SDI 1146: Apa Kelebihan Air Zam-zam?

Soalan:

Apa yg sepatutnya saya lakukan dengan air zamzam sebagai jemaah yg melakukan 'umrah sekarang ini?

Jawapan:

Pertama sekali anda disunatkan meminum air zam-zam. Hal ini telah disepakati oleh kesemua para ulama. Di dalam hadis alBukhari Nabi SAW bersabda:

إنها مباركة إنها طعام طعم

Maksudnya; "Sesungguhnya ia (air zam-zam) itu air yg diberkati dan sesungguhnya ia adlah makanan yg mencukupi." Dlm riiwayat lain ada tambahan: وشفاء سقم iaitulah "penawar kepada penyakit."

Ia mencukupi sebagai bekalan makanan dan minuman bagi sesiapa yg meminumnya. Ini dialami sendiri oleh seorg sahabat Nabi yg bernama Abu Zar alGhifari yg pernah menyorok di sebalik kelambu Kaabah selama sebulan. Tiada makanan lain yg dijamahnya melainkan meminum air zam-zam sehingga dia gemuk, dlm kisah pengislaman beliau.

alImam Ibn alMubarak apabila hendak minum air zam-zam, beliau akan berkata:

اللهم إن ابن المؤمّل حدثني عن أبي الزبير عن جابر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : " ماء زمزم لما شرب له " فاللهم إني أشربه لعطش يوم القيامة

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Ibn alMuammal menceritakan kpdku drpd Abu alZubair drpd Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Air zam-zam menurut niat peminumnya." Maka ya Allah, sesungguhnya aku meminum air zam-zam ini utk menghadapi kehausan pada hari kiamat kelak."

Selain itu, dgn air zam-zam juga dua malaikat telah membersihkan jantung Nabi SAW ketika baginda masih kecil spt kisah yg masyhur dlm masyarakat kita, dan kisah itu bersumberkan hadis yg sahih.

alHafidz al'Iraqi RH memberi komentar ttg kisah ini dgn berkata:

"Hikmah penyucian jantung Nabi SAW dgn air zam-zam ialah untuk menguat atau meneguhkan jiwa baginda melihat ciptaan2 Allah di langit2 dan di bumi, syurga dan neraka. Ini kerana termasuk dlm keistimewaan air zam-zam ialah ia dapat menguatkan jantung (jiwa) dan akan menghilangkan ketakutan. Perkhabaran pembersihan jantung Nabi SAW dgn air zam-zam suatu yg thabit dr hadis Abi Zar RA..."

Oleh itu, disunatkan alTadhallu' التضلع meminum air zam-zam iaitulah banyak meminumnya sehingga selesa dan hilang dahaga.

Antara adab yg disebut oleh para ulama ketika meninum air zam-zam ialah:

1. Mengadap kiblat.
2. Membaca basmalah.
3. Bernafas 3 kali
4. Minum hingga memadai kenyang.
5. Hamdalah slps selesai minum
6. Minum dlm keadaan duduk. Hadis yg menyatakan Nabi pernah minum air zam-zam dlm keadaan berdiri difahami bertujuan menyatakan keharusan.
7. Digalakkan sesiapa yg meminum air zam-zam merenjis-renjiskannya ke kepala, muka dan dada.
8. Memperbanyakkan berdoa ketika meminumnya.
9. Minum sambil hajatkan kpd Allah sesuatu sama ada urusan dunia mahupun akhirat. (Lihat alMaqasid alHasanah oleh alSakhawi 359)

Ada juga diriwayatkan dr Ibn 'Abbas yg berdoa ketika meminum air zam-zam dgn katanya:

اللهم إني أسألك علماً نافعاً ، ورزقاً واسعاً وشفاء من كل داء

Maksudnya: "Ya Allah sesungguhnya daku meminta kpdMu ilmu yg bermanfaat, rezeki yg luas dan penyembuhan dr semua penyakit."

Ulama juga menggalakkan air zam-zam di bawa balik ke negeri masing2. Ia boleh digunakan utk mengubat org sakit berdasarkan perbuatan 'Aisyah RA yg melakukannya dan beliau menyatakan baginda Nabi SAW melakukannya spt yg ada dlm riwayat alTirmizi.

Ulama juga bersepakat boleh bersuci dgn air zam-zam dgn syarat tidak digunakan pd tempat yg hina spt bersuci dr najis dan seumpamanya.

 


Cetak  
Wallahu a'lam