kategori ini para ulama berbeza pandangan apakah tergolong dlm haiwan alJallalah ataupun tidak:
- Mazhab Hambali berpandangan ia tergolong dlm alJallalah krn di sisi mereka alJallalah adlh haiwan yg memakan najis lebih banyak dr makanan bersih. Justeru haram memakan daging dan meminum susunya. (Lihat alMughniy 9/413)
- Mazhab Hanafi & Syafi'ie berpandangan ia tidak tergolong sebagai alJallalah. Ini krn syarat sesuatu haiwan tergolong dlm alJallalah ialah apabila zahir kesan najis yg dimakannya pada bau dan dagingnya. alImam alNawawi berkata:
لا اعتبار بالكثرة وإنما الاعتبار بالرائحة والنتن، فإن وجد في عرقها وغيره ريح النجاسة فجلالة، والا فلا
Maksudnya: "tidak diambil kira dgn banyaknya najis yg dimakan, sebaliknya yg diambil kira ialah dgn bau dan kotoran yg terkesan. Jika didapati pd peluh haiwan tersebut atau selainnya bau najis maka ia adalah Jallalah, jika tiada maka bukan Jallalah." (alMajmu' Syarh alMuhazzab 9/28)
TARJIH
alSyeikh Khalid alMusyaiqih berkata: "maka yg benar dlm masalah ini bahawa jika najis2 yg dimakan oleh haiwan itu memberi kesan kpd rasa daging dan baunya, atau memberi kesan kepada susu atau ia boleh menyebabkan bbrapa penyakit dan seumpamanya. Maka ketika itu ia DIHARAMKAN. Adapun jika tidak memberi kesan, maka ia HARUS. Ini kerana najis2 menjadi suci dgn berlakunya al-Istihalah (perubahan zat dan sifat). Semua makanan yg dimakan oleh haiwan itu telah berlaku proses istihalah kpd darah, daging, susu dan seumpamanya. Inilah pandangan yg benar dan lebih hampir (kpd kebenaran) dr dua pandangan ulama RH dlm persoalan yg berkaitan dgn alJallalah." (Fatwa alsyeikh Khalid alMusyaiqih 1/89)
MENGURUNG HAIWAN JALLALAH
Jangan memakan daging haiwan jallalah sehinggalah terlebih dahulu dihilangkan kesan najis yg ada pada dagingnya dgn cara mengurung dan memberi makanan yg bersih kpdnya. (Lihat alMajmu' 9/29)
Kata alHafidz Ibn Hajar RH: "Yg diambil kira dlm keharusan memakan alJallalah ialah hilangnya bau najis setelah diberikan makanan bersih kpdnya berdasarkan pandangan yang alSahih." (Fath alBari 9/648)
Ada sebahagian ulama yg mencadangkan kadar waktu tertentu utk mengurung haiwan alJallalah. Unta dan lembu dikurung selama 40 hari, kambing 7 hari dan ayam 3 hari. Nafi' ada meriwayatkan drpd Ibn 'Umar dgn katanya: "Bahawa Ibn 'Umar mengurung ayam alJallalah selama 3 hari." (Musannaf Ibn Abi Syaibah 5/148. Dinilai Sahih sanadnya hingga ke Ibn 'Umar oleh Ibn Hajar di dlm alFath 9/648)